WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 24, 2009

1,2,3,4


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Lirik lagu di atas merupakan lirik lagu Aris Ariwatan yang memang mempunyai pengertian yang sungguh mendalam..Hati tiba-tiba sayu mengenangkan jasa dan pengorbanan ayah bonda yang tidak ternilai dalam membesarkan kita semua. Begitu juga dengan nasihat tentang kecintaan pada Pencipta. Ya Allah kau tetapkan keimanan dan keteguhan hatiku dalam mencintai-Mu, mengasihi Rasul-Mu dan Agama-Mu. Ya Allah kau ampunilah dosa kedua orang tuaku, kau cucurilah rahmat arwah ayahandaku, kau bahagiakanlah bondaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

n@m@n said...

kawe mmg suka lagu ni..

maso tuh kt sekolah rendah lagi..hehe

♥ QaseH ♥ said...

cm ner g taman negara...upload la gbr

Cik Cookie said...

sampai sudah xingt lirik tuh.

imanshah said...

Qaseh, InsyaAllah akan diuploadkan

imanshah said...

Naman...kawe dulu nyanyi lagu ni masa wat persembahan kat skolah..huhu

a kl citizen said...

assalammualaikum

amin, amin, amin.... mengaminkan doa iman....

zai said...

kak zai dapat rasakan ada ciri2 kepimpinan dalam diri imanshah nie..

insyaAllah boleh jadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti selagi ada kesedaran dalam jiwa tentang prinsip ketuhanan dan kemanusiaan...

semoga juga mendapat isteri yang solehah...sebenarnya kak zai sendiri masa remaja bukanlah solehah sangat..tapi alhamdulillah dapat suami yg begitu baik mentarbiah isterinya dengan penuh kasihsayang membuatkan hati ini cair dan terus bertekad utk menjadi isteri yg solehah..

Jadilah seorang suami yg terbaik nanti yer..insyaAllah isteri iman akan membalas kebaikan itu berkali2 ganda..percayalah..itu dinamakan pendidikan rohani yg secara halus...suami kak zai tidak menegur dengan kata2 tetapi banyak dengan perbuatan yg lemah lembut tapi sangat terkesan dihati ini..

sori yer..komen lebih2 lak kali ini..bukan apa touching dengan entri nie.

Tukang cerita said...

amat2 mendalam.....

best ke pi TN? gambar mana?
:)

Batara Guru said...

sayang....ramai anak zaman sekarang tak menghayati lagu seperti ni!

insan pendidik said...

salam imanshah,

kejayaan kita hari ini berkat jerih perih orang tua kita. Berbaktilah kepada mereka. Untuk yang tiada sentiasa beramal buat mereka.

Rosnah said...

Kasihnya ibu membawa kesyurga...syahdu tu..

Cik Amy Sensei said...

salam imanshah..


apa khabar harini?
moga awk sihat selalu ekk..

imanshah said...

Kak Zai..hurm berkat doa kak zai moga saya ketemu jodoh yang terbaik

Cikgu Chun said...

Semoga kita semua dapat menjadi anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Semoga kita semua juga dapat mendidik anak2 kita menjadi yang terbaik suatu hari nati.

imanshah said...

Cik Amy, saya sihat saja...eh nanti saya pautkan blog awak..lupa padahal lama dah nak pautkan

cikgupj said...

lagu kanak-kanak yang berjiwa dewasa...banyak orang dewasa yang suka lagu ini...

ikan emas said...

benar,

kita selalu lupa apa yg kita ada
kita mudah lalai jagai apa yg kita punyai
kita sering leka hargai apa yang kita miliki...

semuanya terasa bila kita kehilangannya..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget