WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 4, 2009

TRAGEDI LAMPU ISYARAT


Salam ceria pagi Ahad. Semalam, aku dikejutkan dengan berita tentang deretan kedai lama di Jalan Kamarudin Isa, Fair Park, Ipoh telah rebah menyembah bumi. Kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam telah meragut nyawa Mohd Zairi bin Mohd Sabri dan Mohd Firdaus bin Mohd Norzila. Manakala rakan mereka, Abdil Qudus Ismail cedera di muka dan pinggang akibat dihempap batu.

Untuk makluman rakan-rakan semua serta para pembaca, deretan kedai ini terletak di sebelah persimpangan lampu isyarat. Amat malang buat mangsa kerana sewaktu kejadian, kereta mangsa sedang berhenti di persimpangan lampu iyarat. Begitulah janji Allah, sampai waktunya kita semua akan dijemput, hanya lambat atau bangat sahaja yang memisahkan. Bila memikirkan pasal tragedi ini, terasa takut juga kerana saya selalu juga menggunakan jalan ini. Yalah, ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau boleh nak juga menghembuskan nafas terakhir secara baik dan tenang. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi segala dugaan dari Allah S.A.W.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

- abdul hadi abdul muti - said...

terkejut jugak dengar berite ni..dulu2 time parent nak antar, selalu je lalu kat fairpark tu...

Cikgu Adham said...

salam... xpa sheikh.. ajal maut d tangan Allah... kdg2 org yg 18 kali ekseden parah pun tak meninggal lagi... tp kadang2 org yg xda apa2 sedang tidor je dan jatuh dari katil pun bleh mati...

sebabnya kerana semuanya adalah kehendak Allah SWT..

sonata anak kancil said...

Jika sudah janjiNya begitu - tidak dapat dielakkan lagi...

Anak Tumpat said...

tgk tuh..kalu la dia awal 2 minit tiba di lampu isyarat sblm lampu merah..dh tentu terlepas kan.. tp Allah dh kata mati ni xleh lewat n x awal walaupun seminit..

cikgupj said...

Takdir tetap takdir, tetapi orang yang besalah dan bertanggungjawab atas kejadian tersebut mestilah di hukum...

Batara Guru said...

al-fatihah....

Farhana said...

Erk.. Baru nk post entry ni.. Udah ade yg post.. Huhu.. Dekat ngan umah sewa saye nih.. Malam tu mmg agak kecoh laa.. Skarang ni kwasan tu jam memanjang.. Susah mau pegi kolej.. Jadi lmbat.. Huhu..

~ singgah sini.. =)

kuIna LadyInRed said...

takziah..

sudah takdirnya begitu kan.. ajal maut kita tak tahu bila & masa..

bUdAk kEnTaNg said...

salam cikgu,
wahh!! bederau baca..
kuasa Allah..
kedai tu runtuh ker?? abes tu penghuni kedai tu selamat slain 3org mangsa tu??

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget