WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 11, 2009

MERAHKU SAYANG

Salam ceria pagi Ahad buat semua. Agak lama tak berblog (hampir tiga hari)...kali ini entry aku pasal sekolah da. Semalam berlangsung program rumah..Tentu kalian semua punyai rumah sukan sewaktu di sekolah dulukan?? Ada yang guna nama binatang, pahlawan Melayu, khalifah Islam dan banyak lagi. Di sekolah aku ni pelik sangat unik. Kalau di sekolah lain ada empat rumah, di sekolah aku ada enam rumah di mana nama rumah sangat simple tapi memang lain dari yang lain. Kami hanya menggunakan nama Red, Blue, White, Black, Yellow dan Green. Nama warna semuanya. Dan semenjak tujuh tahun yang lalu, aku merupakan guru rumah merah merangkap warden rumah.

Di SBP, sistem rumah sangat besar maknanya. Di sekolah aku, semua pelajar diasingkan mengikut kabilah warna. Maknanya ada 6 buah asrama yang tersergam indah dan di dalamnya dihuni oleh para pelajar Tingkatan 2 hingga 5 yang mewakili enam rumah yang aku sebutkan tadi. Manakala pelajar Tingkatan 1 tinggal di asrama yang lain. Sistem rumah bukan sahaja tertumpu kepada sukan semata-mata, malahan kepada aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan kokurikulum. Semua orang berebut-rebut untuk menumbangkan markah untuk rumah masing-masing. Manakala untuk mengatasi masalah disiplin, pelajar yang melkukan kesalahan akan ditolak markah rumahnya atau lebih dikenali sistem dimerit.

Semalam, program rumah kami berlangsung dengan jayanya. Bermulanya dengan acara futsal, diteruskan dengan acara sukaneka. Dan pada malamnya pulak diadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Akhir Tahun. Dalam majlis ini semua guru Rumah Merah hadir tanda sokongan. Dalam majlis ini para pelajar yang membantu menaikkan mata rumah merah diberikan hadiah dan penghargaan.

Hurm, rasanya aku sudah sinonim dengan rumah merah. Kalau ditakdirkan dipindahkan ke rumah lain, adoi rasanya hancurlah hati ini. Good Luck Red House. Moga Piala Agung 2009 jadi milik kita!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Tirana said...

warna merah selalu dikaitkan dengan keberanian dan kegagahan..

sonata anak kancil said...

Tahniah la Rumah Merah - biasanya merah ni garang - bila garang tentunya boleh johan semuanya!

Dulu2 masa sekolah saya rumah merah...johan pe...kalahkan rumah hijau ( rumah sape ni???rumah hubby le....!)

Shifu67 said...

klasiknyee bumbung asrama tu... teringat bumbung asrama aku kat seberang jalan STAR tu... sama laa

n@m@n said...

biasanya rumah merah selalu juara..

hehehe

ada ong keeh merah ni?

The Hobbit Frodo said...

hehehhehe suka merah jugak!!


kalau dipindahkan mmg hampa lah cikgu. wa paham! xoxoxo. teruskan perjuangan RUMAH MERAH!!!


Man u tetap di hati


>_____<

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT. Em,kalu dikenangkan kembali bab kurikulum memang saya suka warna merah. Zaman sekolah dulu saya kekal di kelas merah dari darjah satu sampai ke darjah enam. Sebaliknya bab kokurikulum pula Rumah Hijau selalu menjadi juara. Itulah rumah sukan saya. Sekarang ini saya bertemu jodoh dengan Rumah Biru pula.

Apa pun kalernya, jangan kita taksub dan membenci.. hehe. Semua warna asas ciptaan Allah ada kekuatan masing-masing. Saling berpadu untuk membentuk warna-warna yang lain. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh~

kuIna LadyInRed said...

ya ya merah yang gagah
gempak
glamour

:
:
hehehe..

bUdAk kEnTaNg said...

salam cikgu..
merah ni klu ditransletkan scr negatif jd kaler keangkuhan..tp bila berlawan kena ade sifat angkuh baru buleh menang..iyer dak??hehhe..

suker giler dgn kaler merah..
hidup red house.. hohoho

TAN SRI MOHD. IKRAM said...

ringkas tanpa perlu memusingkan kepala.

sekolah aM dulu menggunakan jawatan2 pembesar yang mengamalkan adat temenggung. dan aM merupakan salah seorang ahli Syahbandar (rumah hijau) lagi pening apabila sekolah lama aM menggunakan nama-nama planet pula. adoi! mungkinkah seiring dengan anjakan paradigma?haha

merah itu membara dan penuh semangat!

imanshah said...

am..memang ringkas dan mudah,,sekolah saya dulu lagi lah guna nama seladang la, harimau la..adei

shfq said...

redrousers terbaek!

cookie devine said...

Teringat zaman sukan sekolah kat Faris Petra.hohoho.....

ayisy said...

Bila aku tengok gambar-gambar ni, mengingatkan aku pada zaman duduk asrama dulu. Banyak kenangan manis duduk asrama. Kadang-kadang teringat-ingat. Kejadian pahit kena buli pun jadi manis. Haha..

Anak Tumpat said...

pokcik suko merah.. sapa ko pengetua pokcik pun sebut pasal ambo suko merah..tapi tahun ni pakcik kena jaga rumah sukan "BIRU".. lalalalalalla....

zai said...

Salam Imanshah,

Kak Zai pun dulu masa sukan pernah jadi ahli rumah merah dan kuning..

Rindu pula nak kembali ke zaman persekolahan..ingat dulu2 kalau masuk lumba lari..cikgu lelaki selalu marah budak perempuan suka lari sambil pegang baju...hehehe

Harry said...

merah memang hebat..
pewira-pewira ROMEO
yeah!!

Anyway , cikgu..
jangan telalu taksub ngan warne sgt..
takut jadik assabiah ni plak..
rasulullah x suke..
hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget