WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 21, 2009

SAYA LUPA??


Salam buat semua..hari ini 21 november 2009. Hari pertama bercuti, hari yang melegakan dan hari yang menyedihkan. Agak lega kerana segala tugasan di sekolah yang diberikan sempat disiapkan dan dihantar kepada pihak yang berkenaan. Maka bermulalah episod cuti panjang buat kesekian kalinya. Bermula tahun 1987 sewaktu cuti penggal darjah satu sehinggalah sekarang. Sehingga bergelar seorang pendidik. Walaupun masih belum boleh meninggalkan Ipoh buat sementara, namun sekurang-kurangnya kepala ini kosong dengan timbunan kerja yang tak pernah habis.

Namun, sedikit perasan sedih bercampur sayu apabila tiba cuti panjang. Sememangnya semenjak tujuh tahun ini, sekolah inilah yang menjadi sebahagian hidup saya. Bertugas di sebuah sekolah berasrama penuh menyebabkan waktu untuk bermasyarakat menjadi terhad. Segala-galanya perlu ditumpahkan kepada sekolah ini. Bermula jam 6.00 pagi dan berakhir jam 10 malam. Yang menjadi sahabat hanyalah rakan-rakan dalam sekolah ini dan juga anak-anak pelajar yang sememangnya 24 jam tinggal di asrama. Saya juga tinggal dalam kawasan sekolah.Sebab itu apabila tiba je cuti panjang perasaan sedih bertandang apabila kehilangan buat sementara mereka yang saban hari mewarnai hidup ini.

Teringat ucapan dari seorang rakan guru sewaktu majlis persaraannya, katanya dia tidak memiliki sahabat-sahabat lain selain dari rakan-rakan yang ada di STAR. Bukan tidak mencari, tetapi tumpahnya kesetiaan hanya pada sekolah ini, pada anak bangsanya yang disayangi. Saya menulis di dinding FB saya mengatakan saya sedih apabila cuti bertandang. Rata-rata kawan guru pelik kerana pada mereka sangat seronok bila bercuti.

Bila bersembang dengan seorang sahabat yang agak akrab, katanya sudah sampai waktunya untuk saya mencari pasangan hidup. Ada benar juga kata-katanya. saya banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga lupa untuk memberi masa terbaik untuk diri sendiri.Adakah saya lupa??Saya termenung memikirkan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

xiiinam said...

Kalau lupa.....ingat-ingatkan balik cikgu! Rugi nanti tau...



Selamat bercuti.....(walaupun tetap tinggal di sekolah!) He..he..

Cikgu Adham said...

salam..
hah hah betul tu.. demo kena bini cepat2 tu... br rasa tenang ckit hidup.. kerja pun nnt akan lebih produktif sebab hati senang heh heh..
cuti2 gni kawe pun dok saja... hujan tek berhenti 4 hari berturut tetapi tak la lebat.. air mula naik di kawasan kuala krai

Cikgu Adham said...

salam...
heh heh ada ada.. ni kawe punya email dalam facebook waraspak@yahoo.com atau kalo x dpt guna email ni dehewaraspak@yahoo.com
nnt demo add la kawe

zai said...

Salam imanshah,

kak zai setuju sangat2 dengan kenyataan kawan2 iman yg menyatakan sudah sampai waktunya utk iman berumahtangga..best tau kawin ni..sbb ada orang yg akan temankan kita bila kita kesunyian dan berkongsi disaat ketika kita kesedihan dan saat kegembiraan..selamat bercuti sekolah..kak zai rasa inilah peluang utk iman merisik2 kot2 ada yg berkenan..kalau kat kelantan tu dah habis stok..apa kata mai terjah negeri penang dan kedah...banyak2 mek2 nye yg masih solo..hehehe

sonata anak kancil said...

Ini ciri guru cemerlang!Cintanya di sekolah! Berehat la buat sementara cuti ni....nanti dah sekolah akan ceria semula

HASNAH said...

ya betullllll...nanti hidup kan terisi...

Aisya Humaira Al-Malizy said...

Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, walau terlupa masih ada yang sudi mengingatkan. Apa pun, soal jodoh harus cermat dengan penuh pertimbangan. Cuti-cuti sekolah ni sudah tentu tak menang menerima jemputan walimah. Pergi jangan tak pergi. Ambil berkat.. hehe~

Shifu67 said...

cuti balik kampung laaa.... sebab tu aku tak mau jaga exam musim cuti ni...

errrr... kampung aku kat mana eiii

imanshah said...

wah semua memberi nasihat yang baik sekali..insyaallah

Tirana said...

Betul tu..cari teman hidup.. Fikirkan juga tentang kebahagiaan untuk diri sendiri..Jangan asyik fikirkan tentang kebahagiaan untuk orang lain saja

Fyzal said...

kali pertama sampai di sini..

mungkin itu memang kesan "sekolah berasrama".

saya pernah merasainya sebagai seorang pelajar.

selamat bercuti cikgu.

insan pendidik said...

salam imanshah,

wah sayangnya nk tinggalkan alma maternya tu. Seharian berada di sekolah kan. Dah sepanjang tahun bekerja kenalah berehat jugak. Selamat Bercuti...

faris.a said...

haha.btol ckgu!kne g mcri skrg ni..haha

alah kitorg dok dlm tuh selaen berkwn ngn mkck pkck TC,akak abg TC,amoi TC...ske kwn ngn ckgu gak.haha

iqbalsyarie said...

salam cikgu...
saya tertarik dengan ayat 'anak-anak pelajar yg sememangnya 24jam berada di sekolah'...mendalam maknanya tu cikgu!

hehehehehehe..
Perkahwinan itu juga ibadah cikgu.
Semoga Allah sentiasa melindungi cikgu...rindu nak ziarah cikgu..huhu

imanshah said...

Iqbal..datanglah jenguk2 guru di star kalau ada kelapangan

maria said...

salam man..hero xgadoh...
sampai masa jumpa la tuuu...

kuIna LadyInRed said...

tak lupa kot...

cuma belum berjumpa yg sesuai dihati & dijiwa.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget