WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 25, 2009

TAMAN NEGARA PAHANG, INDAHNYA CIPTAAN ALLAH!!

Salam semua..atas permintaan rakan-rakan yang mahu melihat foto-foto aku ke Taman Negara Pahang, maka di bawah ini merupakan sebahagian daripada foto-foto tersebut. Alhamdulillah, keindahan flora dan fauna yang nasih terleihara, sungai yang belum tercemar serta kepelbagaian biodiversiti yang memukau pandangan sungguh mengujakan. Program 4 hari 3 malam ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari Suruhanjaya Unesco Kebangsaan Malaysia (SKUM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Terima kasih buat semua fasilitator, pak cik bot (huhu sejam perjalanan dari jeti ke Kuala Atok) serta orang asli Kaum Batek yang turut mewarnakan program ini. Juga buat guru-guru dan pelajar dari SOKSEK, STAR, SMK Taman Tasik, SMK Jalan Damai dan SMSAH, Jitra...











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

iqbalsyarie said...

salam cikgu!
bestnyew jenjalan.g perkampungan org asli tu tak jumpa ke gados idaman?hehehe

cikgupj said...

Wah, indahnya kehijauan alam...indahnya berbudi kepada manusia dan alam...

Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta dibalas,
Hanya untuk kenang-kenangan.

selamat kembali...

Cikgu Adham said...

slm.. mmg mantap pelbagai heh heh.
tp ada pelajar wanita ke tu?

imanshah said...

Adham, ada dari sekolah lain

imanshah said...

Iqbal...tak ramai penduduk dia ada dalam 7 buah keluarga je..huhu

sonata anak kancil said...

Last year saya sudah kesini...Memang best , rasa nak pergi lagi! n3 SAK ade cite ini...

muzhafar said...

masya-ALLAH..cantik2..ni budak kelab unesco ke yg pgi? =)

♥ QaseH ♥ said...

best kan g taman negara,,,,

Cikgu Chun said...

Teringat pula semasa buat lawatan ke sana semasa belajar kat UPM dulu. Tapi dah lama dah, tahun 2002 lagi. Mesti skrg ni lg cantik kan...huhuhuu....

Aidil Fadzil said...

salam, luas perjalanan banyak pengetahuan...banyak pengetahuan jadikan teladan...teladan itu biar ikutan...menjadi panduan alam kehidupan . BESTnya bila boleh sampai kat sini ya.

bUdAk kEnTaNg said...

salam cikgu..
masok gua & jln atas canopy tu yg nmpk cam best je..aritu nk pegi tp tak jd..jauh sgt dr cameron hehe..
lps cikgu buat n3 nih,mcm best jer..insyaAllah akan dtg sampai la teman ke sane..ehe

imanshah said...

Muzhafar...ahah ni semua Kelab Unesco..haha

imanshah said...

Budak Kentang, sila lah datang melihat keindahan alam ciptaan tuhan..pasti terpesona

Cikgu Adham said...

slm..
oic heh heh mesti budak2 demo akan jd pelik ckit bila ada pelajar wanita dlm kem heh heh heh...

imanshah said...

Adham, huhu asyik nak ngorat je..budak2 pempuan soksek agak gedikz..melayan je

Anak Tumpat said...

bagus jugak xtvt gini.. anok murid suka cikgu pun stuju..haha.. mantoooooppppp.....!!!

xiiinam said...

Wah...menerujakan aktiviti ni...
Saya ke sini 20 tahun lalu...masa jadi ahli Kelab Kembara kat UM..lama tu....





Semalam lalu STAR...dapat ambil gambar pagar je...

Batara Guru said...

harap2 tiada makhluk tamak yang gondolkan ciptaan tuhan tu!

Cik Cookie said...

Konpius anak murid ke cikgu yang xcited.

Tukang cerita said...

Salam....
teringat kenangan masuk utan kuwar utan zaman bujang2 dulu bila tgk gambar cgu ni.... semua tempat diredah....hutan, gunung, bukit, gua dll....
tapi, skrg ni, macam dah tak berpeluang nak merasai semua tu....
huhuuuu.....
:(

insan pendidik said...

salam imanshah,

entri yang menarik. bila nak buat trip lagi. Ajak le IP sekali.

zulhimi89 said...

program pe ek cg?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget