WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 15, 2009

MAKNA TERSEMBUNYI


Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

iqbalsyarie said...

kalau perempuan tanya,u bila nak kawin?
makna tersirat ape...?hehehe
cikgu...kami menunggu~hehehehe

n@m@n said...

Bnyk pengalaman nampak?

nik awin said...

kalau masa belum kawin..memang ade jugak tanya (dan berperasaan) macam soalan2 kat atas..

tapi, bila dah kawin..
tak lagi bertanya,
kenapa?
bukan bermaksud tak kisah sebenarnya.

Tapi, kalau dulu..tak ada ikatan..memang selalu rasa insecure..
tapi bila ada ikatan sah..
tak perlu tanya soalan dan fikir bukan2..kot nanti satu hari pasangan kita rimas sangat dengan soalan iq tinggi mcm tu
..ha...baru la putih mata

berkomunikasi secara terus dan lemah lembut..(insyaAllah mujarab).
yang penting jgn berahsia sangat

Cikgu Chun said...

hahaha... susah juga nak memahami perempuan ni kan...silap aribulan boleh kena lempang free!!

Cik Cookie said...

you,
u phm2laa apa yg u maksdkan ekkk?
hohohohoho....

Cikgu Adham said...

salam..
wah kawe pun xtau semua ni heh heh

scrlettfr said...

salam cikgu... iyer ke pompuan mcm tu... tak semua erk...

Batara Guru said...

ha..ha...ha...
adakala baik jangan tahu yang tersembunyi itu.....menggerunkan!!

imanshah said...

iqbal..adoya terkena aku

a kl citizen said...

assalammualaikum

wah , pandai rupanya menelah kotak fikir wanita...

senanglah orang rumah...

ikan emas said...

Nasin cikgu ni ngajo sekolah lelaki, kalau tak ada anak murid pompuan yang tanya macam ni;

Cikgu,
ni kek mak masak utk cikgu, dia jemput dtg rumah....
apa maknanya?

xiiinam said...

Cikgu ada mesin pengimbas maksud tersirat ya...Ha..ha..ha..



Pssst: Ada juga yg rasa-rasa macam terkena batang hidung ckLah ni...

zai said...

hehehe...terasa ada yg terkena batang hidung sendiri ni...adoiyai !!!

imanshah said...

Kak Ikan, maksudnya mak tu yang nak ngorat cikgu..huhu (mak tu janda kot)..haha

imanshah said...

Kak Zai, CkLah, hai terasa ke??huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget