WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 7, 2009

HARGA SEBUAH KERETA DAN ANAK-MUST READ



Ingatlah.... marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan. ... kepada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.. .... Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul, especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik.

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anakpembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempenaperayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...

Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan.. .'Tak tahu... !' 'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata... 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak bengkak. .. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata... 'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

P/S :-Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama... Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda... Bersyukurlah anda dikurniakan anak olah Allah... Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat menghargai kanak-kanak. .. Bagi anda yang mempunyai anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada mereka..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Shifu67 said...

kerat je tangan bapak tu pulak

iqbalsyarie said...

wah...sedihnya!nak nangis rasa...tapi,eh....sy takda anak lagi!yeyh!

insan pendidik said...

salam imanshah,

Ip pernah baca cerita ni. kat scribd tu. Tak pe la baca lg kat sini. ceritanya mengesankan. Yang pasti anak adalah anugerah Tuhan. Tiada galang gantinya.

ikan emas said...

hargailah anugerah yang diberi tuhan...anak kan penambah rezeki! woi ingat senang ke nak buat anak?

betoi kata shifu67 tuuu...apa kata potong lak tangan bapaknya...mesti mak dia pulak yang meraung !!

Penulis.Sahaja. said...

celaka punya bapak.
nak bantai pun sikit2 dah la.

Cik Cookie said...

kompem dia sayang keta lebih.

Batara Guru said...

lain kali bapa tu patut beli lori...tinggi sikit. bebudak payah nak conteng!!

Aidil Fadzil said...

Salam, mengesankan cerita ni. jadi teladan dan pengiktibaran. tak sanggup rasanya...atas kesengsaraan sepanjang hidup anak kita. penyesalan yang tiada kesudahannya.

MaMaQaYPo FaMiLy said...

mmg nak kena si AYAH nih... grrrrrr

Aisya Humaira Al-Malizy said...

Assalamu'alaikum WBT. Terkesan juga membaca cerita teladan ini. Teringat pula saya pada kereta kesayangan. Teringat juga pada anak-anak buah yang selalu dirindui. Dan teringat juga pada anak-anak murid saya yang sentiasa dikasihi.

Setiap kesalahan mereka, anggaplah ketidaketahuan seorang kanak-kanak. Nakal dan kesalahan mereka wajar kita terima dan nasihatlah dengan berlapang dada. Bukan dengan maki hamun atau kerjakan mereka macam tiada agama. Na'uzubillah~

Idalara said...

kak ida pernah baca kisah ni dulu..meleleh2 airmata kak ida masa tu..dan sekarang bila baca, airmata kak ida tetap mengalir juga..terasa pedih bila terdengar2 raungan kanak2 kecil itu...
anak digigit nyamuk pun rasanya tak rela apalagi memperlakukan begitu...

Cikgu Adham said...

salam..
mmg sungguh la skuod... huhuhuhu anak2 ni kena belembut... keras paa tempatnya..

jika kita tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya.. itu zalim namanya..

Tukang cerita said...

Pnah dapat email yg sama...
namun tetap mengalir air mata mmbacanya.....

cikgupj said...

Sebak rasa dada cpj menghayatinya...
kesian dan sayangilah anak-anak...

Majelar said...

Salam. ramai juga yang sayang "barang" lebihdari anak ;)

Panglima Perang Cyber said...

owhhh....saya hampir menangis baca kisah di atas..

tak mustahil ia boleh berlaku. bayangkan tangan anak kecil tidak dapat dikembalikan akibat kemarahan melampau si ayah.

saya ada anak perempuan sangat terkesan membaca kisah ini. ia sangat menghibakan.

mudah-mudahan anak2 kita akan diajar dengan cara bijaksana dan tidak berlandaskan nafsu semata2.

saya syorkan dibuat cerpen kisah di atas..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget