WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 23, 2009

PENGIRAAN MERIT KE IPTA DIUBAH

Pengiraan merit yang diguna pakai ketika ini iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diubah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perubahan itu selaras dengan dasar baru pendidikan yang mahu menjadikan kegiatan sukan dan pakaian seragam sebagai kokurikulum wajib, sekali gus mengelakkan pelajar menumpu akademik semata-mata.

"Kementerian bagaimanapun belum memutuskan berapa peratus akademik dan berapa peratus kokurikulum sebagai syarat masuk IPTA. Namun, yang pasti kuota asas kokurikulum dinaikkan.

"Akademik semata-mata tidak melahirkan modal insan cemerlang. Sebab itu pentingnya pembabitan dalam kokurikulum kerana banyak nilai murni boleh dipelajari melaluinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah-Musleh di sini, semalam. Seramai 1226 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menyertai perkhemahan itu.

Mohd Puad berkata, langkah mewajibkan kegiatan kokurikulum itu juga berikutan pada masa ini kebanyakan sekolah tidak lagi memberi penekanan kepada kegiatan luar menyebabkan pelajar tidak mengambil serius dengan aktiviti sukan dan pasukan seragam.

Ditanya persediaan kementerian, terutama jumlah guru sukan apabila dasar baru kokurikulum sekolah itu dilaksanakan, beliau berkata, guru sukan terlatih akan dihantar ke beberapa sekolah terpilih terlebih dulu.

"Perkara ini akan dibuat secara beransur-ansur. Guru sukan terlatih itu akan dihantar ke sekolah terpilih dan sebagai permulaan mungkin empat atau lima buah sekolah berdekatan berkongsi guru sukan sama.

"Kita tahu ada sekolah yang tiada padang dan bukan semua sekolah berdekatan dengan stadium mini. Sebab itu dasar baru ini akan dibuat secara perlahan-lahan," katanya.

- BERITA HARIAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

n@m@n said...

lama menyepi gu..

iqbalsyarie said...

owh..saya bukan budak U,jd saya tak perlu tahu..hahahaha..tak jugak...

xiiinam said...

Pelajar-pelajar cemerlang kami, selalunya juga adalah pelajar-pelajar yang'sangat' aktif dlm ko-ku...terutamanya pelajar Cina!

Kalau yang Melayu, aktif sikit dalam k0-ku, akademiknya mula tergugat.....


Sekolah kami juga tiada padang kecuali sebuah gelanggang bola jaring dan bola keranjang.(Sekolah kecil yang dibina oleh British dulu). Tapi kami jadi Johan Hoki,Tenis dan Bola Baling Daerah....



Psst: Esok ckLah akan hadiri re-union di Taayah. Jom join...oooppps!

scrlettfr said...

hmmm.. bagus gak kalau ianya peratusan kokurikulum ditingkat dapatlah mereka boleh berdikari untuk berjaya dalam hidup yang tidak semestinya fokus dalam akademik...

Cik Amy Sensei said...

salam singgah buat kamu di sana...apa khabar?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget