WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 16, 2009

RAJA KUTU


Sekolah dah nak cuti..macam-macam yang berlaku di sekolah..yang penting RAJA KUTU tengah mencari ahli-ahli untuk main kutu untuk tahun depan. Seperti biasa aku ambik dua kepala..sebulan RM 100 sekepala..untuk dua kepala nanti dapatlah dalam RM 2000..


Kutu ni ramai orang cakap pelaburan yang tak menguntungkan. Sebabnya takda dividen la, faedah la (riba??)..tapi aku rasa kutu yang selau selamatkan aku bila nak bayar road tax..haha.Tambah-tambah kereta baru. Aku dah berjinak-jinak dengan aktiviti kutu mengutu ni sejak sekolah lagi. Dah jadi habit pulak..yang penting aku tak jadi 'kutu'..haha.


Teringat ibu di kampung masa muda-muda sellau main kutu pinggan mangkuk la, periuk la, kapet la, macam-macam. kawan-kawan semua, suka ke main kutu???

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Tirana said...

Main kutu..cari kutu..ok lagi tapi kalau jadi kutu...memang tak elok...

n@m@n said...

Kalu ado gutu kt palo gatal wehhh

insan pendidik said...

salam,

kat skola ni ade gak cikgu yg main. tp IP x join. Benar tu main bende ni dpt disiplinkan diri gak. Klau x duit tu bole jd hilang tanpa dikesan hehe

Cikgu Chun said...

Betul tu, biasanya permainan kutu memang selalu menyelamatkan keadaan terutamanya time nak tamat insuran keta dan road tax!! Biasanya yg jadi ceti ialah perempuan lah. Bagi kawe lah kan, walaupun x dok untung secara dasarnya, tapi tetap menguntungkan jugak sebab ni kan simpanan...apa, x untung ke menabung?? tol x.. hehe..tapi kawe x penah main pon.

cikgupj said...

bukan pelaburan kerana tidak menguntungkan.salah satu kaedah menyimpan yang baik lah tu...

Cik Cookie said...

Suka main kutu dapat yg hujung2...

nik awin said...

kami start recruiting members right after meeting awal tahun..

masa tu boleh dengar org berebut-rebut mahu 'bulan yang strategik'

iqbalsyarie said...

untung ke?

Batara Guru said...

cheh...mati2 aku ingat nak caghi kutu...
main kutu ropenyer!!!

Tukang cerita said...

main kutu gak...
byr roadtax...
:)

bUdAk kEnTaNg said...

kutu jalanraya jugersss byk.. ehee

~tak penah maen... :(

Cikgu Adham said...

salam..
heh heh heh kawe dh mula puah ni sheikh.. xtau nk wat apa.. hujan2 ni nk bergerak pun pyh...

HASNAH said...

jangan tak tau, kt skolah saya jadi ibukutu...dah berbelas tahun jadi ibukutu..kalau tak main tak tau la...semua anak2 kutu matikutu gamaknya...special punya kutu plak tu..dah booking siap2 bulan yang mereka nak..seronok tau...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget