WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 3, 2009

CUTI PUN MASIH KERJA!


Assalamualaikum W.B.T..alhamdulillah bertemu lagi kita semua di arena blog ini setelah hampir dua minggu berehat, saya gagahkan jua untuk membingkiskan sesuatu buat tatapan rakan-rakan semua. Ada yang bertanya adakah saya sudah berhenti dari menjadi blogger yang aktif.haha..jawapannya saya hanya berehat seketika kerana saya memberikan fokus kepada penerbitan majalah sekolah. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya semuanya telah siap sedia. bahan-bahan yang dikumpulkan, diedit, disusun atur bagai semuanya berada di tangan penerbit. InsyaAllah bukak sekolah nanti majalah sekolah akan terbit.

Bercerita tentang majalah ni, sebenarnya saya sudah enam tahun menjadi penyelarasnya. Kalau nak ikutkan memang dah tahap profesional lah ni. Alhamdulillah 6 tahun yang berlalu banyak memberi pengalaman kepada saya. Namnu, sudah menjadi adat dalam apa jua pekerjaan, iailah sukarnya mencari team work yang bagus. Kadang-kadang terasa letih untuk menguruskan segala-galanya. Dari A hinggalah Z. Walaupun sudah ada jawatankuasa yang dibentuk, maesyuarat juga dilaksankan, namun mesyuarat tinggal mesyuarat. Akhirnya orang yang menguruskan juga yang terkapai-kapai sendirian. Namun, alhamdulillah, kesabaran yang diberikan membuatkan saya tak cepat melatah, walau terpaksa melakukan kerja bagi pihak orang lain. Yang penting, saya telah berikan yang terbaik untuk bahagian saya, yang selebihnya, bahagian orang lain, jawablah sendiri dengan Allah S.A.W.

Rasanya semua orang mengalami masalah yang sama. Cuma terpulang kepada bagaimana kita menyelasaikan masalah tersebut, kan. Ok, sehingga setakat ini dulu coretan saya. Sedang mencari kekuatan atas satu insiden di sekolah.Haha, biarlah rahsia!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

faris.a said...

smrt perintis.
6tahun tu.
*tabik*

fakhruddin said...

err? kenapa perintis tuh hitam putih je? student star sekarang ada 2 kaler je ke? hahahaha

xiiinam said...

ckLah lega tahun ni dah lepaskan majalah...setelah 7 tahun memegang tampuk pemerintahan :).

Yang tak tahannya, bila dah siap..pot..pet..pot...pet komen datang dari kanan, kiri, atas dan bawah.....

Pss: Ada seminggu lg masa utkku berfoya2 di blog...sebelum dikuarantin oleh sebuah lembaga di bawah Akta Rahsia Rasmi 1974. Kena tutup blog juge le..

ariff haikal said...

fuyoh..dis year la paling smart.

iqbalsyarie said...

salam cikgu!!!
lama menyepi,ingatkan tengah honeymoon..ops,gurau kasar pulak..hahaha
sorry~
erm,cikgu jgn2 la busy2 sgt ea...kurangkan2 la kerja2 tu ea.

imanshah said...

CKLah..kena tutup?? awat??

Batara Guru said...

gitu le tugas cikgu...tok penoh habih!

ikan emas said...

bulan ni gaji msh masyuk kan!!!

Dj Epoi said...

Letih......!

Tapi PUAS kan?

ahmad sayuti said...

tahniah,lawa gak cover tuh b&w heh..

QOTD: rehat yg sebenar adalah mati..penat hanyala sementara,pahala kekal selamanya =)

x'emriust said...

nak satu cikgu...ngee..=D

Cik Amy Sensei said...

salam..

waaahh...dah pro la dalam arena penerbitan buku ni ekk...mantooooppp..

moga kamu selalu berjaya..

Aku Cikgu Sekolah said...

Lawa2.....hitam putih kehidupan...!

cikgupj said...

benar iman, kalau dapat team yang bagus semua kerja akan jadi senang dan seronok melakukannya, tapi kalau tiada terpaksalah 'one man show' yang sangat memmbosankan!.

kacak said...

terase plak sye.
maaf la cikgu.
dekat2 spm mmg x sempat.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget