WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 31, 2009

ALLAH HILANGKAN MATAHARI


Salam semua.Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2009. 2010 bakal menampakkan kehadirannya esok hari. Alhamdulillah setahun telah berlalu, tahun yang dianggap sebagai tahun sedih, tahun yang cukup mencabar dan tahun yang banyak menguji kesabaran. Saya kira, semua orang turut mempunyai catatan sejarah yang tersendiri. Dan masing-masing punya cara dan kaedah untuk mengatasinya. Berbalik kepada tahun 2009, ada EMPAT peristiwa penting yang benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan.

PERTAMA-Kemalangan yang hampir meragut maut. Masih teringat kejadian yang berlaku dalam bulan Mac di mana kereta saya terbalik dan terjatuh ke dalam gaung di Grik. Saya kira, maut sudah semakin hampir ketika itu, hanya berserah kepada Allah. Namun, saya kira Allah itu maha pengasih dan pentadbir yang sempurna untuk makhluknya. Saya terselamat walaupun kereta saya hancur. Mujur sedikit kekuatan yang diberikan, saya cukup tabah atas dugaan ini. Siapa tahu ini adalah Kafarah dosa-dosa saya. Sehingga kini, saya cukup trauma apabila melaui tempat kejadian untuk pulang ke kampung halaman.

KEDUA- Putus kasih. Benar kata orang, manusia mentadbir, Allah jua yang mentaqdir. Mungkin jodoh tiada, perjalanan yang baru bermula, terputus begitu sahaja. Saya anggap tiada jodoh antara kami, dan hikmah yang terselindung saya cukup mengerti. Yang berlalu, biarlah berlalu. Hati usah berlagu pilu, terkenang pada yang tak mahu.

KETIGA- Saya kehilangan 3 orang mentor di sekolah apabila 3 orang penolong Kanan dikeluarkan atas dasar kepentingan pihak-pihak tertentu. Sudah tentu saya terkejut, sedih dan kecewa kerana merekalah yang banyak membimbing saya dari mula saya bergelar pendidik hingga ke hari ini. Peristiwa ini mencetuskan perbalahan yang agak hebat di sekolah. Dan akhirnya mereka bertiga terpaksa mengalah. Namun, berundur bukan beerti kalah! Tetapi berundur kerana maruah!!

KEEMPAT- inilah peristiwa yang cukup menguji ketabahan apabila saya kehilangan insan tersayang, Haji Abdul Ghani bin Abbas yang kembali ke Rahmatullah sehari sebelum rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara. Bertambah hebat apabila sewaktu ayahanda pergi saya tiada di sisinya. Semoga Allah mengasihaninya di akhirat sana.

Semoga Allah akan berikan yang terbaik untuk tahun 2010.Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, lalu dia hadirkan kilat dan guruh. Lalu kita menangis mencari di mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Abd Razak said...

Salam...

Kehidupan kita tidak selalunya gembira maka bila mana kesedihan itu datang dalam kehidupan, kita kembali kepada Allah SWT bahawa DIA yang menentukan segalanya. Semuanya ada kebaikan agar terselit dihati kita bahawa kita bukan berhak menentukan segalanya.

imanshah said...

Terim ksih Abe Jak (org kelate razak paggil Jak)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT. Since 1980.. seperti juga saya, cerita hari-hari yang lalu jadikan sempadan jugak teladan untuk merandai kehidupan mendatang.

Dia yang berhak memberi dan Dia jualah yang berhak mengambil. Tiada yang sia-sia, melainkan segalanya datang dan pergi bersama hikmah~

n@m@n said...

semoga tahun depan memberi sinar

Tirana said...

Selamat tahun baru Cikgu Imanshah...

Semoga kisah-kisah suka dan duka tahun 2009 menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah.

fidahchomell said...

semoga kedatangan tahun baru 2010 akan membawa sinar yg lebih bercahaya utk kite insya Allah...semoga kite menjadi guru yg bukan sahaja mengajar tp juga mendidik =)

happy 2010!

a kl citizen said...

assalammualaikum iman

2009 membawa banyak drama dalam hidup iman ya.
alhamdulillah, semua itu membawa kematangan dan warna dalam hidup iman.
semoga 2010 memberi makna yang lebih indah.

fikri FAUZI said...

selamat tahun baru cikgu..semoga tahun 2010 ini memberi lebih kenangan manis. jadikan peristiwa pada tahun leps tu sebagai pangajaran untuk kita terus mengharungi liku2 hidup ini.

maiyah said...

slmt thn baru.. tgk kemalangan mak aii.. alhamdulillah selamat ye

imanshah said...

Terimja kasih semua..2010 moga lebih bahagia hendaknya

insan pendidik said...

salam imanshah,

Selamat menempuh cabaran baru. Moga tahun ni menjadikan kite lebih baik drp tahun2 sudah.

Zul Fattah said...

Allahuakhbar..
Imanshah ni org mana? bahaya doe jalan grik tu..
pernah sekali masa lalu jalan grik tu.. pintu garbage bas terbuka.. habis semua barang2 dan bag2 kami.. barang semua x dapat diselamatkan.. hilang.. jauh baru prasan..

erm.. Al-Fatihah.. sabar r deh.. tapi skrang Imanshah nampak lebih ceria r.. haha..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget