WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 30, 2009

KELAHIRAN UMAIRAH KAISAH


Alhamdulillah, akhirnya seorang lagi ahli keluarga baru kami telah dilahirkan. Tahniah buat adik saya, masitah dan pasangannya, Muhd Hisyam yang telah dianugerahkan dengan anugerah yang tidak ternilai. Puteri sulung lambang cinta mereka telah selamat dilahirkan secara normal di pusat Rawatan Pakar Az Zahrah, Bangi, Selangor pada jam 4.20 pagi 29 Disember 2009. Bayi seberat 3.1 kg ini diberikan nama NurUmairah Kaisah.

Kepada Masitah dan Hisyam, tahniah buat kalian berdua. Semoga zuriat yang suci bersih ini dididik dengan sebaik mungkin. Begitu juga buat Umairah, selamat datang ke dalam keluarga besar arwah Haji Abdul Ghani dan Hajah Ramlah. Semoga dikau membesar menjadi seorang puteri yang solehah, yang akan membahagiakan kedua orang tua. bertambah kini anak saudara kami kepada 16 orang..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

n@m@n said...

salam..

lama menyepi..

demo pun kena cpt2 la..hehe

Tirana said...

Tahniah dengan kedatangan ahli baru... Adik dah dapat anak sulong, abangnya bila lagi..ahem...hehehe

ummuaimi said...

Tahniah le kepada bapa saudaranya. Hah bile lagi kot nak ada waris sendiri?

Tukang cerita said...

Tahniah tuk adik cgu....

tidak sabar nak lihat bakal pewaris ckgu plak.... :)

~hepi bday in advance ckgu.... :)

cikgupj said...

Tahniah kerana dapat anak!....e..eh...anak saudara!...dalam agama kita, anak saudara spt anak kita juga kerana mempunyai pertalian darah yang sangat rapat.Mudah-mudahan bertambah erat hubungan kekeluargaan iman...

sonata anak kancil said...

tahniah kerana bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga ...
Pak sedaranya bila pulak ni...

ahmad sayuti said...

cikgu bila lg? =)

Zamz said...

congrats...abgnya plak lepas nih hehe

Cik Cookie said...

bila turn kita..
tiba laa kan...

Idalara said...

salam..adik dah dapat cahayamata..
cikgu iman bila pulak nk menimang cahayamata..jgn lambat2...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget