WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 15, 2009

ORANG KELANTAN ADA DI MANA-MANA


Salam dari daerah Salak Tinggi, Sepang. Sebenarnya hari ini sudah masuk hari ke-4 dan terakhir aku di daerah salak Tinggi, Sepang. Aku menginap di Hotel Empress, Salak Tinggi untuk Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan. insyaAllah jam 9 nanti akan berlangsung peringkat akhir di Pusat Konvensyen antarabangsa Putrajaya (PICC). Bukan pasal pidato entry aku kali ini tapi nak ghoyat pasal oghe kelate.

On the way datang kami singgah makan di R&R Dengkil. Aku sempat membeli cenderamata di kedai seorang broter yang memang jual merchendise team bola. Mak ai macam-macam ada. Dari pasukan ternama Manchester united sampailah kepada pasukan bola sepak kelantan. bila bersembang dengan dia rupanya dia orang kelantan. Jauhnya merantau...aku ke sana menggunakan van Jabatan Pelajaran Perak.Biasalah sepanjang perjalanan aku ni kaki sembang. Sembang punya sembang denagn abang driver JPN, rupanya dia pun asal Kelantan juga. Haish ramai tol orang kelantan.

Di hotel, aku berkenalan dnegan beberapa orang guru pengiring dari negeri-negeri lain. Laa, ingatkan aku je rakyat kelantan yang bawa pelajar dari negeri lain, rupanya ada lagi rakan-rakan yang seangkatan. Ramainya Kelantan. Malah pegawai JPN Selangor yang bertindak selaku jawatankuasa pun orang kelantan.

Malam hari, kalau tak ada kerja, aku turun je minum-minum di kedai tom yam depan hotel. Yang ni tok sah dok teka, memang dari pemilik sampai pekerja orang Kelantan. Sedang makan, tibe-tibe terdengar suara, mak ai ramainyayang bercakap menggunakan dialek Kelantan. Sah lah, orang kelantan ada di mana-mana. Hurm, bukan tak bangga, bangga. Tapi kadang-kadang bila terkenang semula keadaan di kampung halaman, aku mulai insaf..mereka ada antaranya terpaksa merantau. Ya lah, terus-terang gaji di sana sangat murah. kilang pun tak banyak. Kalau supermarket gajinya hanya RM 400. Tapi bukan nak salahkan kerajaan negeri seratus-peratus. Kadang-kadang inilah politik. Yang menjadi mangsa, rakyat marhain seperti kita. Selamat malam semua...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

fakhruddin said...

eh memang betul pun. saya pergi mana pun tak sah kalau takde orang klantan. ehem2 saya pun org klantan. hehe

iqbalsyarie said...

wah..sek-sek klate ngang sek-sek ganu ghama gok kat sinii..haha
Tapi,dalam ramai-ramai org kelantan kat TEMPAT saya,assabiah diorang mmg kuat...(diulangi,Kat tempat saya sahaja.tempat lain sy taktaw)..

Maswani said...

salam..ambo stuju sgt tu..kt sg petani ni pn ada persatuan 'Pakatan Anok Kelate SP'. Ahli makin bertambah.. Last week bru bt jamuan raya Anok Kelate di IPD SP.

Tumpang bangga - LIST Anok Kelate Sg Petani:
1.Big boss IPD
2.Pengarah Hospital Sultan Abd Halim SP
3.Chief Engineer Naza Gurun
4.Senior Engnr Modenas Gurun
5.Pengarah Pjb Buruh
6.Pengetua
--Businessman yg power2 trmsk kt pasar mlm pn ada..
mmg sana sini org kelate..

Cikgu Adham said...

salam.. wau.. mmg betul... kawe kalo gi mana2 pun mesti jumpa org kelantan la heh heh..

nik awin said...

inflasi..inflasi..
cikgu kalau bukak kitab ekonomi...

kalau disebuah negara kos hidup tinggi..ada perkaitan dengan gaji yg diberi tinggi juga.

dikelantan..makanan murah lagi..RM3 makan pun kenyang..sewa rumah sebuah...RM150 pun dapat..

berpadanan la dgn gaji.
salah politik ke?
mungkin kita patut rujuk mcmana kerajaan pusat beri layanan pada rakyat kelantan,kan?kan?

ikan emas said...

1malaysia laa tuu!!

selamat berjaya

imanshah said...

udin..bila masa hang jadik oghang kelantan..owh lupa awek hang

imanshah said...

nik awin, tu dulu kot 3 ringgit dah kenyang..sekarang mana dapat..tak percaya pglah kat KB tu...ikan kembung pun dah 7 rgt sekologram, nik awin jarang g pasar kowt...

tapi kalau RM 400 tu di kira cukup, rasanya Nik awin memng orang yang jimat cermat..cuba nik awin kalikan..kalau makan 5 ringgit sehari darab 30 dah 150..minyak motor??dah diambil kira?? simpanan?? alahai...

Anak Tumpat said...

pokcik ni duk sarwak.. nk cito pun lagu tu lah.. kalu sebut ore kelate sini dah jadi benda biasa.. ramai gu..... hok jual budu pun ada..hahaa

Shifu67 said...

tu yg besumbat2 bila hari raya....

errrr... kawe 'orghe luar'.... hehehe

alkisah 0s said...

macam mana dgn pidato???dapat msk inal tak???

zai said...

Salam Iman...

Baru kak zai perasan banyak follower blog kak zai orang kelantan gak...hmm..dah memang jelas..sudah terang lagi bersuluh..orang kelantan telah menguasai malaysia..hehehe

p/s : patutla kat penang pun ada nasi ayam budu dah...

cookie devine said...

cik Cookie pun org kelantan.hehehehe...cuma ter"feeling" org KL.

chekgu BaniHassim said...

org kelantan suke merantau...
dan pandai merantau...
jadi, tak kisah laa...
yg penting kite kan rakyat msia..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget