WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 5, 2009

SEKADAR RENUNGAN


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. "Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka. "Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.



Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya. Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu. Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


p/s : Sekadar renungan bersama, kasih ibu membawa ke syurga....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

k.A said...

bila dah senang, ibu bapa dilupakan.. moga2 kita jauh dari sikap sebegitu..

scrlettfr said...

salam cikgu... nak komen leh..? tapi nak komen gak..! heheheh... hmm... kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa hingga ke mati... betul ker...? tapi apa pun sebagai anak muhasabah diri... insyaallah berkat dunia dan akhirat...

YANG GAMBI said...

Salam bro, di mana letaknya pemikiran, pendidikan agama yang ada pada anak-anak ini ?

Ke mana perginya budaya mengenang budi ? dari mana pendidikan seperti ini anak mereka dapat ?

Arianni said...

Salam Imanshah,

Beginilah manusia yg ketamakkan harta dunia..sehinggakan mengabaikan pergorbanan seorg ibu yg melahirkannya..

Cikgu Adham said...

salam..
berat nanang dunia loni huhuhuuuu.. punoh nombo sungguh...
mnyak jauh la belaka dr benda hok tok molek ni

xiiinam said...

MasyaAllah......semoga anak-anak ckLah tak begini.....takut ckLah!

zai said...

Salam Iman...

MasyaAllah..sedihnya kak zai baca kisah ini..sampai hati anak2 buat macam tu kat ibu bapa sendiri..gerun utk mengenangkan semua ini..

Mudah2an Allah menjauhkan semua perkara yg tidak elok spt ini berlaku kepada kita dan generasi yg seterusnya..

Batara Guru said...

andai bisa dilihat rupa neraka....insafkah mereka!

Cik Cookie said...

harap cik Cookie mampu memberi yg terbaik untuk ibubapa Cik Cookie..
Waaaa...nak transfer balik kg.

ainul said...

kasih ibubapa membawa kesyurga,kasih suami membawa bahagia,kasih anak membawa ceria,kasih saudara melengkapi hidup kita.tanpa ibubapa siapalah kita...tergamaknya hati sang anak bersikap sedemikian rupa terhadap orang yang melahirkan dan membesarkan kita.ingatlah walaupun nyawa sekalipun tidak dapat mengganti pengorbanan ibubapa kita.

insan pendidik said...

salam,

kesenangan kat dunia ini tak bermakna kesenangan di akhirat. Moga mereka insaf. Kerana tanpa orang tua siapa lah kita.

imanshah said...

Moga kita semua dilindungi dari api neraka

Prof. Emeritus Abdullah Hassan said...

Tuan,

Terima kasih. Saya banyak belajar daripada blog Tuan ini.

Abdullah Hassan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget