WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 10, 2009

LUTUT TERCABUT!!


Semakin dekat dengan cuti, semakin tekanan terasa. Semuanya terkejar-kejar..Nak kena siapkan segalanya sebelum sesi persekolahan 2009 melabuhkan tiainya. Sebagai jalan keluar dari tekanan, petang tadi aku membawa anak-anak buahku seramai 23 orang bermain futsal selama dua jam di X-treme Park, Bandar Baru Sunway. Huhu agak pancitlah. Tak terkejar dengan stamina yang dimiliki oleh anak-anak muda berusia 16 tahun. Kita dah nak mencecah 30 an..nak lawan budak-budak yang berusia lebih sepuluh tahun muda..Namun, lawan tetap lawan.

Team kami (biru) akhirnya memenangi perlawanan selepas mengalahkan team putih di final..Haha penangan orang lama. Selepas game, aku belanja semuanya makan pizza Hut..Sekali sekala belanja budak-budak. Bukan apa kadang-kadang kalau di sekolah sebagai guru disiplin kita agak garang dalam mengawal disiplin mereka. Sesekali kena juga ada give and take..Macam bagi tali lah,, kadang-kadang kita biarkan je tali tu, tapi ada ketika kena tarik dengan kuat. Itulah yang aku praktikkan. Apatah lagi berhadapan dengan karenah pelajar yang semuanya lelaki.

Apapun selain dari kemenangan, aku juga dianugerahkan dengan hadiah yang agak bermakna. Haha lutut aku injured. Mak ai nak berjalan terhencut-hencut, nak tidur pun sakit nya. Masa main tak beringat diri dah senja, main macam remaja berusia 15 tahun.haha. Apapun ni lutut tengah bengkak ni..Thanks guys, next tyme cg bawak p bowling plak..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Aku Cikgu Sekolah said...

Bila nak lawan dengan cikgu2 30 an pulak, kehandalan dalam arena bowling telahpun terbukti!

scrlettfr said...

salam cikgu.. use RICE... should be ok... takper sekali sekala, kan... bukan selalu.. utk kepuasan.. hehheh...

imanshah said...

izaheri, ok je set tyme n date..jumpa di padang

Aku Cikgu Sekolah said...

Ok...tapi torres tengah injured lani...camna nak lawan..hu hu!

n@m@n said...

wah...ada brani nk lawe kawe???hehe

imanshah said...

Naman..tak beranilah lawan orang pro macam demo

xiiinam said...

Tekanan dari 'orang-orangan' atasan supaya peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dilewatkan...menyebabkan kami masih terkial-kial memulun skrip peperiksaan...

iqbalsyarie said...

aik?kami murid-murid tua takde ke cg?sekali-sekala belanja la kami pulak.haha
semoga cepat sembuh~

zai said...

Salam Imanshah..

Kak zai dulu sewaktu sekolah masa bersukan kerap mengalami keadaan lutut terkehel..mmg very2 painful..tapi itu dulu sewaktu aktif bersukanla tapi alhamdulillah sekarang tak lagi..tapi bila ingat sesekali keadaan macam tu..rasa fobia gak sbb takut berulang.

insan pendidik said...

salam,

bagus tu beriadah sesame budak2 tu. Sesekali dapat release tension. Keje pun berlambak. Samalah dengan IP kat sini. Guru tingkatan pulak tu. Main bowling nanti tangan pulak injured hehe

juk said...

Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks. Zuki (zukidin.blogspot.com)

Idalara said...

salam cikgu
baru thu yg imanshah ni cikgu..bz ye cikgu2 menjelang akhir persekolahan..tk pe injured sikit tapi menang dlm pertandingan..tk semesti menjadi guru disiplin kena terlalu disiplin dgn anak2 murid..kena pandai tawan hati mereka juga..

Cikgu Adham said...

salam..
adei berat nannang demo.. narat sampai cabut lutut huhuhuhuhu.. kena main tennis la plak tu

sonata anak kancil said...

tu la ngape gi main bersungguh2 menang...beri chance budak2 aje menang ....kan dah sakit lutut tu....cepat2 cari orang tukang picit/urut...ngeh3x

a kl citizen said...

assalammualaikum

tak pelah, nak cuti dah...
boleh berehat panjang sikit...

lili11 said...

Yeay utk biru. Lutut dah baik ke?

Tukang cerita said...

cikgu yang baik....
:)

lillies said...

salam..
wah..!! X-treme park tu..memang besh..!! pasni leh r g men bowling ek...nak itot muleh??

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget