WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 22, 2009

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM DAN PMR SIRI 1

Bagi memastikan kesinambungan kejayaan akademik, Bengkel Kecemerlangan PMR dan SPM telah diadakan selama 3 hari dari 20-22 Februari 2009. Bengkel kecemerlangan siri satu ini dihadiri oleh semua calon PMR dan SPM dengan penuh semangat, walaupun dalam kesibukan membuat persediaan menghadapi Kejohanan Olahraga Tahunan. Banyak input berguna telah diberikan oleh warga pendidik selama 3 hari berlangsungnya bengkel tersebut. Melihat kepada kesungguhan para guru dan pelajar diharapkan pencapaian pelajar STAR akan terus meningkat dalam peperiksaan awam nanti. Persatuan Ib Bapa Guru (PIBG) telah memberi kerjasama yang erat dalam setiap pelaksanaan program-program kecemerlangan STAR. Parapelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan oleh guru-guru dan juga penceramah jemputan. Bengkel Kecemerlangan siri dua akan diadakan pada bulan Mei nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 15, 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Al-hamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana izin-Nya hasrat untuk membawa pengawas untuk berkursus di Pulau Pangkor telah dapat dilaksanakan. Kem ini turut disertai oleh 14 pengawas Pusat Sumber. Selama 3 hari 2 malam, para pengawas diberikan input-input yang berguna dalam bentuk aktiviti fizikal bagi memantapkan jati diri mereka. Kem ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Perak, Pulau Pangkor bersama-sama 40 pelajar puteri dari SMK Dato' Maharajalela, Kampung Gajah. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih JPN Negeri Perak. Kem ini turut dibantu oleh Puan Suzana, Cik Helmi Fazlin, En Zainudin, En Iqbal dan En Azmi Mat Saat. Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya kem kepimpinan pengawas :
Hari pertama (13.2.2009)

Bertolak ke Pangkor
Taklimat kem
Kem kraf
Menyusuri Jambatan Gantung
Team building

Hari Kedua (14.2.2009
Solat Subuh/kuliah Subuh
Senaman pagi
Jejak kembara
Ikhtiar hidup
Single tower
Water confident
Berkayak
Mandi laut
Jejak spora
Mencerap bintang
Hari ketiga (15.2.2009)
Solat/kuliah Subuh
Khidmat masyarakat
Majlis penutup
Membeli belah
Pulang
Sekalung penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan guru yang telah membantu saya, para jurulatih di Pusat Kokurikulum Perak seterusnya para pengawas yang telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengikuti program ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, February 14, 2009

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Dewasa ini, sesuatu yang mendukacitakan adalah umat Islam telah meraikan perayaan yang tiada langsung kaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar seperi Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan Hari Valantine yang sedang disambut oleh kebanyakan muda-mudi kita hari ini. Terdapat larangan daripada Nabi Muhammad S.A.W untuk meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Barang siapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Riwayat Imam Abu Dawud hadis no 3512)

Tentang hukum menyambut Valantine, Sheikh al-Utsaimin berkata " Maka bila dalam merayakan Hari Valantine tersebut bermaksud untuk mengenang kembali St. Valantine, maka tidak diragukan bahawa orang itu kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu, namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan satu dosa besar."

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valantine tidak pernah dianjurkan dalam Islam. Harus diingat golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan lurus lagi diredhai Allah.

Firmannya, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakan kepada mereka " sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar " - al-Baqarah: 120)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 8, 2009

KEM BAHAS

Sepanjang cuti ini, satu kem bahas telah diadakan sebagai persediaan menghadapi HKSBP Zon Utara di SM Sains Tun Syed Sheikh Shahbudin, Bukit Mertajam, Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran UIAM, Pertandingan Debat Sekolah-sekolah anjran UKM, dan juga HKSB Kebangsaan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Kem 4 hari ini telah dibantu oleh bekas-bekas pembahas STAR iaitu Harinn, Syazwan dan Farid. Bertindak sebagai pembimbing pasukan bahas, aku dan Puan Noridah perlu memikirkan satu strategi untuk membawa kemenangan kepada pasukan bahas STAR pada tahun ini. Pada tahun 2008 kami hanya sampai ke semi final HKSBP Kebangsaan, tewas kepada SMAP Kajang yang akhirnya muncul johan. Manakala di UIA, kami sampai ke suku akhir tewas kepada Sekolah Alam Shah (dari 80 pasukan) dan di UKM kami layak ke separuh akhir tewas kepada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Melihat kepada kesungguhan para pembahas serta guru pembimbing, kami berharap untuk sekurang-kurangnya memenangi satu piala dari pertandinga-pertandingan yang disertai. Begitu juga melihat semangat yang ditunjukkan oleh bekas-bekas pelajar yang sanggup meluangkan masa untuk membantu pasukan sekolah. Semoga pasukan bahas STAR akan terus bersinar dalam arena perbahasan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SUKANTARA BERMULA

Saat yang dinanti-nanti oleh seluruh warga STAR, iaitu Kejohanan Sukan Tahunan -53 kini bermula. Tanggal 28 Februari 2009 telah dipilih untuk melangsungkan kejohanan tahunan ini. Sebelum tiba ke hari yang dinantikan, maka telah berlangsung acara sukantara yang melibatkan acara 100 M, 400 M, 1500 M, lompat jauh dan lontar peluru. Bermula dari bulan Januari lagi semua pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan rumah masing-masing. Melalui sukantara lah setiap ahli rumah dapat menyumbangkan mata, sekurang-kurangnya 5 mata bagi 5 acara untuk rumah masing-masing. Selamat berjuang kepada semua STARIAN.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, February 3, 2009

MAJLIS PENGHARGAAN PENCAPAIAN PMR 2008

Semalam, 2 Febuari 2009 telah berlangsung Majlis Penghargaan Pencapaian Cemerlang PMR 2008 di sekolah. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada warga pendidik yang telah memberi sumbangan yang cemerlang sehingga membolehkan STAR muncul sekolah terbaik peringkat negeri Perak. Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini dihadiri oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Majlis bermakna ini diserikan dengan persembahan pasukan pancaragam dan teater Muzium Ceritera Rakyat oleh pelajar-pelajar STAR. Dalam ucapannya, tetamu kehormat telah mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas usaha dan komitmen yang cemerlang dalam memastikan kejayaan STAR. Selain itu juga, beliau berharap STAR akan terus mengekalkan momentum kejayaan yang telah dicapai.
Seramai 32 orang guru yang mengajar PMR dari Tingkatan 1 hingga 3 telah diberikan anugerah. Diharapkan dengan anugerah dan penghargaan yang diberikan ini akan menaikkan semangat guru-guru untuk terus sabar dan gigih membantu kecemerlangan STAR. Betapa tanggungjawab dan amanah yang diberikan amatlah besar, sekali-sekala dengan memberi pengiktirafan sebegini, secara tidak langsung menunjukkan komitmen mereka dihargai oleh pihak sekolah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget