WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 6, 2009

RESTUILAH MEREKA


Semalam di sekolah berlangsung majlis restu ilmu untuk para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PMR yang akan bermula 7-13 Oktober 2009. Aku tak ingin mengulas mengenai perjalanan majlis tersebut. Tetapi posting kali ini berkaitan dengan keberkesanan majlis yang diadakan, tujuan, harapan dan kesudahan selepas peperiksaan. Seperti biasa, di sekolah yang aku mengajar ini, para guru yang mengadakan majlis seperti ini untuk membolehkan para pelajar memohon kemaafan, memohon restu, dan mohon agar segala imu dihalalkan.

Walaupun aku turut menghadiri majlis tersebut, namun ramai yang tidak hadir. Terasa serba tak kena..bukan apa, dari segi teorinya memang tujuannya cukup murni. Namun persoalannya, dari segi penghayatannya, aku dapat rasakan keadaannya sama seperti setiap tahun. pelajar akan lalu, bersalam-salaman dan mohon maaf.Malah, ada yang tak bercakap sepatahpun..apatah lagi untuk memeluk guru, hatta mencium tangan sekalipun (kami guru-guru pun tak mengharapkan kerana sudah tahu teori semata-mata) Dan sebagai umat islam dan pendidik, seharusnya aku memaafkan mereka. Harus diberi restu agar perjuangan memasuki medan pertempuran dipermudahkan.

Berbalik kepada penghayatan, apabila selesai sahaja peperiksaan, maka para pelajar akan mula menampakkan wajah sebenar, apatah lagi berada pada tahap ketiga (tingkatan 3) merupakan saat peralihan. Dan selepas itu, mereka mula melakukan kesalahan yang tak sepatutnya mereka lakukan. maklumlah, dah menghampiri honeymoon year..

Terkenang kisah zaman persekolahan dulu, tidak ada majlis sebegini diadakan..Tapi kami akan mencari guru-guru di mana-mana sama ada di dalam kelas, bilik guru, padang waima di pasar sekalipun jika terserempak. Dan kami akan berjumpa dengan semua guru untuk memohon maaf serta restu. Betapa kami meletakkan kemuliaan guru pada tempat sewajarnya. Namun, mungkin abad ini, pendekatan berbeza, cara juga berubah, namun tujuannya tetap sama..Kepada guru-guru, restuilah anak-anak didikmu,,kerana tanpa restumu, tiada kemanisan dalam menuntut ilmu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

fikri FAUZI said...

gooodd luck yaaa.
;DD

sonata anak kancil said...

semoga anak didik kita beroleh kejayaan cemerlang ....( yang nakal2 datang jumpa aku... datang juga depa - nak mintak restu & keberkatan guru - masa nakal - tak ingat tu semua...)

bUdAk kEnTaNg said...

salam cikgu..
iyer betul tu..dulu time saye form 3 pon carik sendiri cikgu mohon ampun n halalkn ilmu.cari sampai masuk toilet guru tu..hehe..
dan saye gak rase bersalaman dgn sederetan guru mase form 5 SPM sambil beratur..rase kelainan yg ketara..pasal mase tu kite ramai jd segan nk ucap panjang2..hmm..

papepn terpulang pada diri,rase bersalah pada guru cepat2 la minta maaf pasal ilmu diguna pakai sampai ke tua....:p

Tirana said...

Zaman kita dulu tak ada pula majlis sebegini tapi kita tetap menghormati guru. Kata-kata guru sentiasa dipatuhi seolah-olah mereka itu ibubapa kita juga

Aku Cikgu Sekolah said...

Percayalah, doa setiap insan bergelar "GURU" sentiasa merestui dan mengiringi perjalanan hidup pelajar mereka walau di mana mereka berada walaupun terkadang diri mereka terluka...!

Tukang cerita said...

Salam ....
sekolah akak pun buat majlis macam ni....

memang btoi, sebagai guru, kekadang perasaan tguris dengan perlakuan pelajar, namun sebagai umat Islam, kewajipan kita memaaf dan mendoakan mereka....

n@m@n said...

restu jgn tak restu..

eka said...

teringat waktu form3 gak. nak salam cikgu before pmr. siap selawat. menangis waktu salam cikgu. terasa banyak gile dosa dgn dorang. sob sob..

TAN SRI MOHD. IKRAM said...

betol-betol.

bila ilmu tak direstu,
mula la berlaku kesulitan semasa peperiksaan. haish!

lps tu baru nak nyesal.

fakhruddin said...

yang penting, sentiasa ikhlas kan?...

xiiinam said...

Semoga anak-anak didik kita diterangkan hati....

x'emriust said...

btol2..masa di STAR aja la ade program bgni..
law mse di skolah biase dlu..
student la kene cari ckgu..minta restu

iqbalsyarie said...

haha..biasala remaja lelaki~
diorang semua ni bila da keluar sekola barula teringat kat cikgu-cikgu.hehehe

(sape la ek?)hehe

Cik Amy Sensei said...

salam tuan blog..

semoga semua pelajar PMR mendapat kejayaan yang cemerlang..


ameenn...

kuIna LadyInRed said...

hanya doa mengingiri perjuangan mereka

cikgupj said...

zaman kini...memang betul, kekadang cikgu jer yang lebih hegeh nak beri restu kepada pelajar, tetapi pelajar rasa mereka tidak perlu diberi restu oleh guru...di mana salahnya?

Cikgu Adham said...

salam... sory la sheikh.. kawe x sempat nk kunjung blog demo heh heh.. setakat ni pun mujur2 je sempat kawe update blog sndiri...

teringat zaman kawe dulu lagu ni la beratur hah hah hha.. kalo spm lg la byk.. siap salam2 dgn junior2 lg manatau kut2 ada salah dgn junior kena mntak maaf belaka tu heh heh heh..

ni kawe nk kongsi pengalaman kawe jaga PMR di SMK BAlleh (sekolah pedalman srwk).. PK1 dia baru berumur 29tahun hah hah hah... dia anatara cikgu senior d situ mula ngajar tahun 2005 terus jd PK1 sebab xda orang lain dh...

tu la keadaan sek pedalaman kerana semua org xmahu ke sana kecuali guru2 mmuda je...

ZaCkG fRiDzHa said...

Good luck adik-adik!
hehehe...form 3 white good luck ek?
cikgu, tolong sampaikan salam saya kat dorang ek..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget