WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 26, 2009

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG



Tempat jatuh lagi dikenang.. inikan tempat menimba ilmu dan tempat dirotan (dulu xdelah nakal sangat tapi cg silap faham)…sebelum balik Ipoh petang tadi aku singgah jap kat sekolah lama. Entah tetiba terkenang kerusi yang penah aku alaskan punggung..Entah ade ke entah tidak.. Mana taknya, 5 tahun aku di situ.. di sekolah yang banyak mengajar aku tentang kedewasaan. Tempat yang mendidik anak kampung seperti aku menjadi aku hari ini.
Aduh banyak perubahan rupanya.. hampir tak kenal aku.. rupanya dah 12 tahun aku tinggalkan alma mater yang banyak mendidik aku. Namun sayang, padang yang penah menjadi saksi kehebatanku dianugerahkan olahragawan 1997 dah tiada.. Bila masa ada bangunan atas padang. Aduh.. sapa nak dipersalahkan ? X tahu la kerajaan nyer polisi..
Terkenang guru-guru..ada yang masih hidup, ada yang da jadi gemulah. Pada yang telah pergi.. kutitipkan doa dan kuhadiahkan al-Fatihah buat kalian. Moga dirahmati allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.. cikgu-gikgu ku, terima kasih cikgu, maafkan saya cikgu, halalkan ilmu saya cikgu, doakan kejayaan saya cikgu. Cikgu-cikgu sentisa berada dalam kedudukan yang istimewa dalam idup aku..
Kawan2.. tak tahu mana tercampak. Masing-masing bawa haluan sendiri, ada yang dah bersuami, ada yang dah peluk isteri, ntah tinggal berapa kerat yang masih tercari-cari.. aduh, kenakalan remaja kita akan aku ingat sampai mati.. Sumpah, bila terlihat semula blok asrama, aku terkenang semula betapa akrabnya hubungan kita semua..

Terkenang juga makcik kantin, makcik dining, worker asrama, pejabat, tukang kebun, pak guard..sememangnya aku cukup akrab dengan mereka.. tak penting kita siapa. dan ada apa dengan kita.. yang penting kita manusia..saling memerlukan. Terima kasih buat semua…
Hurm,, akhirnya aku melangkah meninggalkan tempat yang menjadi saksi keremajaan aku..Tq aduhai sekolahku, guruku, kengkawan dan mereka yang pernah menjadi sebahagian dari hidupku.. ada masa kita jumpa lagi..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm.. rindu sekolah ke heh heh.. loni kan bleh gi sekolah tiap hari heh heh..

masalah atas padang didirikan bangunan.. kawe pon mereng juga.. tempat kawe ngajar pon dh xde gelanggang dan pdg utk bermain..

pd pendapat kawe bila keadaan ni berlaku budak terpaksa la bermain bnda lain yg pelik2 dari jangkaan kita heh heh sebab xde tmpat nk bermain..

tu la pentingnya kemudahan sukan di sekolah...

imanshah said...

Adham, kawe setuju, sekolah rendah kawe pun dah ada bangunan kat padang..sakitnya hati tengok..

NuR said...

terkenang nostalgia la ye cikgu..
kira menjadi ajaran guru2 terdahulu sehinggakan bergelar cikgu skrg.. syabas.. ilmu yg diajar akan berterusan hingga bila2...

Arianni said...

Salam,
Kalau dikenang zaman persekolahan dulu memang byk nostalgianya..ada yg manis dan pahitnya..tp yg penting jasa para2 guru yg harus dikenang kan..tak lupa pd mereka yg mengenali kita dari tukang kebun hinggalah kerani pejabat..semoga kita sentiasa menjaga hubungan sesama manusia

insan pendidik said...

Salam imanshah,

kumpul rakan lama ... boleh buat reunion. Dalam pada itu boleh buat aktiviti yang memberi sumbangan pada sekolah, setakat yang mampu.

a kl citizen said...

assalammualaikum

bernostalgia rupanya di syawal2 ni ya

Batara Guru said...

jauh mana kita pergi.....
tempat tu mula2 kita dapat ilmu...
hinggalah kita menjadi...kita!!

Cikgu Chun said...

Salam aidilfitri saudara imanshah,

Saya pula segan nak masuk sek sy dulu, padahal memang teringin sangat nak menjenguk ke sek lama kot2 ada perubahan. Tengok dari luar x nampak sangat. Bukannya segan apa, takut terserempak dengan cikgu2 lama...padahal sy bukannya budak nakal pun kt sek dulu. Kadang2 pelik juga, x tahu apa yg segannya...

Aku Cikgu Sekolah said...

zaman dah berubah, sekolah rendah temanpun lagi hebat, dulu masa teman sekolah rendah (1981 - 1986) yang ade padang pasir lombong, tu sebab kami johan bola sepak daerah, sekolah lain training atas padang rumput, kami training kat "padang pasir" tapi lani padang dah berumput dan dah ade bangunan siap berpagar lagi... Dirgahayu Sekolah Kebangsaan Bakap, Batu Gajah, Perak.

kuIna LadyInRed said...

anak dara makcik kantin tu tak ingat sama ker?

cikgupj said...

persoalan inilah yang paling menyedihkan cpj, mana kata nak rakyat sihat dan cergas?mana kata nak galakkan rakyat bersukan? mana kata nak majukan sukan negara?Punyalah luasnya tanah kerajaan, kenapalah tanah padang sekangkang kera tempat remaja mengenal keremajaanya yang jadi rebutan? kawe pon mereng jugok!...

Tukang cerita said...

rindu sekolah2 juga...
huhuhuuuu....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget