WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 24, 2009

JADI TUKANG GUNTING


Pagi tadi inspection di asrama telah digantikan dengan spot check kekemasan diri di gelanggang basket ball. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar telah dikumpulkan dan taklimat diberikan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Azmi Mat Saat dan Encik Zaidi Basir. Dalam taklimat yang diberikan, seperti biasa beliau menasihatkan para pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Dalam spot check yang diadakan, beberapa orang pelajar telah ditahan kerana tidak memiliki  name tag, lencana, berambut panjang serta memiliki janggut dan misai.

Seperkara yang menarik berkaitan inspection Ahad, sebenarnya tujuan utama diadakan adalah untuk memastikan para pelajar bersedia dengan pelbagai kelengkapan persekolahan dan kelengkapan harian. Di sinilah para pelajar dilatih tentang kekemasan dan penampilan diri sebagai seorang pelajar SBP. Sewaktu  inspection diadakan para pelajar juga diwajibkan untuk memiliki segala keperluan diri, bagi mengelakkan para pelajar meminjam atau lebih teruk lagi, mencuri. Pelajar juga dilatih untuk memiliki sifat sayang pada tempat tinggal mereka kerana dorm, katil, bilik air, tandas danpersekitaran asrama dibersihkan seawal jam 7.00 pagi.

Apa yang pasti jika direnung semula, inspection merupakan asas kepada pembentukan pelajar yang berdisiplin. Inspection sehari ini lah sebenarnya yang akan dibawa semangatnya apabila para pelajar sudah keluar meninggalkan alma mater ini. Kekemasan, disiplin, kecintaan pada asrama akan dibawa bersama untuk kehidupan di luar sana. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 23, 2009

LAWATAN KERJA DATO' ALIMUDDIN MOHD DOM


Pada 22 Mei 2009 satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Ybg Dato' Haji Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke STAR. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Presiden STAROBA.

Sempena lawatan kerja ini satu perjumpaan bersama guru-guru diadakan di samping kehadiran AJK PIBG dan STAROBA. Dalam pertemuan ini, guru-guru, ibu bapa serta bekas-bekas penuntut (STAROBA) telah menyuarakan pandangan dan saranan bagi memantapkan kedudukan STAR di persada pendididkan negara. Selain itu juga satu keputusan dicapai di mana YB Presiden STAROBA telah berjanji untuk memulakan lobi kerajaan untuk program pembangunan semula keadaan fizikal STAR yang telah berusia 52 tahun. Beliau berjanji untuk menggunakan kedudukannya sebagai anggota Kabinet Kerajaan di samping sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Sebagai sebahagian daripada warga STAR, saya bersyukur kerana nasib STAR (fizikal) mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan.  Di darapkan kerajaan bersama motonya ; 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan, melihat sejenak masalah kekurangan kemudahan di STAR kerana di sinilah pemimpin dilahirkan. Semoga impian untuk melihat STAR 'bertukar wajah' akan terlaksana. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 20, 2009

PICCA SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU!!















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 16, 2009

BOWLING HARI GURU!



Sempena sambutan hari guru tahun ini, Kelab Guru telah menganjurkan pertandingan bowling bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Prade.. Huhu, maka bertandanglah guru-guru STAR dari sepandai-pandai main bowling seperti cg Shahnun (huhu poyo skit) kepadalah yang tak pernah memegang bola bowling seperti Ustaz Mokhtar..Semuanya bersemangat!!! Tak kira muda, lelaki, wanita mahupun geng-geng veteren. Cikgu Salwani yang baru 3 bulan melahirkan anak pun ikut serta, malah diangkut anaknya ke sana..Cewah, masing-masing nak menunjukkan kehebatan dan kejaguhan.

Sememangnya dengan mengadakan program seumpama ini ianya dapat mengeratkan hubungan sesama kami selain dari dapat melepaskan tekanan di tempat kerja. Ampang Superbowl dipenuhi dengan hiruk pikuk suara kami..haha, maka dapatlah kita tengok ada yang jadi juara longkang, ada yang dapat strike ada gak yang jatuh-jatuh sebab licin. Huh selepas berhempas pulas hampir 2 jam, akhirnya keputusan diumumkan..Cg Azhar (guru praktikum) muncul johan kateogori lelaki dan Cg Asmawati sebagai johan wanita...Aku?? huhu dapat juga menaiki podium di tempat ke-3. Ok lah tu...

Apapun, diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. Bukan apa, di sekolah banyak sangat beban kerja, sesekali dapat juga melepaskan tekanan..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, May 14, 2009

M-16


Huhu..seumur hidup aku, inilah pertama kali kali aku berpeluang untuk memegang dan seterusnya melepaskan tembakan menggunakan M-16..Latihan menembak yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk guru-guru kadet dan ahli-ahli kadet tidak kulepaskan. Seawal jam 8 pagi kami telah bertolak ke Lapang Sasar Sungai Siput menaiki trak polis..

Sebelum memulakan latihan menembak, kami telah diberikan penerangan serba ringkas oleh pegawai polis IPD Ipoh. Akhirnya,,pang!! Pertama kali aku melepaskan tembakan menggunakan senjata api betul (dulu selalu main tembal-tembak)..Walaupun banyak tersasar dari target, namun aku tetap berpuas hati. Keadaan sungguh bingit dengan bunyi dentuman M-16 yang memenuhi setiao penjuru lapang sasar tersebut.

Tiba-tiba, terdetik di hati kecilku...betapa rakyat Palestin, rakyat Iraq, saban hari dihujani peluru berpandu, tembakan mortar, meriam dan sebagainya. Bagaimana agaknya mereka semua menghadapi keadaan ini..sedangkan aku walau baru sekejap menahan telinga dari hiruk pikuk dentuman M-16 sudak tidak tahan..Lantas keadaan ini membuatkan aku bersyukur kerana dianugerahi sebuah negara yang aman dan makmur.. Minta dijauhkan dari segala musibah peperangan yang akan menghancurkan negara dan rakyatnya..Nauzubillah!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 13, 2009

Peristiwa 13 Mei masih releven.....

Bagi generasi muda, tarikh 13 Mei 1969 itu hanyalah tarikh biasa tanpa ada tercoret apa-apa peristiwa penting dalam sejarah negara. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tarikh ini adalah satu titik hitam bagi sebuah negara muda dan majmuk seperti Malaysia. Mereka yang sudah menjadi pemuda dan dewasa pada tarikh tersebut mungkin akan sentiasa terpahat di dalam ingatan dan kadang kala ngeri dan menakutkan jika mengenangkan kejadian pertumpahan darah antara kaum yang berlaku di Kuala lumpur.
Setelah 40 tahun berlalu, negara bangsa yang dibina selepas peristiwa itu telah memacu negara ke satu peringkat negara membangun yang termaju di Asia.Melalui Dasar Ekonomi Negara (DEB) kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.Berbalik kepada peristiwa itu, negara yang baru mencapai kemerdekaan hanya 12 tahun pada tahun 1969 begitu muda untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks dan pelbagai. Pelbagai masalah yang ditinggal penjajah melalui dasar 'pecah dan perintah' menjadikan rakyat negara ini tidak mempunyai ikatan kukuh sebaliknya dibayangi dengan prasangka perkauman yang subur.Ramai yang beranggapan, untuk apa kita mengwar-warkan saban tahun peristiwa ini sedangkan ianya sudah lama berlalu. Malah generasi muda yang tidak tahu apa-apa pun sekarang sudah tahu tentang peristiwa hitam itu. Ada yang berpendapat peristiwa hitam itu perlu disimpan kemas supaya kita menerima yang sudah berlaku itu biarlah berlalu.
Namun kita tidak boleh menipu sejarah. Sama ada itu sejarah baik atau sejarah buruk ia tetap menjadi lipatan sejarah dan banyak pengajaran yang boleh kita kutip sebagai rujukan dan panduan pada hari ini. Menurut Utusan Malaysia- Pakar sejarah Datuk Dr.Ramlah Adam memberitahu bahawa tragedi 13 Mei itu sangat relevan di dalam panduan serta iktibar berdasarkan situasi semasa. Malah katanya lagi, Tragedi 13 Mei tidak seharusnya disekat untuk dibicarakan. Rakyat terutama generasi muda perlu diberi pemahaman mengenai punca dan natijah peristiwa tersebut.Peristiwa 13 Mei 1969 berlatarbelakang kan kepada peristiwa pilihanraya 1969 yang menyaksikan buat kali pertama Perikatan gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen disamping kalah teruk di Selangor yang menjadi 'tuan rumah' berlakunya tragedi tersebut. Provokasi yang berterusan oleh DAP terhadap orang Melayu antara faktur serta merta tercetusnya peristiwa pahit seolah-olah kejadian itu memang tidak boleh dielakkan lagi.Provokasi yang menghina berikutan kemunduran dan kemiskinan orang Melayu di tanah airnya sendiri adalah punca tercetusnya secara serta merta peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak nyawa.
Orang Melayu yang memang serba kekurangan dan ketinggalan dalam pelbagai bidang berasa terhina kerana baru hanya 21 tahun(1948) kaum pendatang itu telah diberikan kewarganegaraan percuma dan baru 12 tahun mencapai kemerdekaan 1957, mereka telah bersikap bongkak, sombong dan angkuh kepada penduduk pribumi yang telah terlalu banyak bertolak ansur kepada golongan pendatang.Di kala orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan dan pembahagian kek ekonomi yang tidak dibahagi sama rata maka berlakulah jurang kehidupan yang semakin melebar. Sudahlah miskin, dihina lagi di tanah air sendiri benar-benar mencabar kesabaran sesiapa pun mengikut fikiran normal manusia biasa.
Sekarang ini api kemarahan itu umpama 'api dalam sekam' dan menunggu saat getir sahaja untuk berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.Maka sebab itu, pada hari ini 13 Mei 1969 itu sangat relevan untuk dibicarakan semula secara serius supaya hal-hal yang sama berlaku 40 tahun dahulu dapat dielakkan. Peristiwa itu tidak mustahil akan berulang semula jika peraturan undang-undang dan perlembagaan tidak dipatuhi. Tindakan pencegahan kepada isu politik semasa, wajar dilakukan oleh pemerintah bagi menjamin keselamatan rakyat. Kementerian Dalam Negeri perlu lebih tegas untuk mengambil tindakan kepada sesiapa yang sengaja membuat provokasi dengan tujuan untuk menghasut dan membuat kekacauan. Sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) patut digunakan, gunapakailah akta tersebut terhadap mereka yang sering menimbulkan keresahan dan kebimbangan rakyat agar kestabilan negara dapat dinikmati.
Akhir kata, bacalah sejarah pahit ini, 13 Mei 1969. Carilah kebenaran fakta, buat rumusan, fikirkan secara rasional dan kajikan apakah punca dan natijah terhadap peristiwa ini. Mahukah kita peristiwa itu berulang semula? Jika 'ya' teruskan membuat provokasi politik yang melampau, nescaya bencana yang lebih besar bakal menanti. Kali ini setelah 52 tahun merdeka, jika berlaku juga ,segala kebaikan yang telah dibina untuk negara selama ini akan lebur sekelip mata.
Dipetik dari:segalanyamungkin.blogspot.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, May 8, 2009

SURAT SEORANG IBU

Klip video ini aku amek dari blog xstudent aku...banyak pengajaran dari klip ini...memang betul kadang2 bila dah di alam kerjaya  kita selalu lupa orang tua kat kampung...

video

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, May 7, 2009

Semua sudah GILA!!


PERKEMBANGAN mengenai kekecohan dan keanihan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak barang kali tidak boleh disifatkan ianya sebagai gila sebab semua yang ada dalam dewan itu waras belaka. Buktinya kalau kesemua wakil rakyat di dalam Dewan itu gila atau hilang akal mereka tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum lalu. Secara logik dan amalannya mereka adalah waras sebab kalau mereka hilang akal kesemua mereka tidak akan dibenarkan bertanding. Sebab mengikut Perlembagaan negara mereka yang gila hilang kelayakan untuk jadi wakil rakyat.


Namun dengan kekecohan yang berlaku hari ini bolehkah kalau dikatakan kesemua mereka mulai gila sejak jam 6:00 pagi tadi dan semakin menjadi-jadi gilanya menjelang tengah hari ini! Bayangkan di dalam DUN Perak kini ada dua Spekaer, S Sivakumar, speaker yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini dan Ganesan, speaker baru yang dilantik oleh kerajaan sekarang.

Dua persidangan juga berlaku. Satu persidangan dipimpin oleh S Sivakumar dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong kemudian diganti Genesan setelah Genesan dipilih menjadi speaker.

Paling gila juga, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan sidang dewan jam 10:00 tadi terpaksa menunggu di bilik menanti di Raja sebelum mendapatkan isyarat untuk merasmikan sidang dewan.Dikatakan baginda terpaksa menunggu sehingga 5 jam di Bilik Di Raja.

Pertama kali berlaku dalam sejarah negeri Perak Sultan terpaksa menunggu untuk merasmikan sidang dewan kerana ada gangguan dan kekacuan. Memang semuanya sudah GILA..GILA kuasa sebenrnya!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sesekali Buat Rombongan Seronok Juga!!

Sempena cuti Hari Buruh dan cuti hujung minggu yang lepas, aku berkesempatan membawa seramai 32 orang pengawas untuk mengadakan lawatan "benchmarking" ke Kelantan dan Terengganu. Tujuanya selain untuk menghilangkan tekanan menjadi pemimpin pelajar ditambah dengan tekanan akademik, ianya sebagai satu usaha untuk melihat pengurusan kepimpinan pelajar di sekolah-sekolah lain.


Kami berpeluang mengadakan sesi dialog dengan SBPI Batu Rakit, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu.
Kadang-kadang mereka sudah rasa hebat dan selesa berada di sekolah sendiri. Rasa diri yang terbaik. Atau lebih tepat lagi rasa 'syok sendiri', tanpa menyedari bahawa terdapat banyak lagi sekolah yang hebat, hatta sekolah harian biasa pun. Contoh terdekat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher.


Selain mengadakan sesi dialog, kami sempat juga melawat beberapa tempat menarik seperti Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Melawat Sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam selain mengadakan program bersama STAROBA Terengganu. Kami juga sempat mengadakan BBQ di tepi Pantai Tok Bali, iaitu di Sweet Beach Resort. Selain itu juga, satu perlawanan bowling diadakan di KB Mall Bowling Centre.

Diharapkan program seumpama ini dapat membantu para pemimpin pelajar STAR untuk lebih komited dan cemerlang dalam kerja buat mereka.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 6, 2009

SAYANGILAH IBU (Selamat Hari Ibu)



Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

Bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada ???

Sayangilah mak selagi mereka masih ada!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Antara Artis, Doktor dan Guru


ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.
Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KLUSTER??? Syukur Alhamdulillah!!!


Huh lastly our alma mater dapat gak KLUSTER..Semalam 5 Mei 2009, surat yang ditandatanani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Alimudin bin Mohd Dom mengesahkan STAR telah diiktiraf sebagai sekolah KLUSTER.Usaha yang dimulakan dari zaman Haji Jamludin akhirnya menjadi realiti.  Seingat saya pemilihan STAR bersama sekolah-sekolah lain merupakan 'batch' yang ke-3. Tak kisahlah, batch keberapapun, yang penting title KLUSTER tu sebenarnya yang diinginkan..Tak tahulah apa pandangan warga sekolah, sama ada gembira atau tidak..atau tak der perasaan langsung.

Yang pasti bila dapat title KLUSTER, akan dapat peruntukan sebanyak setengah juta..banyak tu, dapatlah bernafas skit. Tambahan pulak, zaman sekarang ni, yuran pun tak leh kutip lagi, nun bulan Jun baru dapat kutip. Susah betul nak menghidupkan aktiviti sekolah..Hatta sport day pun tahun ni tak de medal.Tak ke gila..Tapi ada gak yang penatnya, kata kawan-kawan setiap minggu ada je program kena buat, ada je orang yang akan datang melawat..maklumlah duit setengah juta bukan sket nak dihabiskan..Takpe, yang penting anak-anak STAR yang dapat faedah..kami para pendidik tak der apa pun..yang pasti akan terus jadi 'juruletih', bukan jurulatih.Hahaha. Apapun tahniah untuk semua!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, May 4, 2009

UIAM...Kami Pasti Kembali Lagi!!

Kesayuan jelas terpancar pada wajah para pendebat Bahasa Melayu dan seluruh penyokong STAR apabila gagal membawa pulang Piala Tun Seri Lanang ke bumi Ipoh. Dengan usul "Undang-undang Jalan Terbaik Mengatasi Masalah Keruntuhan Moral" STAR yang bertindak sebagai pembangkang gagal meyakinkan panel hakim dan tewas kepada SM Agama Al-Hidayah, Johor Bharu dalam pentas akhir Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seluruh dewan juara-juara menjadi saksi kehebatan para pendebat STAR mematahkan hujah pihak lawan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan STAR.

Para pendebat STAR bergambar bersama YB Dato' Saifudin bin Abdullah Tim Menteri Pengajian Tinggi dan Rektor UIAM

Sesuatu yang menarik, STAR sudah tiga tahun menjejakkan kaki ke pentas akhir sejak tahun 2007. Bagi pendebat-pendebat Bahasa Melayu inilah kali pertama peluang terbuka ke pentas final setelah dua tahun berturut-turut pendebat Bahasa Inggeris berjaya ke final iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Sesungguhnya nama STAR tetap harum dan mempunyai tempat tersendiri dalam arena perdebatan sekolah-sekolah Malaysia.

Pada tahun ini, Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Malaysia menyaksikan pertambahan bilangan sekolah iaitu sebanyak 98 sekolah. Pertandingan ini dianggap paling berprestij kerana menghimpunkan semua aliran persekolahan dalam satu pertandingan debat. Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah harian biasa serta sekolah swasta berhimpun selama enam hari bagi beradu kekuatan minda serta ketinggian intelek dalam merebut trofi kejuaraan.

Walaupun tewas dalam pertandingan akhir, STAR turut berbangga apabila Saudara Asyraf dipilih sebagai pendebat terbaik final, manakala Saudara Azri dan Saudara Faizs masing-masing dipilih sebagai pendebat ke-8 dan ke-4 terbaik keseluruhan daripada 400 pendebat. Manakala Saudara Azam mendapat tempat ke-3 dalam kateogori Bahasa Inggeris. Kejayaan yang dicapai tidak akan hadir tanpa usaha gigih, penat lelah dan air mata dari semua pihak. Sekalung apresiasi buat semua ; Puan Noridah selaku tulang belakang utama yang sentiasa menanamkan semangat STAR boleh, Mr Shahnun, Arinn, Farid, Bebet, Fatiehah, Salehuddin yang sentiasa menemani , Siraj, Acap, Paman, Azeri, Faizs, Kuchai, Riduan, dan semua team debat BM STAR...tanpa anda kejayaan ini tidak akan hadir.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LAWATAN KELAB GURU KE INDONESIA

Pada 18 hingga 20 April yang lalu, Kelab Guru STAR telah menganjurkan lawatan ke Bukit Tinggi dan Padang, Indonesia. Lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti tahunan Kelab Guru bagi merapatkan silaturrahim sesama mereka setelah bertungkus lumus mendidik anak-anak bangsa.

Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah melawat Air terjun Lembah Anai, membeli belah di Annisa Emboroidery and Songket, melawat sekitar Pasar Gadang serta menyaksikan pertunjukan tarian Minangkabau. Kami juga sempat mengunjungi Rumah Gadang Minangkabau di Pusat Budaya Minangkabau. Menariknya kunjungan ke tempat tersebut, kami didedahkan dengan kehidupan masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan Adat Perrpatih. 

Keesokan harinya lawatan diteruskan  ke Perusahaan Tenunan Hajah Rosma, di mana kami berpeluang untuk melihat sendiri secara dekat bagaimana tenunan tudung, kebaya, kerudung yang begitu terkenal di Bukit Tinggi dilakukan. Perjalanan diteruskan ke kaki gunung berapi di Tabek Patah, iaitu kawasan perusahaan membuat kopi dan pisang salai. Sepanjang perjalanan kami melihat bagaimana suburnya pertanian di Tabek Patah kerana terletak di lereng gunung berapi.  

Selepas itu, kunjungan diteruskan ke Istana  Lindung Bulan untuk melihat tinggalan kerajaan berja di Bukit tinggi. Akhirnya perjalanan diteruskan ke Padang dan mengambil masa hampir tiga jam. Di Padang kami berkesempatan merasai telur penyu di Pantai Padang dan Jamabatan Siti Nur Baya. Hari terakhir kami berpeluang melawat sekitar Bandar Padang yang kaya dengan tempat-tempat menarik. 

Diharapkan kunjungan sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan bagi mengisi aktiviti Kelab Guru selain ianya dapat mengeratkan perhubungan sesama guru.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget