WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 19, 2009

SKRIP HIDUP INI ADA PENGATURNYA

Kehidupan ini adakalanya cerah dan adakalanya mendung. Ada ketikanya kita merasakan bahawa kitalah manusia yang paling beruntung di dunia ini, namun ada masanya dunia kita gelap seolah kitalah manusia terakhir yang hidup di dunia ini. Kita selalu mendengar ungkapan manusia bahawa hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah. Begitulah kehidupan di dunia ini yang tidak kekal, tiada nikmat yang kekal dan tiada pula azab yang kekal.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya' - ayat 35)
Sabda Rasulullah SAW:Alangkah hebatnya kehidupan seorang mukmin. Seluruh hidupnya adalah ganjaran kebaikan. Sekiranya dirinya memperolehi nikmat, dia bersyukur lalu ia menjadi kebaikan untuk dirinya. Sekiranya dirinya ditimpa musibah, dia bersabar lalu ia menjadi kebaikan untuknya.(Hadith riwayat Muslim - no.7692)

Mungkin para pembaca tertanya-tanya megapakah penulis mengemukakan dalil-dalil al-quran dan hadis di atas. Semalam, tanggal 18 Mac 2009, saya telah ditimpa musibah yang hampir meragut nyawa saya. Saya terlibat dalam satu kemalangan di KM 15, Lebuhraya Timur Barat, kira-kira 20 KM dari Bandar Gerik. Kereta Honda City 1.5 yang saya naiki telah gagal di kawal dan terjunam ke gaung kecil di KM 15 Lebuh Raya Timur Barat. Alhamdulillah, walaupun kereta mengalami kerosakan yang sangat teruk, namun saya selamat dan tidak mendapat kecederaan. Menurut polis yang bertugas kawasan tersebut merupakan kawasan utama kemalangan dan sering berlaku kemalangan ngeri yang melibatkan kematian.

Saya memanjatkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana terselamat dalam kemalangan tersebut. Walaupun saya kehilangan kereta yang saya sayangi, namun saya bertuah kerana diberi nikmat nyawa dan kesihatan. Al-hamdulillah, mungkin Allah sedang menguji hambanya. Begitu juga, Allah memberi peluang untuk saya memperbaiki segala amalan di dunia untuk dibawa ke Akhirat. InsyaAllah, musibah dan dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya. Sebagai hamba, kita hanya merancang, Allah Yang Esa menetukan segalanya, tenang dan redha, kerana dari-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita akan dikembalikan



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, March 18, 2009

KALIMAH ALLAH TERUS DIPERMAINKAN

Dalam kekalutan dan kecelaruan penggunan kalimah Allah dalam agama lain selain Islam yang heboh diperkatakan baru-baru ini, telah diburukkan lagi dengan sebuah lirik lagu dari penyanyi seberang. Lagu milik penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku, Agnes Monica berjudul Allah Peduli ini secara terang-terangan menyamakan Allah dengan Yesus. MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “…sebab Allah Yesusku mengerti.”

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ’sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam. Berikut, disertakan lirik lagu tersebut, untuk renungan para pembaca:

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti

Mengapakah harus terjadi

Di dalam kehidupan ini

Suatu perkara yangku simpan dalam hati

Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah mengerti

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri

Sebab Allah Yesus ku mengerti

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, March 17, 2009

GEMBIRA DAN DUKA

Hari ini aku menerima khabar gembira apabila kakak sulung yang bermastautin di Kemaman, Terengganu akan berpindah pulang ke Kelantan. Setelah hampir 20 tahun berkelana ke negeri orang, kini kakak dan keluarganya akan pulang ke kampung halaman. Ibarat kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Al-hamdulillah, kakak akan membuka restoren di hadapan Hospital Tumpat. Seperkara yang menggembirakan kami sekeluarga, dengan kepulangan kakak, maka kedua orang tua yang uzur sedikit sebanyak ada orang yang menjaganya. Kalau dulu hati selalu merasa bimbang dengan kesihatan mereka, kerana kami tujuh beradik berada jauh dari kampung halaman.

Hari ini aku juga berkesempatan menziarahi anak jiran yang sedang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian kerana mengalami ketumbuhan dalam otak. Doktor telah mengadakan pembedahan dan berjaya mengeluarkan sebahagian daripada ketumbuhan tersebut. Sedih melihat anak sekecil 3 tahun terpaksa menanggung kesakitan yang tidak terhingga. Semoga Allah memanjangkan usia adik Aliff dan menabahkan hati ibu bapanya.

Itulah sebenarnya kehidupan. Dalam kita bergembira, kita sering terlupa bahawa ramai dalam kalangan sahabat seagama kita sedang berduka. Namun, aku cukup yakin, mereka yang sering diuji adalah mereka yang disayangi oleh Allah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BERBEZA PENDAPAT TIDAK SALAH

Seorang rakan pendidik dari negeri utara tanah air berpesan kepada saya sewaktu mula-mula ingin mebangunkan blog sendiri. Katanya "hang jangan dok bubuh cBox kat blog hang, aku banyak kena ngan anak murid aku yang dok hentam aku!. Tambah-tambah kita ni warden, lagi banyak musuh.." Pada saya, saya tidak pernah mencari musuh dalam mencari rezeki, kalau ada yang tak puas hati tu biasalah, namapun remaja. Saya anggap nasihat darinya itu sekadar gurauan. Namun tetap berhati-hati. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.


Namun sejak akhir-akhir ini saya dihujani dengan banyak persoalan-persoalan yang saya kira tak masuk akal. Pada mulanya saya cuba menjawab dengan sebaik mungkin, namun semakin dijawab semakin banyak yang tak puas hati. Saya cuba berdiam dari menjawab komen-komen dari mereka yang tak dikenali atau menggunakan nama samaran. Namun semakin berdiam, semakin galak pula mereka. Saya tidak kisahlah soal pemilihan pengawas, kerana saya pemilihan bukan dibuat oleh saya, namun dibuat oleh Jawatankuasa. Namun jika soal saya menguasai pengetua, guru-guru dan cuba control sekolah dibangkitkan, ini sudah lebih.


Mungkin orang cuba menelah, memang betul lah si Imanshah tu, dah takut. Kenapa perlu takut, jika kita bekerja bukan kerana nama?? Rezeki Allah ada di mana-mana..Sedangkan Dato Seri Najib pun dituduh membunuh, Pak Lah pun orang kutuk macam-macam, saya tidak terkesan pun dengan semua ini. Cuma apa yang menyebabkan saya remove cBox saya kerana pertamanya blog saya bukan sahaja dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan bekas pelajar, malah turut dilawati oleh ibu bapa, rakan-rakan pendidik dari seluruh negara, serta rakan-rakan sekolah dan seuniversiti. Tidak manis kiranya ada perkara-perkara yang tak sepatutnya ada dalam blog tersebut. Keduanya, saya tak mahu pengunjung blog saya simply menggunakan nama orang lain untuk tujuan menghentam saya. Sedangkan perkara itu hanya rekaan dari mereka yang tidak berpuas hati dengan saya. Kalau kita masih ingat, ruangan sembang dalam laman web STAR juga diberhentikan kerana mengalami masalah yang sama.


Seperkara yang harus diingat, berbeza pendapat tidak salah, berselisih kerana mengakkan pandangan masing-masing saya mengalu-alukannya supaya setiap keputusan yang diambil merupakan keputusan yang terbaik. Saya memohon maaf dari pengunjung-pengunjung yang selalu bertegur sapa dengan saya melalui ruangan cBox. Orang cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Alhamdulillah, blog ini semakin dikenali dan dikunjungi oleh rakan-rakan. Jazakallah hukhairan, ya akhi wa ukhti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, March 16, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Apabiila tiba cuti bulan Mac dan Ogos sahaja, perkara yang wajib untuk diingati adalah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Hampir setiap tahun aku dan rakan-rakan terpaksa mengorbankan sedikit masa cuti kami untuk mentelaah buku rujukan berkaitan perkhidmatan kami. Semenjak SSB dimansuhkan, PTK menjadi igaun buruk kepada golongan penjawat awam. Seingat aku, sudah 6 kali aku menduduki PTK ini, namun masih belum ada rezeki.

Bagi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, aku diwajibkan mengambil 2 kertas iaitu kertas wajib, Umum dan kertas pilihan Pengajaran dan Pembelajaran. Untuk kertas Umum, aku sudah lulus dengan cemerlang, hanya tinggal kertas P&P yang masih belum lepas. Tahun ini aku akan menduduki PTK di SMK Gunung Rapat, Ipoh. InsyaAllah, masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin untuk mentelaah buku-buku rujukan. Apatah lagi, pada tahun ini PTK dibenarkan menggunakan kaedah open book. Pada hemat aku apabila menggunakan kaedah open book, maka graf untuk lulus mungkin akan tinggi. Entahlah, tak faham dengan karenah JPA ni.

Orang selalu bertanya apa pentingnya PTK ni. Jawabnya mudah, pertamanya tangga gaji akan berubah. Jika lulus PTK, maka seseorang itu akan melompat dari P1 ke P2. Yang keduanya, dapat lah juga kenaikan gaji hampir RM 200. Tapi awas, jika gagal, anda tidak berpeluang untuk naik ke Gred yang lebih tinggi. Contohnya dari DG 41 ke DG 44. Semoga Allah membuka jalan untuk aku dan rakan-rakan dalam PTK pada tahun ini, InsyaAllah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, March 15, 2009

SEMUA TENTANG KITA

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
kita berduka saat kita tertawa

p/s: 1st tyme aku post lirik lagu..ada cerita di sebalik lirik lagu ini. Hanya aku dan dia tahu..Allah jua yang lebih tahu atas setiap kejadian...
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MTQ DAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM ZON A KINTA UTARA


Sorakan kegembiraan mengiringi kontijen STAR dalam Pertandingan MTQ dan Mahrajan Kesenian Islan peringkat Zon A Daerah Kinta apabila memenangi 5 dri 7 kateogori yang dipertandingkan. Sebanyak 22 buah sekolah telah mnyertai pertandingan yang berlangsung di Sekolah Menengah Jalan Tasek, Ipoh pada 14 Mac 2009. Pertandingan dibahagikan kepada kateogori Tilawah, Hafazan, Kuiz Agama, Nasyid, Marhaban, Khat dan Syarahan Agama. Berikut merupakan keputusan pertandingan :


1) Muhammad Hijaz bin Adnan (Johan Hafazan)

2) Muhammad Syafiq bin Baharudin (Johan Syarahan Agama)

3) Naqib bin Wazir (Johan Tilawah)

4) EndWar (Johan Nasyid)

5) Kuiz Agama (Johan)

6) Khat (penyertaan)

7) Marhaban (penyertaan)


Syabas diucapkan buat semua. Terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing. Moga pada tahun hadapan kejayaan ini dapat diteruskan. Kepada yang berjaya selamat bertanding di peringkat daerah pada 28 Mac 2009 nanti.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, March 13, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008

Keputusan SPM yang diumumkan semalam menyaksikan seramai 136 calon mengambil periksaan tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 19 orang pelajar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil termasuk 2 pelajar mendapat 11 1A, dan 7 orang pelajar mendapat 10 1A. Secara keseluruhannya, pencapaian gred purata STAR meningkat dari 2.67 pada tahun 2007, meningkat kepada 2.456 pada tahun 2008. Dua mata pelajaran, iaitu Biologi dan Pendidikan Islam mengalami kemerosotan. Manakala matapelajaran lain menunjukkan peningkatan. jika dibandingkan dengan SBP lain, STAR berada pada kedudukan yang agak bawah. Sehingga sekarang (masih ada sekolah belum memasukkan keputusan dalam SBP excellent), STAR berada pada kedudukan ke -29, manakala di Perak, STAR berada pada kedudukan terakhir dalam kalangan 5 SBP Perak. Berikut merupakan nama pelajar yang berjaya mencatat keputusan cemerlang semua A dalam peperiksaan SPM 2008:
1.Muhammad Farid Farhan bin Sahime (11 1A)
2.Muhammad Arif bin Ahmad Fuad (11 1A)
3.Muhammad Faiz Fikri bin Sahime (10 1A)
4.Mohd Khairul Hafiz bin Mohd Fauzi (10 1A)
5.Muhammad Zuhair bin Hasnol Zam Zam (10 1A)
6.Ahmad Zaidulkhair bin Haji Zainal (10 1A)
7.Imaduddin bin Hamzah (10 1A)
8.Ahmad Shazwan bin Mohd Kharip Shah (10 1A)
9.Muhammad Nazmi bin Shaarani (10 1A)
10.Muhammad Firdaus bin Roslan (10 1A)
11.Ahmad Hamidi bin Abdul Rahim (9 1A 1 2A)
12.Mohamad Sufian bin Ayub (9 1A 1 2A)
13.Mohd Arif bin Ismail (9 1A 1 2A)
14.Muhammad Syazwan bin Mohamed Amin (9 1A 1 2A)
15.Haneef bin Amer Azhar (8 1A 2 2A)
16.Muhammad Zaid bin Zahri (8 1A 2 2A)
17.Ahmad Naufal bin Anuar (6 1A 4 2A)
18.Ahmad Husaini bin Abdul Rashid (5 1A 5 2A)
19.Noor Mujahir bin Noor Muhammad (5 1A 5 2A)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HKSBP ZON UTARA 2009

HKSBP Zon Utara datang lagi. STAR seperti biasa menghantar pasukan bahas Bahasa Malaysia, Bahas Bahasa Inggeris dan pasukan bola keranjang ke bumi Bukit Mertajam. Perjuangan mengembalikan maruah STAR apabila kita tewas kesemua acara yang disertai pada tahun lepas di SERATAS..lebih-lebih lagi untuk menebus kegagalan layak ke peringkat nasional bagi acara bola keranjang. Pasukan ALL STARS telah diletakkan dalam satu kumpulan bersama SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SBPI Gopeng dan SBPI Kubang Pasu. Diperingkat kumpulan STAR berjaya muncul naib johan apabila memenangi empat perlawanan dan tewas sekali kepada MCKK. Dengan itu STAR layak ke separuh akhir bertemu johan kumpulan B iaitu, Sekolah Menengah Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam. Perlawanan ini merupakan perlawanan hidup atau mati. Jika menang STAR akan layak ke HKSBP Kebangsaan. Ditenggelami dengan sorakan padu pasukan tuan rumah, para pemain telah berjuang bermati-matian untuk memastikan kejayaan. Perlawanan sengit ini akhirnya berkesudahan STAR menang 16-13. Dalam perlawanan akhir yang sudah dianggap anti klimaks, STAR tewas sekali lagi kepada MCKK 10-27.




Dalam arena perbahasan, pasukan bahas Bahasa Inggeris juga menunjukkan pencapaian membanggakan apabila layak sehingga ke peringkat separuh akhir dan tewas kepada SERATAS. Manakala pasukan bahas Bahasa Melayu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila layak ke peringkat akhir. Dalam perlawanan akhir, STAR telah bertemu pasukan SMSAH.Dengan usul "Tribunal Tuntutan Pengguna Mampu Mempertahankan Hak-hak Pengguna", STAR telah bertindak sebagai pembangkang. Akhirnya usul telah ditolak dan STAR mencipta sejarah keluar sebagai pemenang. Muhammad Haziq Januddin dipilih pembahas terbaik.

Sekalung ucapan terima kasih buat guru-guru yang dedikasi Puan Noridah, Mr King, Mr Ng Yew Kee, En Shahnun, Cik Asmawati, Cik Nurhidayah, Cik Helmi Fazlin, Puan Mastura Suhaimi dan Ketua Kontijen, En Mohd Zaidi bin Basir. ALL STARS : Kenya, Nazmi, Moja, Hadi, Syahmi Afif, Nazifi, Mirza, Azrul, Sobhie, Nad, Aiman Imran...Para Pembahas : Asraf, Paman, Siraj, Faizs, Azam, Ashman, Thaqif dan Ariff. SERI PUTERI, kami datang!!
















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, March 9, 2009

ULUM BELUM....DESTINASI PENDIDIKAN BIODIVERSITI YANG MENGUJAKAN

Sebagai rakyat Kelantan yang bekerja di Ipoh, Perak, saya selalu berulang alik dari Kota Bharu ke Ipoh hampir setiap bulan. Apabila melalui Tasik Banding yang terbentang luas, terasa nyaman dan berhasrat untuk mandi manda dan menyusuri tasik ini. Alhamdulillah, akhirnya keinginan ini tercapai jua akhirnya.


Baru-baru ini penulis berkesempatan membawa seramai 22 orang ahli Kelab UNESCO STAR megikuti Program Pendidikan Biodiversiti di Ulum Belum, Tasik Banding. Ulu Belum meliputi keluasan 3,110 km persegi. Ia terletak di Hulu Sungai Perak bersempadanan dengan selatan Thailand dan negeri Kelantan. Ketinggian antara 250-2000m dari aras laut. Terdapat sebuah tasik buatan manusia sepanjang 70km dengan keluasan 18,000 hektar. Ulu Belum ini kaya dengan flora dan fauna terutama mamalia besar seperti gajah, seladang dan harimau. Di sini juga terdapat Bunga Reflesia, iaitu bunga terbesar di dunia.


Sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana, pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan. Antaranya Ceramah konservasi hidupan liar dan sejarah ulu Belum dari Pengarah Pusat Pendidikan Biodiversiti Ulu Belum, Menjejak/mengesan hidupan liar, melawat sira/jenut gajah, melawat perkampungan orang asli, junggle tracking, water confident, berkayak, night walk, orienteering dan rentis halangan. Kami juga memasak makanan sendiri.





Sememangnya, Kelab UNESCO STAR merupakan sebuah kelab yang aktif. Jika tahun lepas, Kelab UNESCO melawat Sarawak, tahun ini kami ke Ulu Belum. Diharapkan jawatankuasa baru yang akan dilantik tahun hadapan dapat merangka program sebegini pada tahun hadapan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, March 5, 2009

SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut.

Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.

Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.


Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, March 1, 2009

KREATIVITI ARKITEK MUDA STAR

Sesuatu yang cukup menarik apabila membincangkan tentang Sukan Tahunan STAR adalah khemah. Hampir 7 tahun berkhidmat di sini, saban tahun warga STAR dihidangkan dengan penampilan khemah-khemah rumah yang cukup menarik dan penuh dengan kreativiti. Idea-idea segar dari 'arkitek' muda STAR seringkali memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga STAR. Tidak keterlaluan jika dikatakan KOT tidak lengkap tanpa adanya khemah rumah-rumah, ibarat kopi tanpa gula. Tidak keterlaluan, khemah rumahlah yang membezakan antara KOT STAR dengan sekolah-sekolah yang lain. Kejituan semangat dan kerjasama ditunjukkan oleh pimpinan rumah sukan yang rata-rata ditunjangi oleh pelajar tingkatan 5 bertungkus-lumus memastikan kejayaan rumah masing-masing. Saban hari bersengkang mata, memerah keringat, otak dan tenaga bagi memastikan rumah masing-masing muncul sebagai juara. Pada tahun ini RED HOUSE didirikan dengan temanya RED ROMEO. GREEN dengan konsep ala kampung, BLUE pula dengan konsep tradisi iaitu istana atau ROYAL BLUE. Pada tahun ini BLACK tampil dengan imej pahlawan iaitu BLACK SPARTAN manakala WHITE dengan konsep WHITE WIZARD. Akhir sekali YELLOW dengan konsep RUMAH CHINA. Akhirnya keputusan penuhnya:

1) BLACK
2)YELLOW
3)GREEN
4)BLUE
5)RED
6)WHITE




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE - 53

Buat kesekian kalinya, WHITE terus mendominasi tahta juara Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) STAR kali ke- 53. Untuk rekod WHITE berjaya mencatat kejayaan hatrik bermula tahun 2007-2009. Tahniah diucapkan kepada semua putera2 WHITE dibawah pimpinan Puan Abidah binti Sarajul Haq dan Saudara Ahmad Rijaluddin bin Halmi Shari selaku house captain. KOT ke-53 dimulakan dengan perbarisan oleh kontijen-kontijen rumah yang diketuai oleh house captain masing-masing. Perbarisan ini diiringi oleh pasukan pancaragam STAR. Seterusnya majlis perasmian yang disempuarnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara. KOT ke-53 telah berlangsung dengan begitu meriah dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Berikut keputusan penuh KOT ke- 53 Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh.

Juara Keseluruhan: White
Naib Juara : Red
Tempat ke-3 : Black
Olahragawan : Hafizi Ismail (White)
Johan Individu Kelas A :Hafizi Ismail (White)
Johan Individu Kelas B : Muhammad Zaunul Hakin (Black)
Johan Individu Kelas C : Afif Izzat Syazwan (Black)
Johan Perbarisan : Yellow
Johan Hiasan Khemah : Black
Johan Sukantara : White



Kontigen Black

Kontijen RED dan maskot


Peserta 100 meter akhir kelas C

Tetamu kehormat diperkenalkan kepada kontijen GREEN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget