WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, October 2, 2009

SERANGAN TIGA PENJURU

Minggu ini, dunia khususnya dikejutkan dengan serangan tsunami di Samoa, taufan Katrina di Filipina dan gempa bumi di Padang, Indonesia. Seakan serangan tiga penjuru, air (tsunami), udara (taufan) dan darat (gempa bumi)..Serentak Allah menguji hamba-Nya. Alhamdulillah, negara kita masih terselamat dari sebarang bencana, walaupun negara-negara jiran sering diuji. Ya Allah, kami mohon perlindungan darimu akan segala musibah dan bencana..Ya Allah kami memohon kepadamu agar diselamatkan tanah air kami dari dugaanMu yang Maha Besar..Semoga Allah melindungi kita semua dari bala dan bencana...

P/s Jika Allah menurunkan bala, semua orang akan menerima akibatnya. Oleh itu wahai umat manusia, berpesan-pesanlah pada kebaikan. Berbuatlah kebajikan, tinggalkanlah kemungkaran dan kejahatan...


Tsunami


Gempa bumi


Taufan Ketsana


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

n@m@n said...

tempat kawe pasir puteh kena tempias taufan tuh

ada dlm paper jumaat

Dj Epoi said...

Alhamdulilah kita tiada apa di Negara Tercinta ini...

Tapi...renung2kan....

Salam Bro ....jumput TERJAH rumah terbuka Gua...eik....

iqbalsyarie said...

Kenapa Malaysia belum kena?Sedangkan anak-anak melayu islam kia ni mmg ramai yg sudah terpesong.hanya 30% je umat islam yg solat.70% lg tak solat.Allah bg kita masa utk berfikir dan bermuhasabah sebenarnya...

mungkin...bila kita masih tak mahu fikir akan petunjuk-ptunjuk tu,Allah akan turunkan bala yg lebih dasyat kpd kita.Wal iyya zu billah..

takutnya..

fikri FAUZI said...

hmmm, macam2 berlaku. nasib baik bukan kat malaysia. dh nk kiamat kot dunia ni.

insan pendidik said...

Salam,

benar apa yang dikata. Moga bencana ini menjadi peringatan buat kita semua.

Cikgu Chun said...

Tak mustahil suatu hari nanti Malaysia juga akan kena. Tengok dulu, tsunami pun dah kena, walaupun hanya tempias, gempa bumi pun kena juga tempiasnya dan begitu juga dengan taufan. So, sama2 lah doakan kesejahteraan Malaysia....semoga dijauhi bala dan bencana.

imanshah said...

Iqbal...benda belum jadi, nak jadi Allah bayar cash je..smg semuanya mendapat hidayah dan pengajaran dari segala yang berlaku

imanshah said...

Naman..dasat tu kampung demo kena?? rumah demo tak kena ke..rumah saing kawe di Kuala Terengganu kelecak atap

Batara Guru said...

Bumi dah semakin tua...tapi kita masih fikir kita semakin muda!!!!

Shifu67 said...

kita kena hujung2 ekor angin tu pun dah komplen macam2... bertuahnya negara kita ni... tak de bencana cam gitu... haaa.... yg tu kena selalu ingat

zai said...

Semoga mereka yg mengalami sendiri bencana alam spt ini akan semakin insaf diri dan kembali kejalanNYA..

Bagi negara2 yg belum terkena tempias spt itu. itu tak bermakna kita juga akan terlepas..Malaysia sendiri tak terkecuali kalau semua masyarakat tidak mengendahkan amaran Allah dan terus menerus menghalalkan segala bentuk hiburan dan cuba melawan takdir Allah..

bUaL kEnTaNg said...

salam cikgu..
syukur alhamdulillah negara kita maseh lg dlm keadaan selamat..
itu semua amaran utk kita yg hidup utk muhasabhkn diri.. tepuk dada tanya iman.. hmm..

Anak Tumpat said...

kita pun x kan terlepas dari bala Allah seandainya msyarakat kita lalai dan asyik dgn maksiat.. cuma mungkin lain caranya Allah menghantar bala tenteranya.. pakat-pakatlah ingat mengingati sesama kita...

chekgu BaniHassim said...

katrina ke ketsuna??
erm..tak kisah laa...

malaysia terselamat nih...alhamdulillah, sdgkan negara jiran terkena...

semoga allah masih lindungi kita semua...

cikgupj said...

Rakyat kita banyak mati di jalan raya dan ke gangguan hantu raya sehingga nafsu jadi macam buaya!...bala jugaklah tu!...ahaks.

Aidil Fadzil said...

salam, kawe kat PChepa terkena tempiasnya, atap bumbung rumah tercabut...Syukurlah semuanya selamat. Semoga menjadi pengiktibaran buat kita di sini.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget