WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 31, 2009

PERINTIS 51st EDITION!!

To all STARIAN....For the past week we have been here, we have finally reached the peak of completing the 51st PERINTIS. Thanks to almighty Allah for giving me and my crew the patience to complete the magazine. Special thanks to PERINTIS 2008 Editorial Board for sacrifice our time to finish the annual magazine. Without all of you guys, this magazine would not have materialized.I hope that everyone will enjoy reading this magazine.
p/s..ok ka BI saya?? tunggang langgang grammar.tq aiman, hasif, alif, azmeer, arinn, syaidy, afzal, hafiz, izzat, akram, zaidy n nazrin..also miss chan, miss fazlin, mdm aziran n mdam mas su..


cover perintis 2008

back cover

crew Perintis 2008


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CERITA 1: KARENAH FORM 1

Malam tadi Faris Arina (batch 037) minta aku tuliskan cerita pasal Budak STAR..hurm jenuh memikirkan, lalu aku dapat satu idea untuk kongsikan tentang gelagat pelajar-pelajar Tingkatan 1, apatah lagi sekarang musim pelajar-pelajar Tingkatang 1 berduka nestapa..Almaklumlah, baru terpisah dari keluarga, ada yang datang dari johor nun, kedah bahkan ada yang datang berkelana dari negeri Di Bawah Bayu..Bila habis sahaja minggu orientasi maka ramailah pulak yang tetiba sugul, pening, homesick dan sebagainya. Sebagai warden, aku tetap sabar melayan karenah putera-putera bongsu ini walau dalam hati tuhan saja yang tahu.Kalau tak caya, bacalah kisah aku dan pelajar Tingkatan 1 ini selanjutnya..
Wajah pelajar-pelajarku..penuh harapan meninggalkan kampung halaman

Pernah satu tahun, ada pelajar Tingkatan 1 hilang. Kami panik dan mula mencari. Yang paling menakutkan di dalam bukunya tertulis “Kalau ibu tak keluarkan along dari sekolah ini, along akan bunh diri”…Bayangkan perasaan kami waktu itu..Sebelum itu dia hampir menorah lengannya dengan pisau…Akhirnya setelah semalaman mencari, kami jumpa dia berada di Kem Tentera Syed Putera, bersembunyi..Huh lega..Akhirnya, dia keluar dari STAR dan meneruskan persekolahan bersama keluarga di Melaka.

Ada lagi yang menarik. Satu hari aku didatangi pelajar ini yang berasal dari Johor. Hampir setiap hari dia akan sedih dan matanya berkaca. Ayat yang tak pernah aku lupa, katanya” Cikgu, bolehkan saya peluk cikgu..saya teringatkan ayah saya..” Hurm, setiap hari jugalah aku akan memeluk dia sehinggalah rindu pada ayahnya terubat. Lain pulak kisah rakannya, setiap kali ibu bapanya menghantar pulang ke asrama selepas bercuti setiap kali itu jugalah dia akan meraung. Sampaikan dibawanya tali dan diikatkan pada kakinya tali tersebut dengan seat pemandu. Kami hanya menggelengkan kepala dan tersenyum sendiri. Jenuh hendak memujuk, sampai ke malam lah jawabnya.

Kisah lain yang tidak kurang menariknya pelajar yang hendak keluar STAR dan kami berikannya air mineral. Kami katakan air itu sudah dijampi dengan ayat-ayat al-quran,. Sekonyong-konyong tiba-tiba dia tak jadi keluar STAR. Aduhai, hari-hari dia datang berjumpa meminta air penawar dari kami. Walaupun selesema sedikit sahaja. Sudah, kami jadi bomoh pulak. Katanya air jampi kami sungguh mujarab. Ha, ini lagi menarik, ada pelajar yang memang selalu pengsan kerana tak mahu bersekolah di STAR. Hari-hari dia akan pengsan tak kiralah di tapak perhimpunan, dorm, kantin, padang, kelas dan semua tempat di STAR. Kesian rakan-rakannya yang kecil selalu jadi mangsa untuk mengangkat badannya yang besar. Dan kami sekali lagi terkejut beruk agaknya, kerana tetiba mendapat panggilan mengatakan pelajar tersebut pengsan di hadapan Sekolah Izzuddin Shah, iaitu sekolah jiran kami. Entah bila dia lari ke sana. tapi sekarang dia dah pulih dan tidak pengsan lagi.Haha..

Itulah sekadar serba sedikit pengalaman berhadapan budak-budak Form 1. Banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan. Tapi kenangan-kenangan inilah sebenarnya yang akan menjadi memori terindah menjadi warden STAR apabila sudah tidak berkhidmat di sini lagi. Alah bisa tegal biasa. Aku sedang menanti apa pulak ragam pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun ini..Pasti ada yang mencuit hati..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 30, 2009

IBUNDA KENAPA ENGKAU MENANGIS?

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, ibu adalah seorang wanita, nak"." Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat."Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis? Sepertinya ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Si ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan"Hanya itu jawapan yang bisa diberikan ayahnya. Lama kemudian, si anak itu membesar menjadi remaja dan tetap bertanya- tanya, mengapa . wanita menangis.


Pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Auhan. "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya, Allah menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu ituh arus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedangt ertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluar kanbayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulang kali menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.


Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.Kuberikan wanita, perasaapeka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun.Walaupun anak-anaknya itu selalu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan kesedaran , bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi. Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan. Maka, dekatkanlah diri kita pada Ibu. Jika ibu masih hidup, berbaktilah, cintailah dia..selagi masih ada waktu.....kerana di telapak kakinyalah kita menemukan syurga.


Ibunda, aku mencintaimu dunia akhirat..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

RENCANA KHAS SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN AZLAN SHAH

IPOH, 27 Jan (Bernama) -- Negeri Perak Darul Ridzuan menyaksikan banyak kemajuan dan pertumbuhan dalam pelbagai sektor ketika berada di bawah naungan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang menyambut ulangtahun Jubli Perak pemerintahannya pada 3 Feb.Baginda bekerjasama erat dengan semua menteri besar yang berkhidmat mentadbir kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan untuk rakyat diutamakan.Pemerintahan Sultan Azlan Shah yang memayungi Perak Darul Ridzuan bermula pada tanggal 1 Julai, 1983 apabila baginda dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak.more...Tujuh bulan selepas itu baginda mewarisi takhta sebagai Sultan Perak ke-34 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya Sultan Idris Shah pada 3 Feb 1984.




KERJAYA BAGINDA


Sultan Azlan Shah mendapat pendidikan awal di sekolah kerajaan (Inggeris) Batu Gajah (kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah) sebelum meneruskan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1953. Apabila pulang ke tanah air, Sultan Azlan Shah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum memasuki Perkhidmatan Undang-Undang Dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.Malaysia mengenali kemasyhuran baginda dalam kerjaya kehakiman. Pada 1965, pada usia 37 tahun, Sultan Azlan Shah menjadi hakim Mahkamah Tinggi paling muda dalam sejarah Komanwel.Sepanjang perkhidmatan baginda, Sultan Azlan Shah pernah dilantik ke jawatan seperti Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.Sultan Azlan Shah berada di kemuncak bidang kehakiman pada 1982 apabila dilantik Ketua Hakim Negara.


SULTAN AZLAN SHAH SEORANG PEMIKIR.


Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib berkata rakyat di negeri Perak amat berbangga menumpang tuah Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang merupakan seorang pemikir yang sentiasa meneliti dan menimbangkan secara mendalam setiap langkah dan tindakan yang diambil bagi kepentingan rakyat."Dengan pendekatan itu, Paduka Seri Sultan telah dapat membuat keputusan yang bijaksana dan saksama. Di bawah pemerintahan baginda Perak menjadi aman dan makmur. Baginda juga merupakan seorang pemerintah yang peramah dan senang berinteraksi dengan rakyat jelata," katanya.Ramli adalah Menteri Besar Perak kelapan yang berkhidmat antara 1 Mac 1983 hingga 2 Dis 1999. Beliau menyifatkan selama tempoh perkhidmatannya, tiada satu pun dasar dan pentadbiran yang menjadi persoalan dalam perhubungan kerajaan negeri dengan Sultan Azlan Shah."Saya berasa amat bertuah kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar selama 16 tahun di bawah pemerintahan dan naungan Sultan Azlan Shah. Saya merasa bangga kerana tiada Menteri Besar Perak yang dapat bertugas sebegitu lama di bawah baginda," ujarnya.Beliau berkata dengan perhubungan yang baik di bawah pemerintahan Sultan Azlan Shah, setiap tugas dan langkah penting kerajaan negeri dapat dijalankan dengan baik.Antara langkah penting yang diingatinya semasa di bawah pemerintahan baginda dan beliau menjadi menteri besar, ialah menyelamatkan wang rakyat Perak sebanyak RM30 juta dengan tidak menubuhkan Amanah Saham Perak. Langkah itu ternyata bijaksana apabila dana serupa yang ditubuhkan beberapa negeri mengalami kerugian.

Sultan Azlan melawat Beting Beras Basah selepas ditabalkan
KEMAJUAN DI BAWAH SULTAN AZLAN SHAH


Ramli yang juga merupakan Orang Kaya Lapan dengan bergelar Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja berkata di bawah pemerintahan Sultan Azlan Shah juga, sektor pelancongan, industri automotif dan kraftangan diberi penekanan.Bukti kejayaan ialah industri seramik dan budaya Perak yang kukuh, operasi kilang Proton di Tanjung Malim dan kemajuan industri pelancongan di Pulau Pangkor, Bukit Merah, Tambun dan Kompleks Sejarah Pasir Salak."Ini antara langkah besar dan penting yang dapat diambil berkat pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah...," katanya.


SULTAN PERAK KE-34


Ramli berkata Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, merupakan seorang sultan yang amat bertuah kerana dalam perjalanan hidup baginda telah dapat mencapai mercu kejayaan dalam masa yang singkat."Dalam kalangan 34 yang pernah menjadi Sultan Perak itu, cuma ada lima Sultan sahaja termasuk Sultan Azlan Shah yang dapat memerintah Perak selama 25 tahun dan lebih, justeru itu saya merafakkan sembah mengucap setinggi-tinggi tahniah terhadap Paduka Seri Sultan, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun sempena Jubli Perak pemerintahan baginda," ujarnya.Sultan Azlan Shah dilantik Yang di-Pertuan Agong kesembilan pada 25 April 1989.Baginda juga pernah memegang jawatan sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (4 Okt 1971 - Februari 1984), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 Nov 1974 - 31 Okt 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8 Feb 1986 sehingga kini.


MENTERI BESAR PERAK


Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dipilih Sultan Azlan Shah bagi menerajui pentadbiran kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya umum Mac 2008 menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sangat baik, beradab dan tenang dalam konteks hubungan antara kerajaan negeri dan baginda."Baginda cukup halus, cukup permai. Baginda sering memberi respons, teguran serta nasihat yang memberangsangkan dan membina. Dengan ciri-ciri yang dimiliki baginda Sultan Perak itu maka saya lebih mudah merujuk kepada baginda untuk tunjuk ajar dan nasihat sekiranya ada perkara yang kurang tepat," katanya.Beliau berkata Sultan Azlan Shah memberi respons yang sangat positif dan menyokong terhadap dasar kerajaan walaupun terdapat perubahan daripada kerajaan dahulu dengan sekarang terutama dasar yang melibatkan pembangunan dan kemajuan rakyat di Perak.Mohammad Nizar turut berbangga dan merasa bertuah berada di bawah pemerintahan Sultan Azlan Shah malah, amat menjunjung kasih kepada baginda atas pemilihannya sebagai Menteri Besar ke-10."Saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, profesional berlandaskan kepada prinsip yang baginda titik-beratkan," katanya yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 bulan.


DEKAT DI HATI RAKYAT


Sultan Azlan Shah, seorang Sultan yang amat dekat di hati rakyat dengan pelbagai pencapaian, kejayaan dan ciri-ciri pemerintah yang baik, bijaksana dan mulia.Dalam titah ucapannya sebelum ini mengenai pemerintahan sesebuah kerajaan, baginda menegaskan bahawa seorang Raja mempunyai peranan untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta memberikan sesuatu peringatan dan teguran."Raja sewajarnya menggunakan akal bicara, menggunakan hikmah mempertimbang secara arif lagi bijaksana dalam memberikan sesuatu perkenan terutama dalam perkara berhubung kepentingan negeri dan rakyat," titah baginda.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 29, 2009

DIA AYAHKU

....Hari-hari terakhir di kampung menghabiskan cuti Tahun Baru Cina, terasa begitu cepat masa berlalu. Hari ini aku membawa ayah ke Bank Islam Kota Bharu untuk mengeluarkan sejumlah simpanannya. Aku terkejut apabila ayah menyatakan ingin menunaikan umrah, ingain berdoa di hadapan Kaabah untuk disembuhkan 'penyakitnya'. Aku terdiam, hanya mampu mengangguk merestui niat suci ayah.

Sememangnya ayah tak seperti orang sakit, tapi sebenarnya sakit. Seingat aku sekembalinya ayah dari menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2005 ayah sihat sahaja, namun selepas hampir 6 bulan ayah tiba-tiba seperti orang hilang ingatan. Kami mengejarkan ayah ke hospital dan doktor mengesyaki ayah terkena "minor stroke".. Ayah hilang segalanya..dari membaca al-quran (ayah seorang pengahafaz al-quran) hinggalah kepada nama anak-anak. Semua ayah lupa..Sayu melihat keadaan ayah. Puas ayah berubat,dari perubatan moden hinggalah kepada perubatan tradisional. Orang alim mana yang belum kami jumpa di Kelantan ini, bahkan ada tuan guru dari Brunei datang untuk mengubat ayah. Semuanya gagal membantu ayah.

Kemuncak kepada sakit ayah apabila ayah telah dilucutkan jawatan sebagai imam kerana kegagalan ayah untuk berfungsi. Mulai saat itu aku melihat ayah semakin murung kerana masjid adalah nadi hidupnya. Walau sakit dan demam sekalipun, ayah tidak akan sekalipun terlepas untuk solat berjamaah di masjid. Aku tahu ayah derita kehilangan sesuatu yang disayanginya. Begitu juga kalau dulu ayahlah tempat rujukan orang-orang kampung dan dianggap sebagai ketua. Tapi segalanya musnah dalam sekelip mata. Bahkan ada yang tertawa melihat telatah ayah yang seakan orang yang kurang 'cerdik" . Ayah mulai bersikap panas baran kerana masalahnya ini. Apabila dia cuba menyatakan sesuatu kami gagal untuk memahaminya. Ayah akan marah dan mengamuk. Seringkali ibulah yang menjadi tempat ayah melepaskan kemarahannya. Kami terpaksa merelakan keaadaan ini kerana ayah semamngnya sakit dan tidak sedar apa yang dilakukan. Semoga ibu akan terus sabar melayan karenah ayah.


Pisau sembelihan ayah tidak lagi "tajam" pada pandangan orang kampung

Doktor hanya membekalkan ubatan-ubatan untuk mengembalikan ingatan ayah (masih lagi). Ayah kulihat tetap kuat. Ayah tanpa putus asa berusaha untuk mengenal kembali huruf-huruf dan ayat-ayat dalam al-quran. Begitu juga solat hajat tak pernah ditinggalkan (hanya allah yang tahu)..Alhamdulillah berkat kesabaran selama 3 tahun ayah semakin pulih walau tidak sepenuhnya. Kami memberi harapan kepadanya agar terus tabah dan percaya ayah akan pulih jua akhirnya...

Aku menitiskan air mata apabila ayah menyatakan ingin menunaikan umrah dan berdoa di hadapan kaabah. Telah 3 tahun ayah menanggungnya...aku berdoa moga ayah diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan. Jua semoga ayah mampu untuk pulih seperti sedia kala. Semoga kami sekeluarga akan dapat kembali senyum dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 28, 2009

MENARIK TENTANG TUMPAT, KELANTAN

Semalam saya dihubungi oleh seorang kenalan lama yang kebetulan sedang bercuti di Kelantan. Kami telah berjumpa dan berborak panjang tentang kehidupan masa lalu kami di kampus USM, Minden. Begitu juga tentang kehidupan hari ini yang pastinya menyaksikan banyak perubahan. Dalam perbualan kami ada berkisar tentang TUMPAT, iaitu jajahan kelahiran saya. Betul juga, ramai orang di luar sana masih belum mengenali sepenuhnya tentang keunikan TUMPAT, sebuah jajahan yang terdapat di Kelantan. Apa silapnya, para pelancong lebih mengenali Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan jajahan-jajahan lain.

Seingat saya, jajahan Tumpat mempunyai 7 daerah, iaitu Pengkalan Kubur, Bandar Tumpat, Wakaf Bharu, Kebakat, Terbak, Jal dan Sungai Pinang. Tumpat dihubungkan melalui jalan darat dari Kota Bharu dan Pasir Mas. Kedua-dua jajahan bersempadan dengan Tumpat. Manakala melalui jalan laut Tumpat boleh dihubungi melalui Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu (melalui Palekbang). Selain itu juga Tumpat bersempadan dengan Wilayah Takbai di Thailand dan dipisahkan melalui Sungai Golok (perjalanan bot 5 minit). Sesuatu yang cukup menarik, Stesen keretapi Tumpat merupakan perhentian terakhir sistem perhubungan keretapi antara Gemas-Kuala Lumpur-Tumpat.


Penulis bergambar di hadapan The Sitting Bhudist, Jubakar


Berbicara berkaitan komposisi kaum, Jajahan Tumpat didiami oleh kaum-kaum Melayu, Siam, Cina dan India. Kehadiran masyarakat Thai di Tumpat berdasarkan kepada sejarah di mana Wilayah Tabal pada suatu ketika merupakan di bawah wilayah Kelantan (diserahkan kepada Thailand selepas Perjanjian Bangkok). Ketika itu, ramai masyarakat Siam berhijrah ke Kelantan kerana enggan berada di bawah penguasaan Siam. Kalau mengunjungi Tumpat, anda dapat saksikan kewujudan penempatan-penempatan masyarakat Siam di Terbak, Jubakar, Kampung Dalam, Jambu, Kok Seraya dan banyak lagi. Sehinggakan di Tumpat telah dibina The Sitting Budhist di Jubakar dan The Sleeping Buddhist di Kampung Jambu (dulunya Berok) Pembinaan kedua-dua tempat ibadat ini difahamkan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Pekerjaan utama penduduk jajahan Tumpat adalah nelayan dan petani.


Kepada yang berminat untuk membeli belah, jangan lupa untuk berkunjung ke Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubur.Di sana menanti anda pelbagai barangan yang agak berpatutan harganya. Jika mahukan ketengan dan kedamaian pantai, Pantai Seri tujuh menjanjikan pantai yang bersih dan belum tercemar. Di sana terdapat kemudahan chalet dan rumah tumpangan untuk bermalam. Di sana juga setiap tahun akan berlangsung Pesta Wau Antarabangsa Malaysia yang dihadiri oleh beribu-ribu pengunjung dan peserta. Begitu juga, jika inginkan sesuatu yang baru dalam soal hubungan kaum di Malaysia, anda boleh berkunjung ke beberapa buah perkampungan Siam khususnya di Terbak, Jubakar dan Jambu. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan keropok lekor dan keropok segera, berkunjunglah ke Kampung Tanjung Kuala manakala bagi yang berminat mendapatkan kraftangan bolehlah ke Kampung Talak, chabang Empat Tok Mengah. jumpa di sana!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, January 27, 2009

TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG!!

Puan Suhana binti Che Hassan, guru sains dan matematik telah bertukar ke Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SMSAH), Kuantan, Pahang. Beliau mula berkhidmat di STAR pada 15 Januari 2007- 16 Januari 2009, iaitu genap dua tahun. Puan Suhana bertukar ke SMSAH atas permintaan kerana suaminya bekerja di Kuantan, Pahang. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada beliau dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau di STAR.


Sementara itu dua orang guru baru iaitu Cik Norhidayah binti Abdullah (guru matematik) dan Cik Roslinda binti Mohd Radzi (guru bahasa Jepun) telah mula mendaftar di STAR pada 12 Januari 2009. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada kedua-duanya. Semoga bergembira di STAR.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BUKU NAVIGATOR MINDA: EMPAYAR MINDA MELAYU ALAF BARU

Sepanjang cuti Chinese New Year ini, saya telah menghabiskan pembacaan dan pemerhatian terhadap sebuah buku yang bertajuk NAVIGATOR MINDA: EMPAYER MINDA MELAYU ALAF BARU hasil penulisan Yg Bhg Profesor Dato' Dr Zubir bin Haji Yahya, Pengasas, Peace Navigator University Inc.Ini lah pertama kali saya berpeluang mengikuti penulisan beliau.


Buku setebal 198 mukasurat ini mengandungi lima belas bab ini telah mengupas persoalan yang telah lama wujud mengenai kelemahan dan kekurangan bangsa Melayu. Disertakan pelbagai contoh nyata di seluruh dunia berdasarkan fakta yang sahih dan rujukan yang teliti dan mendalam oleh penulis, buku ini secara tidak langsung telah membuka minda bangsa Melayu untuk bangkit dari lena dan melangkah dengan smangat dan penuh keyakinan.

Bab-bab yang terdapat dalam buku ini :
1.Peluang mutlak di alaf baru
2.Kearah wawasan baru yang cemerlang
3.Semasa pembentukan Amerika Syarikat
4.Semasa pembentukan Israel
5.Semasa pembentukan China Moden
6.Semasa pembentukan India Moden
7.Evolusi manusia di bumi
8.Pembentukan teknologi pemikiran
9.Kuasa penghalang induk minda melayu
10.Agenda tersirat globalisasi
11.Rahsia Penjajah manipulasi minda bangsa melayu
12.Detoksifikasi anotomi minda melayu
13.Neuro cybernetic human success matrik engineering
14.Pasport ke masa depan untuk melayu alaf baru
15.Empayer minda melayu alaf baru


Jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran dengan harga RM 29. Ada sesuatu yang baru dan istimewa dalam buku ini, yang tiada dalam buku yang seumpamanya..Selamat membaca!!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 24, 2009

SAJAK : MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana


Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.



Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua’alaf bertakrif Melayu.



Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.



Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.



Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.



Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”



Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan



Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka.



( Usman Awang)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 ZON EROTIK LELAKI


1. Kerandut buah zakar
2.Puting dada
3.Kawasan Perineum (antara zakar dan dubur)
4.Kawasan ari-ari (antara pusat dan pangkal paha)
5.Kawasan punggung
6.Kawasan anus
7.urutan Prostat


p/s : untuk bakal2 isteri..hehehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, January 20, 2009

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2009




Majlis Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Program Jati Diri 2009 Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Januari 2009. Seramai 62 orang pengawas telah ditauliahkan pada hari tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YDH Dato' Zulkifli bin Abdullah,DCP, Ketua Polis Perak. Majlis ini telah mendapat liputan dari beberapa akhbar seperti Berita Harian, The STAR dan Utusan Malaysia. Dalam ucapanya, YDH Dato' Zulkifli menegaskan bahawa perlunya para pengawas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang. program pada hari tersebut turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan JPN Perak serta pegawai-pegawai polis dari IPK Perak dan IPD Ipoh. Sempena majlis tersebut, turut berlangsung pameran yang dibuat oleh pasukan polis trafik, CSI, Narkotik dan Jabatran Hal Ehwal Awam. Selepas majlis berakhir di dewan, tetamu kehormat telah meluangkan masa untuk bergambar bersama para pengawas dan kemudiannya mengadakan sidang akhbar di Bilik Dokumentasi.




Anak panglima bawa belati


Lalu menikam musuh durjana


Ikrar dilafaz teguh di hati


Menjunjung amanah sekolah tercinta




Selamat bertugas buat para pengawas. !!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 14, 2009

PALESTIN, DERITAMU TIADA NOKTAH!!


Alhamdulillah, usaha membawa penceramah dari Aman Paplestin ke STAR telah berjaya direalisasikan. Pada 14 Januari 2009, Ustaz Shahruzzaman telah dijemput ke STAR untuk berceramah mengenai perkembangan terkini berkaitan isu palestine.. Walaupun hanya bertubuh kecil, namun beliau telah membawa bersamanya harapan yang begitu besar dari rakyat Palestin. Para pelajar tidak berganjak dari tempat duduk dan tidak membuat bising, berbeza dengan keadaan majlis-majlis ilmu yang diadakan selama ini. Tempoh dua jam terasa begitu pantas berlalu. Alhamdulillah, dengan semangat yang berkobar-kobar, penceramah bercerita tentang penderitaan rakyat Palestin. Beliau juga bercerita berkaitan dengan sejarah Masjid Al-Aqsa, tempat ke-3 paling utama dan mulia umat Islam. Ditambah lagi dengan persembahan video klip dan multimedia berkaitan penderitaan rakyat palestin. Kami dehidangkan dengan pembunuhan, penyembelihan, mayat dibakar hidup-hidup, kepala ditembak, anak kehilangan ayah ibu, kanak-kanak kehilangan kaki (sekadar beberapa contoh). Sungguh menyedihkan, lagi menakutkan. Hanya doa yang mampu kami berikan, kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Terasa begitu sayu melihat saudara seagama diperlakukan seperti haiwan. Namun semangat yang ditunjukkan dalam melawan Yahudi amat mengagumkan. Semoga Allah menempatkan seluruh Syuhada' dalam syurga yang paling atas. Pada malam itu juga Tabung Selamatkan Palestin diedarkan, dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hanya doa dan sedikit bantuan kewangan yang dapat diberikan, walaupun ianya merupakan selemah-lemah iman. Apa yang amat menyedihkan, ada 300 juta penduduk Islam di seluruh Arab, namun hanya terdapat 5 juta sahaya Yahudi di Israel, namuan masih belum mampu menewaskan mereka. Moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan buat seluruh rakyat Palestine.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, January 13, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1




Semalam 12 Januari 2009 seramai 80 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar di STAR. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahhari. Kehadiran mereka telah disambut dengan penuh rasa kegembiraan oleh semua warga STAR. Apa yang menarik pada tahun ini STAR telah menerima kahadiran seorang pelajar dari Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Para pelajar tingkatan satu akan menjalani program Minggu Suaikenal selama sebulan. Mereka semua telah ditempatkan di Asrama Blok Matrik. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Puan Jamilah bt Mansor, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan SBP dan Kluster, Yang dipertua PIBG iaitu Profesor Dr Abdul Rahim bin Mohd Nor dan Encik Azlan bin Abdullah, Timbalan Presiden STAROBA. Diharapkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri untuk berada di alma mater ini. Selamat menjadi sebahagian Sekolah Tuanku Abdul Rahman, IPOH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 10, 2009

FUTSAL PENGAWAS






Lembaga Pengawas melalui Biro Kepimpinan dan Bina Insan telah mengadakan perlawanan futsal antara pengawas pada 10 Januari 2008 bertempat di Gelanggang Tenis STAR. Kejohanan ini telah disertai oleh semua pengawas STAR. Objektif utama diadakan pertandingan ini adalah untuk membina semangat sepasukan ataupun teamwork Lembaga Pengawas pada tahun ini. Pada hemat saya program yang diadakan sedikit sebanyak berjaya mewujudkan kemesraan dan perasaan saling hormat-menghormati dalam kalangan pengawas STAR. Segalanya tampak meriah dan penuh dengan semangat kekeluargaan. Kerjasama sepasukan amat penting bagi memastikan kelangsungan Lembaga ini dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada sekolah. Keadaan ini amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya apabila pengawas dilihat sukar untuk bergerak dalam satu pasukan yang kuat. Syabas dan teruskan semangat ini.





















































































































TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HATI SUDAH HITAM!!!

Baru 5 hari dah ada kes..Pagi tadi pasukan warden telah mengadakan pemeriksaan mengejut ke Tingkatn 4R dan hasilnya sebanyak 9 buah telefon bimbit di rampas. Alangkah terkejutnya apabila dua daripada HP tersebut mengandungi video lucah dalam pelbagai aksi. Ada Cina, Inggeris, Jepun mahupun melayu..Sungguh malu!! Baru sahaja mengharumakn nama sekolah atas pencapaian PMR 2008, sudah mula tunjuk besar kepala (walaupun mereka tak dapat 8A pun). Pening kepala bila memikirkan anak melayu yang rosak. Patutlah hati semakin hari semakin hitam dan gelap kerana makanan rohaninya video-video lucah, bukannya solat berjemaah.
Sebenarnya inilah keburukan teknologi yang dijuarai oleh Barat. Budaya-budaya kuning serta hedonisme yang disogokkan kepada anak-anak melayu semakin lama semakin berkesan. Percayalah, jika terus dibiarkan mereka, maka hanyutlah dalm dunia ciptaan sendiri. Sejujurnya banyak input yang telah diberikan sewaktu mereka di Tingkatan 3, namun jika hati telah hitam, jiwa pun gelap...bawa Dato Harun Din Al-Hafiz pun tiada guna.. Yang penting, hidup ini hanya perhentian sementara, jika memilih jalan selain dari jalan ke syurga, sesungguhnya mereka dalam kalangan orang yang rugi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PEMIMPIN PELAJAR...DATANG DAN PERGI...


Membuat keputusan untuk memilih individu yang layak memimpin pelajar-pelajar STAR bukan satu tugas yang mudah. Namun berkat musyawarah dan pemerhatian yang dibuat selama setahun, maka akhirnya aku telah memilih para pemimpin terbaik untuk menerajui STAR. Apa yang menarik pada tahun 2009 KU, TKU 1 dan TKU 2 datang dari rumah aku, Rumah Merah..Mungkin bagi sesetengah orang, keputusan ini menunjukkan bias. Namun, yang akhirnya dinilai adalah kualiti kepimpinan, bukan dari House mana dia datang. Dengan izin ALLAH, berikut nama-nama yang terpilih menerajui Kepimpinan Pelajar 2009.

Ketua Umum - Muhammad Hijaz bin Adenan (RED)

Timb Ketua Umun 1 - Muhammad Siraj bin Abdul Aziz (RED)

Timb Ketua Umum 2 - Abdul Hakim bin Maiden (RED)

Setiausaha 1 - Muhammad Akramin bin Abdul Malek (BLUE)

Setiausaha 2 - Affan Aufa bin Zainuddin (WHITE)

Bendahari - Muhammad Hazim bin Bachok (GREEN)

Ketua Biro Kepimpinan dan Bina Insan - Luqmanul Hakim b Abdul Rashid (WHITE)

Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan - Akmal Syahmi bin Khalid (BLUE)

Ketua Biro 3K dan Penertbitan - Zal Aminullah bin Damanhuri (YELLOW)

Ketua Biro Protokol dan Kebajikan - Naqib bin Wazir (GREEN)

House Captain - Khairul Azmi bin Mohd (RED)

House Captain - Haniff Hayyi bin Hanafi (BLUE)

House Captain - Muhd Fakhri Azizi bin Rosidi (GREEN)

House Captain - Muhammad Iqwan bin Ibrahim (BLACK)

House Captain - Aiman Syahimi bin Ahmad (YELLOW)

House Captain - Ahmad Rijaluddin bin Halmi Shari (WHITE)


Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas. Amanah yang digalas bukannya kecil, perlu dilaksankan sebaik mungkin. Semoga kegemilangan Lembaga Pengawas dapat diteruskan pada tahun 2009.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BZ..BZ..BZ

Agak lama tidak menulis..minggu pertama persekolahan memang bz dengan mesyuarat dan perjumpaan kelab, persatuan dan uniform.. Tahun ini beban makin bertambah, makin banyak..rasanya macam tak mampu sahaja untuk memikulnya.Namun atas dasar tanggungjawab, amanah mesti dilaksanakan..Antara tugas yang diberikan untuk tahun ke 7 di STAR ialah :

1. Warden Rumah Merah (tahun ke 6)

2. Guru Penasihat Kadet Polis (tahun pertama)

3. Guru Penasihat Kelab Unesco (tahun kedua)

4. Guru Penasihat Kelab Tenis (tahun kedua)

5. Guru Penasihat Lembaga Pengawas (tahun ke 3)

6.Guru Penasihat Majalah Sekolah (tahun ke 6)

7. Setiausaha Majlis Sekolah (tahun pertama)

8. Ahli Majlis Disiplin Sekolah (tahun ke 6)

9. Pembimbing pasukan bahas dan pantun sekolah (tahun ke 5)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 1, 2009

TERIMA KASIH ALLAH ATAS NIKMATMU...

Hari pertama di tahun 2009, alhamdulillah genap 28 tahun satu hari aku menghirup udara di bumi Allah yang sementara ini. Hari ini juga aku menginjak ke usia 29 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kesempatan ini. Sebagai manusia aku tak tahu sampai bila kesempatan nikmat usia ini akan terus diberikan oleh Maha Pencipta. Sampai masa, jika sudah tertulis dalam perjanjian-Nya maka relalah aku bertemu dengan-Nya.
Menginjak ke usia 29 membawa sejuta pengertian dan harapan. Alhamdulillah aku bahagia dengan pilihan kerjaya ini, menjadi seorang pendidik. Hampir 6 tahun di bumi Ipoh ini banyak yang telah aku pelajari dan berharap untuk terus belajar dan belajar tentang kehidupan. Banyak juga perkara yang telah kulalui dan dapat. Kereta, kerjaya yang terjamin, membalas jasa ibu bapa semuanya telah aku ada. Lantas, dalam usia yang sebegini aku berharap untuk memiliki keluarga sendiri. insyaAllah. Terkenang Firman Allah yang bermaksud: Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah hubungannya, kecuali 3 anak soleh yang mendoakan, ilmu yang manfaat dan sedeqah jariah..Moga-moga aku akan dikurniakan anak-anak soleh yang akan mendoakan aku.
Harapan 2009 juga aku ingin meningkatkan ketaqwaan dan keimanan serta memaksimakan solat berjamaah. Insyaallah...Moga harapan ini akan dapat digapai..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget