WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 17, 2009

MOH LE KE PERAK!!


Semalam 16 Oktober 2009 sekolah aku mengambil cuti berganti Deepavali.. Hurm agak pelik juga ek, muridnya seratus peratus Melayu, gurunya seratus peratus Melayu, staff 2 orang sahaja India, tapi mengalahkan sekolah yang ada 300 murid India.Haha, isnin pun cuti lagi...Cuti-cuti Malaysia lah jawabnya.

Tak der benda nak buat, aku dan anak-anak murid aku bergerak ke Sitiawan. Pergi beraya lah kununnya di rumah seorang pelajar aku Muazzin di Batu 15, Lekir, Sitiawan. Terima kasih Encik Ibrahim sekeluarga atas layanan yang mesra. Bukan apa, si Muazzin ni dok ajak lama dah pergi rumah dia. Dapat mekan tengah hari free. Hehe..Aku ngan keluarga budak-budak sekolah memang kawan baik. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang akhirnya menjadi kawan aku..

Alang-alang dah sampai ke Sitiawan, kami melebarkan langkah hingga ke Pekan Lumut. Ramai juga pengunjung di Pekan Lumut. Rakan-rakan kalau nak melihat keindahan bandar maritim, datanglah ke Lumut. Alang-alang ke Lumut, saudara-saudari semua boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Cantik, kalau tak percaya datanglah..Semua orang memuji kecantikan pangkor, baik kawan, mahupun lawan.

Selepas berehat-rehat di pekan lumut, kami bergerak ke Teluk Batik, kira-kira 10 km dari Pekan Lumut. Bagi yang menggemari keindahan dan ketenangan pantai, bolehlah berkunjung ke Teluk Batik. Airnya yang biru, tenang dan mendamaikan. Di sini banyak disediakan kemudahan penginapan seperti hotel, chalet dan motel. Harganya pun berpatutan. Selain itu, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah surau, dataran hadhari, tempat letak kereta yang luas, gerai makan serta gerai-gerai cenderamata. Wah promote gitew!!

Apa lagi kawan-kawan, Moh Le ke Peghak..macam-amacam ade..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

nazmi shaarani said...

tempat sy mmg bes ckgu!
hehe

abu muaz said...

Seronok,seronoknya jalang jalang cari makang.

iqbalsyarie said...

nanti da ade transport sendiri,nak gak pegi sane la.mcm best je...

Cikgu Adham said...

salam..

oooo sedap alik demo la ada cuti.. kawe xdak cuti depavali cni huhuhuhu

cookie devine said...

nape xajak CC bab makan2 nih.

Batara Guru said...

huhu...teman sekolah teman cuti macam biasa jer!!! Tak dapat le teman nyambut depa vali!!

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum wbt. Saya sokmo ke Perak bila on the way balik ke kampung. Teluk Batik dan pekan Lumut pun saya dah singgah. Pulau Pangkor rasanya baru sekali ke sana. InsyaAllah cuti akan datang mungkin ke sana lagi~

Cik Amy Sensei said...

salam..

moh ler jugak jalan-jalan cari ilmu di bumi kenyalang ni...hehe

cikgupj said...

jangan lupa singgah di teluk intan untuk memancing udang galah!...itulah hobi cpj yang dah lama tertinggal...

Idalara said...

Salam imanshah
best tu dpt ziarah cuti2 mcmni..bilalah kak ida dpt bercuti mcmni...hmmm..

p/s perak menggamit seribu memori..kerana dia di sana..

p/s thanks ucapan takziah dr imanshah

imanshah said...

Cikgupj..cikgu Zulkifli Din sudah berpindah ke Bagan Datoh

♥ QaseH ♥ said...

hok sengoti tu yang betul kan,,,btul x nie...

zai said...

Salam Iman..

Wah dah boleh jadi pemandu pelancung camni..pandai dah mempromosikan cuti2 malaysia nampak..

Bangganya jadi anak malaysia sbb kat negara kita mmg banyak tempat yg indah2...patutla ramai sangat pendatang sanggup bermati2an menyeberang laut nak datang kesini..

chekgu BaniHassim said...

pegi ke tidak pangkor???
boleh pesan sotong kering gule... :P

cikgupj said...

terima kasih iman, cpj telahpun menghubungi beliau dua minggu lepas...

~Insan Biasa~ said...

wah cuti2 malaysia jugak yea...saya dah tak larat memenuhi undangan rumah terbuka...haha lagi hujung lagi ramai...

imanshah said...

Qaseh..tepat sekali, anda memang hebat..haha

Tukang cerita said...

tempat akak ni memang best...
:)

♥ QaseH ♥ said...

kiter bukan org kelantan but penah duk kelantan 2 thn gak la...so taw la ckit2 perkataan kelantan,,,debe,la,,ngetok,,etok pun hehehehe

take care g taman negara ek,,,qasehda p thn lepas mase practical kat saner dulu....best oooo enjoy ur self,,,daaaa

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget