WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 28, 2009

17 HARI MENCARI CINTA


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan dan pengunjung Blog Hok Sengoti. Alhamdulillah agak lama juga saya tidak menulis, kalau menulis pun, sekadar memetik berita dari internet sahaja. Wah tajuk kali ni agak kontreversi. Mesti ramai yang tertanya-tanya adakah saya dudah ketemukan cinta sejati saya..Kalau ketemu, takkan dalam tempoh 17 hari je sudah dapat?? Siapakah gadis bertuah itu ?? Atau janda yang jadi pilihan hati ?? Haha, jangan tertipu, jangan terkasima. Bukan saya ketemu seorang wanita untuk dijadikan suri hidup saya. Tetapi kebahiaan dan kegembiraan dalam tempoh 17 hari.

17 hari saya di kampung halaman, cukup membahagiakan. Dan hari ini saya kembali semula berkelana ke Ipoh, tempat mencari sesuap nasi. Sebenarnya 17 hari saya berada di tempat kelahiran saya, cukup membahagiakan saya. Kembali menjenguk kampung halaman yang amat saya cintai. Selalunya, saya hanya meluangkan masa tidak lebih seminggu sahaja. Selebihnya waktu cuti, saya habiskan di Ipoh, di samping berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia mahupun di negara-negara jiran.

Alhamdulillah, 17 hari ini saya isikan dengan banyak perkara yang saya kira sangat membahagiakan saya. Inilah sebenarnya yang saya katakan MENCARI CINTA. Cinta pada Ilahi, pada keluarga, pada teman-teman, pada guru-guru dan tempat kelahiran. Alhamdulillah, saya cukup bahagia apabila dapat beriktikaf di dalam surau yang banyak memberikan kenangan kepada saya, di surau inilah bermulanya tugas ayah sebagai imam, seterusnya berpindah ke masjid. Dan saya kembali pada hari ini bersama orang-orang kampung bersolat jemaah, malah cukup terharu apabila saya juga diminta untuk mengimamkan solat berjamaah di surau, bukan sekali dua, tetapi hampir setiap hari. Saya juga cukup bahagia apabila berpeluang menziarahi pusara ayahanada setiap hari. Bagaikan terngiang-ngiang suara ayahanda menyapa mesra setiap kali surah Yaasin dibacakan dipusaranya.

Selama 17 hari juga saya berpeluang untuk bertemu rakan-rakan sekolah yang telah saya tinggalkan 10 tahun yang lalu. Ramai yang berjaya saya jejaki. Ada yang bekerja sebagai penjual ikan, peniaga, kerja kerajaan, jurufotostat dan tak kurang juga hebat sebagai kontraktor. Dapat bertemu dan bertanya khabar, bersua dan bertukar cerita tentang kenangan alam persekolahan serta kehidupan hari ini. Alhamdulillah, persahabatan yang lama terputus dapat disambung semula.

Selama berada di desa, sempat saya mengunjungi tempat-tempat yang sememangnya menjadi tempat persingghan dan tumpuan suatu waktu dahulu. Pantai Seri Tujuh yang banyak menyimpan kenangan cinta monyet saya kunjungi. Jauh benar berubah. Pantainya makin hampir ke darat kerana hakisan. Banyak chalet-chalet yang didirikan memberikan rezeki buat penduduk kampung. Selain itu juga, saya sempat berkunjung ke Pekan Takbai, Thailand. Suatu waktu dahulu, inilah tempat popular untuk dikunjungi bagi membeli belah. Namun, keadaan sudah berubah. Kawalan di sempadan begitu ketat. Askar Thailand ada di mana-mana di setiap penjuru pekan Takbai.

Dan akhirnya, saya hampir berjaya mendamaikan kekusutan, pertelingkahan yang berlaku dalam keluarga besar saya (bukan adik beradik) Semuanya kerana harta. Doakan usaha murni saya akan berjaya. Saya tak ingin melihat saudara mara saya berterusan bercakaran merebut harta dunia. Di samping itu juga, harta peninggalan ayahanda juga telah dibawa kepada perbincangan adik beradik serta menunggu untuk dibicarakan. Pasti ayahanda gembira melihat anak-anak tidak bergaduh dan bermasam muka dalam mewarisi sedikit harta pusaka yang ditinggalkan.

Tetiba saya teringat mutiara kata yang cukup menikam kalbu, " Kadang kala Allah hilangkan matahari, kemudian Dia datangkan kilat dan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita mentari.."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

scrlettfr said...

salam cikgu...
usaha murni perlu di teruskan... walaupun ada halangan dan akan ada 'busuk hati'... jgn menentang dengan kekerasan... gunakanlah kebijaksanaan... good luck.. semoga cikgu bersemangat waja dan kental menghadapi ujian Allah SWT... insyaallah...

:>

xiiinam said...

Semoga bertemu cinta hakiki...

Cik Amy Sensei said...

salam...

moga ketemu kebahagiaan cinta walau dimana dikau berada..

insan pendidik said...

salam,

tempat jatuh lagikan dikenang, moga semuanya berjalan lancar seperti mana yg diharapkan.

lillies said...

salam...
patut la a bit sunyi je blog awak..
hmm...semoga usaha murni awak mendapat hasil yang dikehendaki...
All the best..!!

Cikgu Adham said...

salam..
wah sungguh mantap...
mmg seronok do kg... lebih2 lg masa yg kita guna tu dengan tidak sia2..

byk jug abenda yg demo buat deh..

imanshah said...

terima ksaih buat semua yang memberi semangat

Idalara said...

sgt menarik dn buat hati teruja untuk mengetahui di sebalik 17 hari mncari cinta..mudah2 berjaya mencari cinta sejati dan hakiki milik yg Abadi..

yuna icha said...

baru singgah sini. nanti explore lagi... btw, ayat last tu bukan mentari, tapi PELANGI.... huuu

Zul Fattah said...

lol.. cikgu rupanya.. cikgu imanshah.. haha..
maaf baru tahu..
kiro demo ore klate la ni..?

bab harta pusaka ni.. mujur mak ayoh kawe x dop harta.. tanah pun cukup utk rumah sebijik ni jah.. haha..
tapi, org dalam kg kawe.. pecah beloh blako doh.. duk berebut tanah.. haha..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget