WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 10, 2009

SEPATUTNYA KURSUS INI PADA HARI RAYA PERTAMA


Semalam aku menerima sepucuk surat arahan dari Sektor SBP, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan Kursus Guru Pembimbing Debat Bahasa Melayu/Inggeris Sekolah Berasrama Penuh 2009. Kursus ini akan diadakan di Hotel Grand Continentel, Kuala Lumpur. Ianya akan bermula pada 14-16 September 2009. Mulanya aku terduduk juga, macam tak percaya pulak..Hurm, aku tahu kecintaan aku pada debat, namun aku rasa aku nak jadi jahat kali ini. Sebelum nipun, aku tak pernah menolak dari menghadiri kursus yang dianjurkan oleh kementerian. Walau setiap tahun terpaksa mengorbankan cuti pertengahan tahun membawa pasukan debat ke HKSBP. Aku masuk berbincang dengan pengetua, dan setelah menyatakan masalah-masalah aku, akhirnya pengetua terpaksa akur dengan pendirian aku.Rasanya, rakan-rakan logik dan releven ke kursus tersebut??

Aku rasa aku nak senaraikan 'kegeraman' aku pada Sektor SBP..

1) Maaf cakaplah, takkan nak adakan kursus hampir benar dengan Aidilfitri..Tak ke pegawai-pegawai yang bijak di atas sana terfikir tentang tarikh yang hampir sangat dengan raya. Di sekolah pun dikerah, kementerian pun tak habis-habis mengerah. Macam mana pulak dengan guru-guru yang datang dengan bas?? Buatnya bas nak balik takde..maklumlah dekat raya. Tu yang datang dari Sabah dan Sarawak..belum tentu ada tiketnya. Lebih baik adakan kursus pada hari raya pertama.

2) Rasanya ada lagi 3 bulan lagi sebelum 2009 berakhir dan 2010 menjenguk. Tak kanlah tak dapat pilih 3 hari dari tempoh tersebut. Adakah kerana nak jimatkan kos (makan tengah hari tak perlu disediakan), maka kebajikan guru-guru diabaikan. Bila masa nak berterawikh, sedangkan saat-saat akhir nilah kita nak rebut Malam Lailatul Qadar.

3) Guru-guru yang tak hadir, pengetuanya akan dikenakan surat tunjuk sebab. Mak ai, begitukan cara mereka mengugut pengetua?? Kalau inipun dikenakan surat tunjuk sebab, nampaknya orang kementerian pun tak hargai guru-guru. Nak kena orang-orang dari sektor lainlah yang datang dan hargai guru-guru.

4) Saat genting macam nilah nak buat kursus. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR seminggu selepas Aidilfitri. Tambahan pula aku mengajar 4 kelas PMR, rasanya tak sanggup meninggalkan mereka.

Hurm, rasanya inilah antara perkara-perkara yang membuatkan aku geram. Walau aku tahu kursus ini bagus dan banyak manfaatnya, namun aku rasa kadang-kadang kita kena MENOLAK, walaupun ini merupakan tugas rasmi. Tambahan pula ramai kawan-kawan dari SBP lain turut mengalami sindrom yang sama..TAK NAK!!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Tirana said...

Kadang-kadang kita kena belajar berkata "tidak" dan nyatakan pendapat kita. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung.

Cikgu Adham said...

slm...
kadang2 langit tidak selalunya cerah..

apa2 pon mmg kawe sokong tndakan demo

imanshah said...

terima kasih semua..memang tak nak p..nak amek tindakan pun ,amek lah

imanshah said...

terima kasih semua..memang tak nak p..nak amek tindakan pun ,amek lah

chekgu BaniHassim said...

kukuh jugak alasan utk tak pi tuh...
apsal bulan2 pose ni sibuk nak kursus ek???

ape daa...

kdg2 drg ni tak logik pun ye gak...
akai ade ke??

muzhafar said...

salam cg..
sy sokong benar dgn tindakan cg tu..
mmg x patut pon..
kot ye pon tunggu la lepas hbes pose ni..
tahniah sebab tetap pendirian :)

Cikgu Chun said...

Macam dah tak ada hari lain dah nak buat. Bukan KPM je, PPD dan JPN pun sama...kat Johor ni pun 2x5 je, time cuti time tu lah dia nak buat kursus, sebelum tu dan selepas tu tak nak buat pulak dia...rasa nak kasi pelempang Jepun kat pegawai terbabit tu. Dia x penah pikir ke yg orang dok jauh2 ni??? Time cuti je lah kita nak balik jumpa family. Yg dia dok depan tangga PPD atau JPN tu boleh ler. Tapi kes Imahshah ni memang melampau tahap Gaban dah tu....kasi tembak dengan senapang gajah je man....

Amirul Khamil said...

jom prepare raya lagi bgs :)

Batara Guru said...

tu duit banyak nak kena perabih le tu sampai dekat2 nak raye pun buat kursus....kalu saya..bodo punya orang!!!

k.A said...

masa saya sekolah dulu, memang bagi saya cikgu sbp sangat banyak berkorban.bukan untuk student sahaja, tapi untuk sekolah. mcm mana pon, sy sokong tindakan cikgu tuh.hehe

xiiinam said...

Begitulah nasib pacal seperti kita...yang sentiasa diarah bersiap siaga menyerahkan batu jemala....

iqbalsyarie said...

aik cikgu,kursus kita dalam university Ramahan belum habis lagi pun cikga dah kena panggil g kursus lain?haha..itulah,org sekarang tak ada fikir 'apa kesan aku buat sesuatu ni kepada agama'!

Anak Tumpat said...

benda2 gini y bt kita hangin ni kan? xkn la pihak sana tu xde otak nk mikir.. bt kijo asal sedap demo joh dok?

Tukang cerita said...

Lebih baik prepare tuk balik kg...
tenangkan hati bonda yang baghu saja kehilangan.....

insan pendidik said...

Salam,

Kadangkala tak boleh jadi pak turut semata-mata. Kita juga boleh berpegang pada prinsip kita sendiri. Anyway, standby le surat tunjuk sebab.

Dj Epoi said...

Betut!! Betut!! Betut!!!
Kuweng sesoooooooooai!

Kurang Kepekaan lah tuh!!

Mungkin dah KAW TIM dah kut hehehehh!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget