WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 22, 2009

JASAMU DIKENANG




Buat Puan Hajah Umaimah yang bersara pada 31 Disember 2009




Jasamu Dikenang


Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan
tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.


Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman


Ahmad Sarju
Klang 1988

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

xiiinam said...

Selamat bersara.....

(Lamanyaaa lagi ckLah nak pencen!)

iqbalsyarie said...

selamat bersara cikgu umaimah...huhu..rindunya ngn cikgu2..

Dj Epoi said...

Semua Guru didunia nih Gua sanjung....walauponk tak kenal batang hidung!!! heheheheh

Selamat Besara Cikgu Umaimah!!

Cik Cookie said...

gelaran sampai mati adalh CIKGU.
untung sungguh badan.

teringat kat CIKGU ZAMRI yg ngajar sejarah CC.

cikgupj said...

selamat bersara cikgu...
cikgu imanshah tahun berapa akan bersara?semoga panjang umurmu...

cikgupj said...

selamat bersara cikgu...
cikgu imanshah tahun berapa akan bersara?semoga panjang umurmu...

imanshah said...

Saya bersara tahun 2038 insyallah..lama lagi, takut tak sempat je

faris.a said...

da bersara da ckgu umaimah?
ckgu kmariah bler?
nnti ckgu kmariah kne wt grand2!!haha

Cikgu Chun said...

walaupun lambat lg sy nak bersara, tetapi kekadang tu terfikir juga macam mana nak bersara dalam keadaan yang boleh diigati oleh org lain. Jawapannya ialah, mungkin kita kena kerja dengan penuh bertanggungjawab, menghormati org lain dan disenangi oleh rakan-rakan, baru lah orang akan ingat kepada kita walaupun kita dah bersara nanti. Tapi yg pastinya org akan tetap panggil kita "CIKGU" walaupun kita dah bersara nanti....hehehe

insan pendidik said...

salam,

Bersara hanya tugas formal pendidik shj tapi jiwa pendidik tu kekal sampai akhir hayat...

fakhruddin said...

wahhh. cg umaimah dah bersara?? sedihnya ;(

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget