WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, September 2, 2009

WARKAH BUAT AYAHANDA

Assalamualaikum ayahanda..

Anakanda doakan semoga roh ayahanda tenang di sana...Tatkala anakanda menulis surat ini anakanda sudahpun sampai ke tempat anakanda berkelana, jauh meninggalkan pusara ayahanda yang masih merah. Alhamdulillah, anakanda dan keluarga redha dan merelakan pemergian ayahanda di pagi 9 Ramadhan 1430 H untuk bertemu Allah Rabbul Izzati. Di kala seluruh ummat Islam sedang menuai segala Rahmat Ramadhan, ayahanda dijemput Ilahi dalam bulan penuh Barakah ini. Cuma anakanda agak terkejut, apatah lagi ayahanda pergi dalam keaadaan yang mudah dan tiada penyakit kronik serta tiada tanda-tanda akan meninggalkan kami semua.

Ayahanda,
Apabila anakanda menulis warkah ini, anakanda terkenang pada zaman kampus di mana warkahlah yang menjadi penghubung antara kita. Pada hari ini, sekali lagi anakanda mengutuskan warkah, walau cuma warkah kali ini tidak akan diposkan seperti biasa. Walaupun kami semua merelakan pemergian ayahanda, namun terdetik sedikit perasan terkilan kerana anakanda tidak dapat berada di sisi ayahanda tatkala di saat pengakhiran hidup ayahanda. Apatah lagi anakanda merupakan anak bongsu lelaki dan antara yang paling rapat dengan ayahanda. Sememangnya setiap anak ingin berada di sisi ayah bondanya di saat kematian mereka. Namun, anakanda tidak berdaya. Jarak memisahkan kita.

Ayahanda,
Bonda ada bercerita yang ayahanda teringin benar untuk makan pulut durian. Alhamdulillah, keinginan tersebut telah dipenuhi dan ayahanda nampak berselera benar makan pulut durian sehingga bertambah. Sedangkan, sudah tiga tahun ayahanda tidak menjamahnya. Rupanya itu tandanya ayahanda hendak meninggalkan kami selamanya. Ayahanda juga beria-ia untuk menunaikan umrah, walaupun baru sahaja pulang mneunaikan haji dua tahun lepas. Maka kami kabulkan niat ayahanda dan ayahnada berangkat ke tanah suci 2 bulan yang sudah.  Alhamdulillah ayahanda pulang dengan selamat. Syukur kata ayahanda dapat menziarahi makam Nabi Muhammad junjungan besar kita serta bersolat di Masjidil Haram buat kesekian kalinya. Tatkala pulang ayahanda belikan kami semua dengan jubah.T ak terlepas dari anak-anak, menantu, dan cucu, semuanya dibelikan jubah.Ayahanda mahukan pada Aidilfitri tahun ini semua ahli keluarganya memakai jubah pada hari raya pertama. Rupanya, hajat ayahanda tak kesampaian kerana ayahanda dijemput-Nya.  InsyaAllah kami akan tunaikan hajat ayahanda sewaktu hayat dikandung badan.

Ayahanda,
Mungkin dahulu anakanda merupakan anak remaja yang nakal, selalu membantah bila disuruh. Ayahanda selalu menyuruh kami adik beradik membantunya di sawah dan juga di ladang tembakau. Maka dengan perasaan yang malas, anakanda terpaksa melakukannya. Rupanya ayahanda mahukan kami adik beradik merasai kesusahan ayahanda dan bonda dalam membesarkan kami agar kami tidak lupa asal-usul keturunan. Al-hamdulillah, anak-anak ayahnada yang 7 orang semuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading walaupun ayahnada tidaklah berpendidkan tinggi. Semuanya hasil berbudi kepada tanah dan berkat menjadi imam di kampung kita ayahanda. Masih terbayang lagi kenangan di saat ayahanda mengahntar dan menjemput anakanda pulang dari sekolah rendah menggunakan basikal tua.

Ayahanda,
Sebagai anak, anakanda bersyukur walau tak dapat disisi ayahanda di saat-saat akhir, namun anakanda dapat turut memandikan, menggosokkan mayat ayahanda, mengkafankan sekujur jasad di perbaringan. Anakanda sempat meyembahyangkan jenazah ayahnada, serta mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Yang paling anakanda bersyukur, anakanda juga sempat turun ke liang lahad untuk mengebumikan ayahanda bersama kekanda. Rasanya ayahnada gembira kerana anak-anak sempat menguruskan jenazah ayahnada buat kali yang penghabisannya. Bercucuran air mata kami adik beradik saat terakhir melihat jenazah ayahanda sebelum disemadikan.

Ayahanda,
Anakanda cukup terharu menyaksikan ramai rakan taulan, sahabat handai, saudara mara yang hadir memberikan penghormatan buat bekas imam mereka. Ramai yang hadir ayahanda. Merekapun bagai tidak percaya, bekas imam dan bilal yang setengah abad hidupnya diabdikan pada masjid telah tiada. Ramai yang menyembahyangkan ayahnada. Begitu juga yang mengiringi ke tanah perkuburan. Begitulah kasih sayang mereka pada insan yang banyak berbudi pada mereka. Bacaan-bacaan solat, seruan azan, kuliah-kuliah agama, majlis-majlis keagamaan, nikah kahwin, zakat fitrah semuanya diuruskan ayahanda. Kalau dulu ayahanda membacakan talqin bila ada kematian, kini ayahanda pula ditalqinkan, kalau dulu ayahnada yang mengimamkan solat jenazah, kini ayahanda pula disembahyangkan.

Ayahanda,
Malam tadi anakanda menemankan bonda tidur di kamar ayahanda. Sayu melihat bonda yang tak dapat melelapkan matanya. Walaupun tiada kata-kata, namun wajahnya sudah menceritakan segala-galanya. Apatah lagi kami adik-beradik akan pergi hari ini meninggalkan bonda di kampung demi mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Saat anakanda dan adik beradik berangkat tadi, bonda tak henti-henti menangis. Tabahkan hatimu wahai bondaku.

Ayahanda,
Rasanya cukuplah warkah buat terakhir kalinya ini.Sebak rasanya dada dan titisan air mata mula berguguran di pipi. Jutaan kemaafan anakanda pohonkan andai selama 29 tahun anakanda hidup di dunia ini, dari hari pertama anakanda dilahirkan hinggalah saat ini anakanda banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan dalam hidup ini. Anakanda telah sedaya upaya untuk menjadi anak yang akan selalu megembirakan kedua orang tuanya. Jutaan terima kasih juga anakanda titipkan kerana memberi ruang kepada diri ini untuk berteduh di bawah dahan kasih sayang ayahanda dan bonda yang sangat menyejukkan. Tiap tika dan saat yang dilalui, kenangan bersama ayanhanda akan selalu hadir dan mengalir dalam diri anakanda. Terima kasih juga Allah kerana meminjamkan ayahanda selama 63 tahun di dunia ini.. Anakanda akan sentiasa mendoakan ayahanda di sana kerana doa anak-anak yang soleh akan terus harum dan sampai buat orang tuanya..

Anakandamu...
Ipoh, Perak


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

xiiinam said...

Semoga roh marhum tenang di sana....


Sebak membaca warkah anak ini.....

NuR said...

assalamualaikum cikgu

sebak nur baca warkah ni
terus teringat pada arwah abah
semoga cikgu dan keluarga diberi ketabahan dan ketenangan...

abadikan kenangan bersama allahyarham dan kenanglah jasanya dlm membesarkan kita. andaikata cikgu dah berkeluarga nanti, jgn lupa diceritakan bagaimana cikgu dibesarkan oleh insan teristimewa itu..bagaimana insan teristimewa itu membesarkan anak2nya sehingga berjaya...

p/s: panjang pula comment nur kali ni..=)

a kl citizen said...

semoga aruah ditempatkan bersama orang2 soleh.

selalu2lah menjenguk emak di kampung tu. apatah lagi anak lelaki bongsunya.

semoga imanshah tenang.

ummuaimi said...

Salam.

Oh, sebak saya membaca warkah ini. Semoga roh ayahanda sentiasa dicucuri rahmah oleh Allah dan dihimpun bersama para solehin disyurga.

Tentunya kampung kehilangan seorang yang amat berbakti.

Masih ada bonda untuk terus dicurahkan kasih sayang.

The Hobbit Frodo said...

takziah ... sedih baca. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman ...

Tukang cerita said...

doa masih jadi penghubung antara cikgu dan ayahanda...
al-fatihah!!!

n@m@n said...

salam..

Kita yang hidup kena teruskan perjuangan..

Ayah kawe meninggal masa kawe baru beberapa minggu masuk darjah satu..

Kenangan bersama arwah pon tak banyak..

Sedih kalau dikenangkan

Cikgu Adham said...

slm..
ambo pon terasa sedih dan cuba utk berkongsi kesediahan dgn demo hhuhuhuhu

hysMan.. said...

Assalammualaikum cikgu..

sayu kawan membaca warkah ni..
teman tak tahu camne klu bnda ni terjadi kat kawan plak..
insyaAllah moga Allah perkuatkan iman dan hati kita..
diharapkan kita yg hidup ni cekal meneruskan kehidupan dan memperbanyakkn sedekahkn alfatihah kepada yg telah pergi..sesungguhya Allah lebih sayang kepadanya..
tabah dan cekal..

tabik pada arwah yg berhempas pulas mendidik anak2nya sehingga ke menara gading..Al-Fatihah..

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Semoga cikgu terus TABAH... & semoga Roh ayah cikgu tenteram di sana...

zai said...

Salam Dik.

Sebak akak baca warkah ini, terasa begitu jauh perjalanan yang ditempuhi olh ayahanda..entah bila kita akan menyusulnya pula dan entah bagaimana nasib kita disana nnti..

Ameen3 ya rabbal alamin..moga2 rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. kesian kat emak..pasti dia sangat kesunyian disaat ini..

nabilah_2908 said...

Al-fatihah ....

muzhafar said...

salam cg...
terharu dah mengalir air mata saya sekejap td tatkala menghabiskan bacaan warkah td...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan org yg soleh, insya-Allah..
semoga cg berjaya di dunia dan diakhirat :)

imanshah said...

Sahabat semua, terima kasih...

SoReNsEn said...

sy xdpt tahan air mata bila baca entry ni. tak tahu nak gambarkan prsn bila kehilangan org yg sgt kita sayangi.

al-fatihah utk arwah ayah sdra. redhalah, dan banyakkan berdoa utknya. jgn lupa hubungi ibu di kampung, supaya dia tak rs sunyi..

Bapak said...

Salam,

salam takziah daripada Bapak. semoga roh arwah ayah Cikgu dirahmati Allah.

Belalang Hijau said...

hampir menitis air mata membaca warkah ini...

semoga arwah aman d sana...

Semarak Api said...

cikgu, Rasulullah SAW pon wafat di usia 63 tahun. Selawat buat junjungan Rasulullah..

smg roh ayahanda ckgu sntiase tenang di sane.ameen..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget