WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 18, 2009

MUHARRAM YANG MENGINSAFKAN



IBNU MAS'UD berkata: Perkara yang paling sedih pabila tiba tahun baru adalah umurku makin bertambah, namun amalanku masih tidak bertambah. Ini merupakan antara SMS yang dihantar oleh para sahabat saya sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1431. Entah mengapa, dalam banyak-banyak SMS yang tiba, SMS inilah yang sangat mengesankan saya. Benarlah kata-kata bertapa dengan kata-kata ianya bisa mengubah manusia. Semacam kita sebagai manusia, seringkali alpa dalam usaha menambah bekalan di akhirat, sedangkan usaha menambah kekayaan, kekuasaan, kemasyhuran sedang giat dilaksanakan. Sehingga pagi ini, kata-kata IBNU MAS'UD masih bermain-main di minda.

Betapa saban tahun kita menyambut tahun baru samada Hijrah mahupun masihi. Dan saban tahun jugalah usia kita berganjak dari setahun ke setahun. Terasa baru semalam kita menyambut Maal Hijrah, pejam celik-oejam celik, satu pusingan 360 hari telah berlalu. Betapa Allah yang maha pengasih terus-menerus mengurniakan nikmat yang tidak terjangkau oleh kita. Usah berbicara tentang nikmat-nikmat yang lain, lihat sudah nikmat kehidupan kita. Betapa ramai dalam kalangan sahabat, ahli keluarga serta seluruh kaum muslimin yang telah pergi mendahului kita. Namun, kita masih lagi dipanjangkan umur, dianugerahkan dengan kesihatan dan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Namun begitu, setakat mana rasa syukur kita pada nikmat yang Allah kurniakan ini.

MasyaAllah umur makin bertambah, namun amalan dan kebajikan kita tidak bertambah. Lalai kah kita??Alpa kah kita?? Saya terasa diri begitu kerdil, begitu jauh dengan syurga Allah.Masih terasa kurangnya amalan yang sepatutnya dilakukan bagi mendekatkan diri pada-Nya, zikir, tasbih, tahmid, takbir masih belum manjadi siulan yang meniti dibibir. Ya Allah, hambamu yang kerdil bermohon padamu agar engkau tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau Redhai. Moga-moga kehadiran awal muharram 1431 H akan membuka lembaran baru dalam kehidupan saya, sahabat-sahabat serta seluruh kaum muslimin. Moga-moga sujudku hanya pada-Mu, kiblatku hanya pada agama-Mu, cinta kasihku hanya untuk-Mu Ya Allah. Salam Maal Hijrah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

fidahchomell said...

same2 la kite mempertingkatkan amal ibadat kita...insya Allah... =)

ummuaimi said...

Benar sekali. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kekuatan lahiriah dan rohaniah untuk terus mampu menambah-gandakan amalan dan ibadah kita. Salam Hijrah 1431.

ikan emas said...

Salam Maal Hijrah
Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayangnya.Jadilah insan yang sentiasa bertaqwa dan bersyukur.

iqbalsyarie said...

iman itu kita mengucapkan syadah dgn mulut,kita fahamkan dgn hati dan kita laksanakan dgn tindakan.

Sama-sama muhasabah,adakah tindakan kita sepanjang tahun lepas ialah tindakan dan perbuatan org yg beriman?

semoga Allah ampuni semua dosa kita tahun lepas.Salam Maal Hijrah cikgu~

cikgupj said...

Marilah kita sama-sama cuba berusaha menjadikan seluruh kegiatan hidup kita sebagai amal ibadat yang diberi pahala oleh Allah sebagai amal-amal soleh yang tidak termasuk dalam kiraan orang-orang yang sentiasa dalam kerugian.Cpj doakan semoga imanshah dapat apa yang dihajati.

a kl citizen said...

assalammualaikum iman

lama sungguh akak tak berziarah ke sini...

pesanan yang terkesan juga di hati akak ni.
kena check diri akak semula

Cikgu Adham said...

salam ziarah.. slm maal hijrah weh heh heh heh.. mantap sokmo demo.. x kacik ka dok kg lama2..

Jard The Great said...

jgn kita insaf kat awal muharram ja.. pastuh bile pertengahan tahun.. jadi jahil semula.. hoho

salam maal hijrah. =)

Tukang cerita said...

Salam Maal hijrah cekgu...

kullu 'am wa anta bil khair....

Cik Cookie said...

tahun baru azam baru..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget