WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 30, 2009

KETENTUAN


Pagi tadi aku dan rakan2 telah menziarahi seorang rakan di Kangar, Perlis.
Hampir seminggu sakit aneh.
Sedih melihat ibunya menangis.
Sedih juga melihat wajahnya yang naif.
Sedih lagi melihat semuanya hilang kawalan.
Di mana sahabat, matamu yang cantik?
Di mana teman senyumanmu yang manis?
Di mana rakan tuturmu yang lembut?
Tetiba hati teringat.
Pada Dia Pencipta.
Semua berlaku ada hikmahnya.
Hari ini harimu wahai kawan.
Esok lusa mungkin giliran kami pula.
Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan-Nya!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, June 29, 2009

THE MALAY COLLEGE YOUTH DEVELOPMENT SUMMIT 2009





The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) buat kali kedua telah menganjurkan The Malay College Youth Develepment Summit, setelah acara yang sama dianjurkan buat pertama kali pada tahun lepas. Program ini berlangsung pada 22-28 Jun 2009.Sebagai guru yang bertanggungjawab menguruskan Lembaga Pengawas, saya telah memilih Aiman, Azri dan Alimin untuk mewakili STAR ke persidangan tersebut. Seperkara yang menarik program ini menghimpunkan para peserta dari dalam dan luar negara. Antara negara-negara yang terlibat adalah Malaysia sebagai tuan rumah, Australia, KoreaSelatan, Thailand, Pakistan, India, Singapura dan Filipina. Sebagai sebuah SBP terulung di Malaysia kemampuan MCKK menganjurkan persidangan peringkat antarabangsa sememangnya mendapat pujian ramai pihak.

Antara program yang dianjurkan sepanjang berlangsungnya persidangan ini adalah :

* Dialog kepimpinan bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad
* Lawatan ke Kementerian Pelajaran
* Ice breaking
* Welcoming Dinner
* Dialog
* Majlis Perasmian oleh Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kluster
* Forum
* Lawatan sekitar Kuala Kangsar
* Program Homestay di Bukit Gantang
* Permainan tradisional
* Persembahan Kebudayaan
* Speech Day
* Majlis Penutup




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, June 28, 2009

ANU DALAM BOTOL..Raja Azmi bikin kontroversi lagi!!!


Penerbit filem Kontroversi, Raja Azmi hari ini dalam kenyataannya di dalam akhbar Mingguan Malaysia menyatakan bahawa beliau tetap akan menerbitkan filem 'Anu Dalam Botol' yang bakal di arahkan oleh Shadan Hashim. Filem yang berkisarkan sebuah kisah cinta sejenis antara dua pasangan lelaki yang jatuh cinta antara satu sama lain dan demi cinta mereka, salah seorang daripadanya sanggup berkorban dengan membuat pembedahan pertukaran jantina yang akhirnya menimbulkan sebuah tragedi yang menyayat hati. Filem yang memaparkan konflik kehidupan penuh dramatik ini sebenarnya adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku dalam masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun judul filem ini akan ditukar kepada ..... Dalam Botol (Dot-dot Dalam Botol) selepas diarahkan oleh JAKIM untuk menukarkan tajuknya. Begitu juga dalam adegan-adegan asmara sesama jenis juga ditiadakan sebaliknya ditunjukkan melalui aksi-aksi artistik. Contohnya, adengan di mana pasangan sejenis baru turun dari katil dan akan kelihatan kondom yang terbuka diletakkan di atas katil. Raja Azmi dalam kenyataannya berkali-kali menyatakan filem ini merupakam medium dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya cinta sejenis.

Komen saya :

1)Banyak lagi rasanya cara dan medium berdakwah yang boleh digunakan oleh Raja Azmi untuk menyebarkan syiar islam dan dakwah!!

2)Mampukah filem yang hanya mengambil masa dua jam memberi dakwah kepada penonton..sedangkan dalam sistem pendidikan pun, kelihatan gagal menyemai mesej2 murni dan agama kepada pelajar walaupun dalam tempoh yang begitu lama.

3)Kita seolah-olah menggalakkan masyarakat untuk meminati kecelaruan jantina ini, meski mungkin dalam realiti kehidupan kita perlu menerima hakikat tentang kewujudan golongan sedemikian. Bukan tujuan untuk mendiskriminasi, tetapi rasanya tidak perlulah kita membenarkan pembikinan filem cinta sejenis ini, kerana umumnya walaupun tidak ditonjolkan dalam filem, kita sudah mengetahui kehidupan mereka.

4)Saya melihat Raja Azmi sememangnya sengaja menimbulkan kontroversi untuk menjual filemnya (sebelum ini kesemua filem beliau gagal di pasaran)

5)Ramai artis2 yang berebut-rebut menjalani ujibakat..Apabila ditanya semuanya kerana inginkan kelainan watak..Haha, tapi yang hadir semua dilihat punyai sejarah dikaitkan dengan cinta sejenis. Sapa nak jawab tu?? haha.. Bimbang jika watak-watak ini menjadi ikutan golongan remaja.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, June 24, 2009

SEMARAK KEJAYAAN PANITIA BAHASA MELAYU


Semarak aktiviti dan kejayaan Panitia Bahasa Melayu dalam pertandingan ko-akademik diteruskan oleh pasukan Pantun dan Bahas STAR. Berlangsung serentak pada tarikh yang sama, pertandingan pantun peringkat negeri Perak dan Debat Piala Naib Canselor HEP UKM telah diadakan pada 19-21 Jun 2009. Aku dan mentorku, Puan Noridah Ramlan telah berpisah kali ini. Aku ke Kuala Kangsar manakala Kak Idah kali ini keseorangan ke UKM. Bertekadkan untuk cuba mencapai kejayaan bagi membuktikan kesinambungan kejayaan yang sering diberikan oleh Panitia Bahasa Melayu kepada STAR khususnya.

Dalam pertandingan pantun yang berlangsung di SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar STAR telah mewakili Daerah Kinta Utara, kembali lagi pada tahun ini untuk cuba merebut kejuaraan dari juara tahun lepas , SMK Alang Iskandar. Pertandingan pada tahun ini semakin mencabar kerana terdapat 50 tema yang perlu disediakan. Dan pelajar hanya diberikan masa selama 60 saat untuk mencipta pantun. Dalam pusingan pertama, STAR bertemu SMK Raja Perempuan Kelsom yang mewakili daerah Kuala Kangsar dan Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Kinta Utara. Seterusnya melayakkan STAR ke peringkat Suku Akhir bertemu SMK Hutan Melintang yang mewakili daerah Hilir Perak. Nasib juga memihak kepada pasukan STAR dan melayakkan diri ke separuh akhir bertemu SMK Khir Johari yang mewakili daerah Batang Padang. Akhirnya, berkat latihan berterusan STAR berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Di peringkat akhir, STAR sekali lagi dipertemukan dengan wakil Krian iaitu juara 4 tahun berturut-turut, SMK Alang Iskandar. Azam yang membara untuk bergelar juara dan merampas Piala Sirih Pulang ke Gagang ditunjukkan oleh putera-putera STAR. Namun nasib tidak meyebelahi kami apabila daerah Krian sekali lagi dinobatkan sebagai juara. Namun, sekalung tahniah buat Affan, Akramin dan Asraf yang telah memberi tentangan sengit kepada SMAI.

Di Bangi, pasukan debat yang telah menduudki tempat ke tiga pada peringkat liga dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir bertemu Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba. Perdebatan berlangsung atas usul "Penggunaan Internet Perlukan Kawalan" dengan bertindak sebagai kerajaan. Alhamdulillah, dengan margin 4, juri 3-0, STAR berjaya mengalahkan MRSM TGB. "Pelajar Samseng Perlu Dibuang Sekolah" begitulah usul yang mempertemukan STAR dengan SMAP Kajang di peringkat separuh akhir. STAR bertindak sebagai pembangkang, dengan margin 2.3 tetapi dengan juri 3-2, usul telah memihak kepada STAR untuk melangkah ke perlawanan akhir. STAR sekali lagi ke pentas juara, tetapi kali ini akan berdebat dengan pasukan yang agak kuat, iaitu Sekolah Seri Puteri. Usul yang diperdebatkan berbunyi “Generasi muda tidak patriotik” dan STAR diundi bertindak selaku pihak kerajaan. Hasil perdebatan, dengan juri 8-3, margin 2.67, STAR telah berjaya akhirnya mengalahkan SSP di pentas final.

Al-hamdulillah kejayaan yang dicapai oleh pasukan pantun dan debat STAR tidak hadir begitu mudah. Mungkin ada orang di luar sana cuba memandang sinis dengan kejayaan ini kerana pada sesetengah pihak, mereka lebih mengutamakan kejayaan sukan. Namun harus diingatkan, kemampuan dan kebolehan pelajar tidak sama. Rasanya ada juga sumbangan Panitia Bahasa Melayu terhadap kejayan STAR dan seharusnya mereka diberi ucapan tahniah. Apapun, tahniah kepada semua yang terlibat. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk seterusnya menawah gelaran juara Pidato Piala DiRaja yang akan bermula pada Julai nanti!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, June 12, 2009

GURU LELAKI SEMAKIN PUPUS


Kementerian Pelajaran akan mencari kaedah terbaik, termasuk kemungkinan memberi sedikit kelonggaran dalam pengambilan guru lelaki sebagai langkah menarik minat golongan itu menyertai profesion perguruan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, jika langkah itu dilaksanakan, tempoh kursus yang perlu dihadiri mereka mungkin akan dilanjutkan atau ditambah bagi mengelak kelayakan dimiliki guru lelaki dipersoalkan.

"Saya bukan katakan untuk turunkan gred kelayakan pengambilan guru, cuma mungkin ada sedikit kelonggaran untuk mengambil golongan lelaki yang kurang kelayakan bagi menyertai bidang perguruan.

"Malah, beberapa tindakan lain juga boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran mereka termasuk memperkenalkan insentif tertentu, demi merapatkan jurang nisbah antara guru lelaki dan perempuan di negara ini.

"Ini bukan soal diskriminasi atau berlaku adil kepada mana-mana jantina. Bagi saya, nisbah guru lelaki iaitu 20, berbanding 80 guru wanita di negara ini suatu yang agak membimbangkan dan perlu diambil kira," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Kilim Geo-Forest Park, di sini, semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman dan keluarga.

Semalam, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan penyertaan lelaki termasuk bukan Melayu dalam profesion perguruan.

Aminah dilaporkan berkata, UPSI melahirkan kira-kira 3,500 bakal guru sekolah menengah setiap tahun, bagaimanapun hanya satu perlima adalah bukan Melayu dan 23 peratus daripadanya lelaki.

Muhyiddin berkata, keperluan kepada guru lelaki di negara ini adalah tinggi, terutama dalam menempatkan guru ke lokasi terpencil atau pedalaman.

"Kita tidak boleh hantar guru perempuan ke pedalaman kerana ia sukar. Saya tidak kata guru perempuan tidak layak kerana mereka lakukan tugas dengan baik selama ini," katanya.

Mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), Muhyiddin berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat bagi menerangkan kedudukan terkini isu berkenaan.

Beliau berkata, ia meliputi kedudukan dan pendirian kementerian berhubung isu berkenaan, selain hasil kajian terkini pihaknya berdasarkan maklum balas diterima.

"Saya sedar ada yang menyokong dan ada yang tidak. Bagaimanapun, kami di kementerian mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, June 11, 2009

MARKING OH MARKING!

Seperti biasa, tugasan masa cuti terus menghantui ketenangan cuti sekolah ni. Adoi, paper BM 4R belum habis ditanda lagi. Argh!!!! cuti sekolah dah tinggal 4 hari lagi, tapi papar 2 belum mula lagi. Inilah sebenarnya tugas2 guru mahupun lecturer. Sentiasa sibuk menanda kertas pelajar. Ya lah! Kalau tak ditanmda macam mana nal menilai pelajar. hehe.

Bila mengadap kertas budak-budak ni, macam-macam hal ada. Ada yang tulisan mengalahkan doktor, ada yang salah soalan. Tapi kadang-kadang hanya tersenyum sendiri melihat gelagat-gelagat pelajar dalam menjawab peperiksaan. Macam-macam karenah. Yang nak menyindir kita dengan ayat-ayat mereka pun ada. Sekilas ikan di air, sudah tentu jantan betinanya kita tahu. Apapun ini tahun pertama aku mengajar BM menengah atas, kena pulak tu kelas yang paling best 4R. Adoi, sabar je lah. Tapi best juga mereka ni kelakar. Ada je benda nak digaduhkan dalam kelas.

Apapun aku berharap sangat dapat menyiapkan penandaan kertas ini sebelum cuti berakhir. Budak-budak ni yang dia tahu hari Isnin daorang nak markah. Ok. teruskan penandaan...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, June 9, 2009

RASIMA EXSPRESS!!




Semalam, aku seperti 5 tahun yang lampau, menjejaki semula Stesen Bas Jalan Hamzah untuk menaiki bas ekspress Rasima ke Ipoh.Sudah lama rasanya aku tidak menaiki bas berulang alik dari Kota Bharu ke Ipoh. Namun kemalangan pada bulan Mac lepas yang menyebabkan aku kehilangan Honda Cityky menyebabkan aku kembali ke asal. Wah mahal sudah tambang bas sekarang. Kalau dulu hanya sekitar RM 21 sekarang naik sehingga RM 33. Nak tak nak terpaksalah juga. Apa nak dikato!!Keadaan di stesen bas agak hiruk-pikuk. Lokasi stesen bas yang terletak di Jalan Hamzah bersebelahan KB Mall pada pandangan aku tidak berapa sesuai. Bas keluar masuk menyebabkan jalan di hadapan KB Mall jam teruk. Apatah lagi stesen bas yang kecil meyebabkan keadaan bertambah sesak. Tak tahulah kalau musim perayaan, mungkin lagi teruk.Apapun, alhamdulillah perjalanan ke Ipoh selamat menggunakan bas Rasima. Rasanya pihak pengurusan Rasima Express perlu memikirkan untuk menukarkan bas baru kerana keadaan bas yang sudah agak uzur. Aku sampai ke Ipoh pada jam 5.00 pagi dan Iqbal telah sedia menunggu aku di Medan Gopeng. Tq Iqbal..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, June 8, 2009

GRAND SLAM KE-14



Penantian yang diibaratkan satu penyeksaan buat pemain tenis No. 2 dunia, Roger Federer sudah berakhir apabila menjuarai Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain Sweden, Robin Soderling 6-1, 7-6, 6-4 semalam. Ia merupakan kejuaraan Grand Slam ke-14 buat pemain kelahiran Switzerland itu sekali gus menyamai rekod dengan pemain tenis tersohor, Pete Sampras.Federer, 27, yang pernah menjuarai Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat sebanyak lima kali serta tiga kali merangkul kejuaraan Terbuka Australia belum pernah menjuarai Terbuka Perancis sebelum ini dan pemburuannya berakhir semalam untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam.

Aksi awal Federer pada set pertama sudah membuktikan pemain dari Switzerland ini mempunyai azam yang tinggi untuk merangkul gelaran Terbuka Perancis apabila mendahului 4-0 pada set pertama.

Federer begitu senang dengan pukulan rendah untuk memerangkap Soderling, juga melakukan kesalahan berganda pada permainan pertama set pertama dan dilihat hilang keyakinan pada permainan ketiga dan keempat.Bagaimanapun pemain Sweden yang mendapat tunjuk ajar dari bekas pemain nombor dua dunia dan juga rakan senegara, Magnus Norman bangkit untuk mengutip satu mata menjadikan kedudukan 4-1 hasil pukulan servis yang cemerlang diikuti dengan pukulan potong dalam rali yang panjang.

Pengalaman yang dimiliki Federer membolehkannya memenangi permainan seterusnya untuk mendahului 5-1 dalam tempoh 19 minit berbeza dengan apa yang dilaluinya dalam perlawanan akhir kejohanan yang sama tahun lalu menentang Rafael Nadal.
Federer mengesahkan kemenangan set pertama 6-1 dengan melakukan pukulan kilas walaupun cuba diberi tentangan oleh Soderling melalui pukulan voli yang menuju tepat ke arah lawannya.
Soderling mula menunjukkan semangat melawan pada set kedua apabila berjaya mengikat Federer sebanyak enam kali dalam aksi kejar-mengejar mata sebelum tewas dalam aksi tie-break 7-6.

Sebelum merangkul mata pertama dalam set kedua, Federer melakukan kesalahan berganda tetapi diselamatkan dengan pukulan servis yang cemerlang tatkala Soderling berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melupakan kekalahan mudah di set pertama.
Bagaimanapun aksi set kedua itu diganggu dengan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam gelanggang ketika Federer mendahului 2-1, lelaki yang membawa bendera pasukan bola sepak Barcelona itu cuba untuk memakaikan topi merah kepada Federer tetapi ditolak sebelum dia berlari ke arah gelanggang Soderling dan ditangkap pengawal.

Hujan yang mula turun seakan memberi semangat buat Soderling apabila cemerlang dengan servis kencang yang dilakukannya untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Federer gagal memenangi sebarang pukulan.Federer berusaha sedaya upaya untuk mendahului permainan di set kedua apabila kembali mendahului 3-2 walaupun Soderling dilihat bertambah yakin dengan tahap permainannya.

Aksi mengejar mata berlaku sehingga permainan set kedua terikat 6-6 dan berlangsung ke tie-break dengan Soderling mula menunjukkan kepakarannya bermain di jaring manakala Federer pula berjaya melakukan pukulan rendah yang melintasi gelanggang.Bagaimanapun Federer tidak mempunyai masalah untuk memenangi permainan tie-break hasil pukulan rendah dan servis yang laju bagi memenangi set kedua 7-6 seterusnya mendahului 2-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di gelanggang Phillippe Chatrier.
ederer bermula cemerlang pada set ketiga apabila mendahului Soderling 2-0 dengan permainan mantap dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Grand Slam yang masih belum dimenanginya sepanjang kariernya itu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, June 7, 2009

KOPEK

Mungkin agak pelik bunyinya tajuk entri yang aku tulis kali ini. Tulah sebenarnya keindahan bahasa Melayu.Satu perkataan, membawa banyak makna. Dalam kes-kes tertetu, di sesetengah kawasan, perkataan yang digunakan boleh membawa huru-hara. Contohnya dalam kes perkataan KOPEK. Aku teringat satu cerita guruku yang baru pertama kali ditempatkan di Kelantan. Beliau ke pasar dan ingin membeli durian. Lantas setelah dibayar harganya, guruku itu telah menyuruh penjual durian (wanita tua) mengopek buah durian. Dialognya mudah sahaja, "Makcik, Kopek!!'.Lantas penjual durian yang sememangnya orang kampung yang tidak terdedah dengan makna lain  perkataan KOPEK, terpinga-pinga. Lantaran penjual itu menyangkakan guru tadi mencarut kerana maksud KOPEK dalam bahasa Kelantan ialah Tetek. Keadaan huru-hara berlaku apabila penjual durian tadi memarahi guru tersebut dengan kata-kata kesat. Makcik tersebut beranggapan guru aku mencarut kepadanya.


                                Ada berani, jom....

Berbalik kepada cerita KOPEK, rutin harian bila pulang ke kampung ialah mengopek kelapa. Sementelah kakak memiliki kedai makan dan mengusahakan perusaahan kuih-muih, maka banyak kelapa diperlukan. Makanya apabila pulang, aku akan diarahkan untuk membantu urusan mengopek kelapa atau dalam bahasa kelantannya : KOYOK NYO. Percaya atau tidak, untuk mengopek kelapa memerlukan kemahiran yang tersendiri. Sudah tentu sesiapa sahaja yang mencubanya buat pertama kalinya akan berpeluh. Namun bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa. Aku mampu untuk menghabiskan antara 20-25 biji dalam tempoh setengah jam. Abang aku pun tak terlawan. 

Memang benar, kehidupan moden sekarang menyebabkan ramai dalam kalangan kita sekarang sudah tidak pandai atau kurang mahir dengan pekerjaan yang diwarisi oleh orang tua. Kalau dulu, ada orang yang mengambil upah memanjat pokok kelapa, namun pada hari ini kerja-kerja tersebut diambil alih oleh golongan beruk. Jangan nanti, perangai pun dah jadi macam beruk..Anak-anak terutamanya di bandar sudah tidak didedahkan dengan perkara-perkara seperti kopek kelapa, parut, kukur dan perah kelapa kerana sekarang ni semuanya READY MADE(santan segera)  asal ada duit sahaja, ataupun yang paling senang beli sahaja lauk di kedai. Habis cerita.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, June 6, 2009

MALAYSIA'S 40 RICHEST

The richest Malaysians are:
RANK NAME NET WORTH ($MIL) AGE
1 Robert Kuok 9,000 85
2 Ananda Krishnan 7,000 71
3 Lee Shin Cheng 3,200 70
4 Lee Kim Hua 2,500 80
5 Teh Hong Piow 2,400 79
6 Quek Leng Chan 2,300 68
7 Yeoh Tiong Lay 1,800 79
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1,100 57
9 Tiong Hiew King 1,000 74
10 Vincent Tan 750 57
11 Azman Hashim 470 69
12 William H.J. Cheng 390
13 G. Gnanalingam 260 64
14 Lim Kok Thay 225 57
15 Anthony Fernandes 220 45
16 Mokhzani Mahathir 215 48
17 Lee Oi Hian 210 58
18 Chan Fong Ann 209 78
19 Kamarudin Meranun 20548
20 Chong Chook Yew 200 87
21 Chen Lip Keong 195 61
22 Lee Swee Eng 190 53
23 Jeffrey Cheah 185 64
24 Lim Wee Chai 180 51
25 Ahmayuddin bin Ahmad 175 52
26 Lee Hau Hian 174 55
27 Lau Cho Kun 165 73
28 Vinod Sekhar 150 41
29 Liew Kee Sin 140 50
30 Tiah Thee Kian 135 61
31 Rozali Ismail 130 53
32 Lin Yun Ling 115 54
33 Yaw Teck Seng 113 71
34 Goh Peng Ooi 112 53
35 Eleena Azlan Shah 110 49
36 David Law Tien Seng 105 NA
37 Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir 100 61
38 Hamdan Mohamad 98 53
39 Tan Teong Hean 95 65
40 Kua Sian Kooi 90 56


Dato' Mohzani Mahathir



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, June 5, 2009

ROGER FEDERER, IKON TERHEBAT TENIS DUNIA!



Pemain No. 2 dunia, Roger Federer  bakal meletakkan dirinya dalam kelompok pemain tenis terhebat dunia sekiranya menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Perancis tahun ini.Malah, peluangnya untuk menjadi pemain lelaki keenam yang berjaya menjuarai semua empat kejohanan Grand Slam semakin cerah apabila musuh utamanya yang juga juara bertahan, Rafael Nadal tersingkir pada pusingan keempat.
Begitupun, pemain Switzerland itu menegaskan, dia tetap berdepan dengan laluan sukar untuk menyamai rekod Pete Sampras yang menjuarai 14 kejohanan Grand Slam meskipun tanpa kehadiran Nadal.Federer semalam hanya dua langkah lagi ke perlawanan akhir apabila menewaskan Gael Monfils pada pusingan suku akhir 7-6, 6-2, 6-4. Dia bakal bertemu  Juan Martin Del Potro dari Argentina  pada pusingan separuh akhir. Menurut pemain berusia 27 tahun itu, sekiranya mara ke perlawanan akhir, dia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencatat kejuaraan pertama di Roland Garros.
Roger Federer tetap berada dalam kelas yang tersendiri dan antara pemain terhebat yang pernah dilahirkan dalam sukan tenis. Ayuh Federer!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, June 4, 2009

TEPUNG PELITA

Pulang bercuti ke kampung halaman memberi ruang untuk merehatkan minda dari pelbagai masalah di tempat kerja. Kali ini cuti persekolahan selama 2 minggu aku gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Kali ini aku nak bercerita tentang semangat usahawan orang kelantan. Ni kisah benar melibatkan anak buah aku yang baru berusia 16 tahun tetapi cukup ligat mengusahakan perniagaan kuih Tepung Pelita. Kalau di sebelah utara rasanya dikenali sebagai Limas.

Ibunya (kakak aku) mengusahakan perniagaan kedai makan di Hadapan Hospital Tumpat. Kesibukannya di kedai menyebabkan kerja-kerja membuat kuih diserahkan kepada anaknya. seawal jam 4.30 pagi anak buah aku telah bangun untuk bersaing bersama ibunya. Si ibu ligat memasak nasi lemak dan nasik belauk (popular sarapan pagi di Kelantan), manakala si anak tak kurang kalahnya memasak kuih tepung pelita.  Tatkala rakan-rakan seusianya sedang nenyak tidur, dia sudah bangun kerana pada pandangannya, untuk berjaya memerlukan pengorbanan. Satu hari hampir 500 tepung pelita berjaya disiapkan. Selepas itu, tepung pelita ini akan dihantar ke kedai-kedai makan dan Pasar Tumpat. Takterkejar aku melihat kelicikan anak buah aku ini berniaga. Selepas itu barulah dia bergerak ke sekolah.

Setiap tepung pelita dijual dengan harga 25 sen sebiji. Bayangkan sebulan berapa pendapatan dari perusahaan kecil-kecilan ini. Aku kira seorang anak gadis seusia dengannya, pendapatan 500 sebulan sudah dalam tangan. Begitulah semangat usahawan yang anak buah aku ini miliki. Begitu juga kalau ada tempahan dari orang kampung untuk majlis-majlis tertentu, dialah juga yang dicari oleh orang kampung. Aku juga tabik spring padanya, walaupun sibuk membuat kuih, pelajaran tidak dilupakan. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sambil mentelaah sempat lagi pada malam harinya anak buah aku ini menyiapkan sarung kuih Tepung Pelita dari daun pisang atau di Kelantan dikenali sebagai Mulung.

Begitulah serba sedikit kisah anak buah aku. Sememangnya dalam kalangan wanita-wanita Kelantan punyai semangat berniaga. Tak percaya datanglah ke Kelantan, yang berniaga semuanya golongan wanita.Sedangkan bapak-bapak dan ayah-ayah semuanya menghiasi kedai kopi.. Jangan marah!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, June 2, 2009

HKSBP ke-36


HKSBP kali ke-36 baru sahaja melabuhkan tirainya. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah berjaya menganjurkan HKSBP edisi ke-36 ini dengan berjaya. Walau ada sedikit kekurangan di sana sini, namun HKSBP tetap berjaya dilaksankan dan telah mengimpunkan warga SBP dari seluruh negara selama 6 hari. Sepertimana kelaziman, HKSBP saban tahun mengadakan pertandingan bahas Bahasa Melayu, Bahas Bahasa Inggeris dan pertandingan bola keranjang selain mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi mengiktiraf pelajar-pelajar, guru-guru dan SBP cemerlang pada tahun 2008. acara ini telah berlangsung dengan gilang gemilang di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan kehadiran Y.A.B Tan Sri Muhyidin bin Yassin, Tiimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

HKSBP tahun ini telah mencatatkan episod yang agak menyedihkan buat kontigen STAR apabila kesemua pasukan (BI, BM dan basketball) tewas. Pasukan Bahas Bahasa Melayu dan bola keranjang tewas di peringkat kumpulan, manakala Bahas Bahasa Ingeris tewas di peringkat suku akhir. Dua pasukan yang akan berentap di final Bahasa Melayu adalah Sekolah Menengah Sains Selangor dan SMAP Kajang mankala dalam kateogori Bahasa Inggeris menemukan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan Sekolah Seri Puteri. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2009 di PICC.

Dalam acara bola keranjang lelaki, satu keputusan yang mengejutkan telah berlaku apabila juara bertahan selama 5 tahun berturut-turut, The Malay College Kuala Kangsar telah tewas. SM Sains Kuching muncul juara setelah mengalahkan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) manakala dalam kategori perempuan, SSP berjaya mengalahkan Sekolah Tun Fatimah (STF).

Tahun 2009, HKSBP ke-37 akan bergerak ke Pantai Timur. Sekolah Menengah Sains Pasir Putih akan diberikan tanggungjawab yang besar sebagai tuan rumah. Jumpa lagi di Pasir Putih tahun hadapan!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget