WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 15, 2009

TALI LEHER

Salam semua..Hari ni post aku pasal tie..aku ni kalau nak tahu boleh dikategorikan sebagai peminat-peminat tie. Rasanya semenjak zaman student hinggalah zaman dah kerja aku dah ada dalam 60 tie..samada aku beli atau hadiah dari rakan-rakan dan students.Samada beli di butik-butik terkenal atau kedai 5 ringgit. Biasalah , kalau perempuan tukan suka benor deme kumpul barang2 seperti beg tangan la, kasut la...huhu kalau pergi sekolah, baju pink, kasut pun mesti pink..yang tak tahan tu beg pun pink gak..lipstik pun pink da..haha jangan lebih-lebih pula mengata kaum hawa ni, nanti ada yang naik darah..

Kalau dulu-dulu, tie aku saiz macam biasalah..macam ramai-ramai orang pakai..macam-macam kaler ada, maklumlah kenalah juga jaga imej kan.Kalau baju warna kuning air, mestilah tie pun kaler kuning juga.Ni satu lagi selalunya kalau kemeja kita plain, tie mesti ada corak samada petak, jalur (bukan jalur gemilang) atau corak-corak lain. Jangan pulak baju dah belang-belang warna hitam, pastu tie pun kaler gelap gak dan berbelang-belang jugak..haha macam makcik-makcik pulak. Tapi lately ni aku suka pakai tie yang agak kecik saiz dia. Macam indie plak. Tapi nampak macam nice je. Hurm dalam koleksi aku, tie yang paling mahal pernah aku beli ialah tie Padini yang harganya RM 99. Yang paling murah tu hadiahlah..hehe. Tak yah kuar modal.

Kalau nak tengok nilah koleksi sebahagian tie aku..Ni je dalam simpanan aku.. Sebahagian lagi ada di kampung, iaitu koleksi zaman kampus dulu..Ok selamat bersahur..




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

NuR said...

salam..

byknyer cikgu..
supposedly kena mcm tu gak kan..
if pompuan dgn koleksi tudungnya
so lelaki dgn tie la kot..

hehe..ke tak elok perbandingan itu?

n@m@n said...

kawe pon bnyk koleksi tie..

tp xdok hok mahal2..hehe

bnyk beli kt bundle, 50sen pon bley dpt yg import pastu lawa pulak..haha

imanshah said...

nur..alahai tak bleh macam tu..coz lelaki (cikgu) pakai tie 2 kali je seminggu..isnin ngan selasa..rabu uniform, khamis batik, jumaat baju melayu..so mestilah pempuan lebey banyak

imanshah said...

Bundle 50 sen je?? mak ai murah nyer

muzhafar said...

salam...mak ai..
byk gler!!
6t sy pon nk kumpul byk2 la =)

fakhruddin said...

cg, cuba buat kelainan sikit. kalau pakai baju kaler kuning, pakai tie kaler merah, seluar kaler biru. semua kaler mesti kena striking. lepas tu pakai topi kaler orange. wow wow wow. hahaha

fikri FAUZI said...

saye nk satuuuu!!
;DD

muz..aku nk tie dari uk wei.
blikan SAPLOH
;p

Aku Cikgu Sekolah said...

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki...! www.cikguizaheri.blogspot.com

Cikgu Adham said...

slm.
uh uh uh banyoknya la goni.. beli bundle mana weh? kawe ada tak sampai 10 jah

imanshah said...

adham..bundle??huhu tak mainlah..cewah..heheh belagak sket

imanshah said...

Izaheri..tahniah ada gak blog kamu akhirnya

noorlara said...

wah dah boleh bukak galeri tie ni, apapun jgn pakei baju melayu ngan tie udahle, selamat hariraya dan maaf batin zahir

zai said...

Salam Imanshah..

Wah banyaknyer tie2 die..rasa mcm boleh buka kedai jual tie dah tu hehehe..

imanshah said...

Noor lara ngan kak Zai, kalau ada orng nak baagi modal blehlah saya bukak kedai..haha

imanshah said...

Muz..cg pun nak satu tie dari UK tapi yang indie nyer..

etomyam said...

Salam, dah lama x beli tie, semua orang bagi jer, bila depa outstation, benda paling mudah dibeli untuk lelaki adalah tie ...huhuhu

Anak Tumpat said...

ni koleksi tie belum lagi 10 tahun bekerja kan? ambo xleh bayang berapa banyak lagi koleksi tie demo sehingga demo pencen..hahaha..apepun selamat hari raya maaf zahir batin..:)

Batara Guru said...

buleh meniago tu...
jemput ke rumoh amik kad rayo...

kuIna LadyInRed said...

byknya...

sy tak pakai so tak pernah beli...

hehehe...

mask keja pakai tshirt & jeans aja..
tp kasut & topi kelas.. ada tanda sirim lagi..

Cikgu Adham said...

sekolah demo xdak team dikir barat ke?

ZaCkG fRiDzHa said...

tie pemberian saya ada x terselit kat situ??
hahahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget