WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 31, 2009

SURAT RAKYAT MARHAIN

Artikel ini saya petik dari ruangan surat pembaca yang ditulis oleh Encik Mohd Najib bin Abdul Rasyid, Kuala Lumpur di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 30 Oktober 2009. Terpulanglah kepada rakan-rakan untuk menilai surat tersebut.

Saya adalah antara pemilik kereta berumur lebih 15 tahun yang dilaporkan mencecah 2.7 juta kereta sehingga kini. Saya tertarik dengan laporan akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang dilaporkan secara ringkas saja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Saya menulis ini berdasarkan pemahaman saya melalui laporan di akhbar kerana saya ini hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang tidak mengerti dengan dasar yang kerajaan laksanakan.

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan dikenakan kepada orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta lama. Tidak cukup dengan kenaikan premium insuran pihak ketiga dan keengganan pihak insuran untuk menerima kereta kami ini, kali ini kami dikejutkan pula dengan dasar yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli korporat dunia automotif saja.


Dengan adanya dasar yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi. Kami sebenarnya tidak memerlukan kenderaan yang moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran kami yang kini bebas dengan hutang pinjaman kenderaan. Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai. Tetapi jika DAN ini terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang ini menandakan kita telah maju dan negara akan makin cepat membangun?

Saya juga tertarik dengan menteri berkaitan mengenai kenyataannya untuk menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automatif di dalam negara.

Saya berpendapat, tindakan itu hanya menguntungkan sebelah pihak dan tentu sekali rakyat biasa akan rugi selamanya. Mungkin antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang, tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan pada harga munasabah.

Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga mampu milik. Sebagai contohnya, harga `gearbox` canggih kereta nasional yang dilancarkan dulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemiliknya. Harganya mencecah belasan ribu dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya. Ia bagaikan kata orang tua di kampung, 'mahal tali dari lembu`. Inilah yang menjadi persoalan kami, adakah DAN ini akan memberi jaminan untuk mendapatkan harga alat ganti murah dan berkualiti?

MOHD NAJIB ABD RASHID,
Kuala Lumpur.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Cik Cookie said...

hurmmm..sedikit tersentuh tapi nak buat mcmn kita xalami keadaan itu.
sejujurnya, tiada rs.
mgkin itu yg berkenaan rs.Rs biasa2 saje tanpa peduli org mcm kita

n@m@n said...

nasib baik demo pakai city baru kan??hehe

Cikgu Adham said...

salam... uh uh h berat nanang la deh... x pyh pakai kreta la.. pakai muto senang hah hah

Dj Epoi said...

Sangat sangat menyokongnya weih!!!

"Kami sebenarnya tidak memerlukan kenderaan yang moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran kami yang kini bebas dengan hutang pinjaman kenderaan.ive"

Orang macam kita boleh ker nak buka bisnes spare part automotive?,
Lain lah....KRONI2 yang dah banyak modal!!


Dj Epoi
Adoiyaiiiiiii
Yang .....Kaya
Bertambah Kayalahhhhhhhhhh.....
Binawe nyer keputusan.....
Cis!! bedebah....
Gua tak setuju langsung...siut!!

imanshah said...

N@man..huhu tu pun sebab eksiden

imanshah said...

Dj Epoi..betoi tu kesian pakcik2 kat kampung na!!

sonata anak kancil said...

saya tak nak berhutang! lepas habis yang ni...dah2 takyah/takperlu yg canggih manggih...takat kancil sekor cukup wat gi kedai

deeja said...

salam...singgah& pkenalan....jamu minda + ilmu

zai said...

Semakin lama semakin banyak dasar kerajaan yang dibuat menyusahkan rakyat...pemimpin2 yang mendapat gaji dan imbuhan berjuta setahun takpa la cakap macam tu. macammana pula nasib rakyat miskin yang semakin tertekan dari hari sehari ni..dahla duit sekarang macam dah tak ada nilai..buat plak suruh tukar keta baru sedangkan rakyat biasa yang berpendapatan rendah terpaksa mengikat perut utk menyara keluarga..sekarang mai plak undang2 baru bab keta ni..kesian sungguh kak zai kat rakyat2 berpendapatan rendah..kerajaan mmg langsung tidak prihatin..kalau nak excident..keta mahal pun excident gak..!!!

abu muaz said...

senyum dalam tangisan.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget