WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 30, 2009

BUDAK DALAM NI..


Orang terlalu ramai di dalam sebuah bas. Tiba-tiba naiklah seorang wanita muda mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. "Encik bolehkah bagi saya duduk?? Saya berdiri tak apa, tapi budak dalam ni...". Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluarkan rokok dan menghisap rokok, lalu wanita itu itu berkata, "Encik, boleh ke encik tidak merokok? Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..." Lelaki itupun dengan tersipu membuang puntung rokok tersebut. Tetapi di dalam hatinya membara, geram betul pada wanita itu. Sudahlah terpaksa beri tempat duduk, ini dia boleh tegur pula aku yang ingin merokok. Fikiran lelaki itu ligat mencari idea macam mana nak kenakan wanita itu pula.

Kemudian, tiba-tiba angin bertiup maka terselaklah kain wanita itu, dan menampakkan pangkal pahanya yang putih melepak itu. Maka dengan spontan lelaki itu berkata, "Cik Puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh...."


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, July 27, 2009

MINGGU YANG MEMEMENATKAN



Pasukan Silat Cekak Hanafi STAR

Prefect STAR bergambar di hadapan bas ASIS

Salam buat semua. Huh agak lama aku tidak update blog..lebih kurang 6 hari yang lepas. Bukan apa, minggu yang agak sibuk dan memenatkan, namun berjaya dihadapi dengan perasaan gembira dan ceria. Kata orang, kalau kerja banyak, relaks sahaja, selalu senyum dan happy supaya tekanan kerja dapat dialihkan. Hurm, apa yang penatnya ek..Ini merupakan jadual penuh aku seminggu.

1. Of course lah mengajar..5 hari seminggu..satu hari jadual Isnin balik kul 5.oo petang.

2. Melatih dan seterusnya mengiringi pelajar ke Pertandingan Pidato Piala Di Raja Daerah Kinta. Alhamdulillah title johan dalam genggaman. Tahniah Hakim dan Kak Idah.Perjuangan diteruskan ke peringkat Negeri Perak.

3. Program Panitia pada hari Selasa dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

4. Mesyuarat Kurikulum Bil3/2009

5. Pentaksiran kerja Kursus Sejarah PMR dari Pentaksir kawasan..Penat 107 skrip mau tanda.

6. Perlawanan persahabatan Bahas Ala Parlimen bersama SMK Anderson jam 8.30 malam pada 24 Julai 2009.

7. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pada 25 Julai 2009. Tajuknya Kajian tindakan serta ICT dalam P&P.

8. Lawatan Penanda Aras Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) ke STAR pada 25 Julai 2009.

9. Mengiringi pelajar ke UKM menyertai Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Ustaz Hanafi dari 25-26 julai 2009.

Rasanya inilah antara minggu paling penat untuk dihabiskan. Alhamdulillah semuanya berjalan denganlancar seperti yang dirancangkan..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 21, 2009

ASRAMA PENUH ATAU SEKOLAH HARIAN??



Hari ini aku membawa pelajar menyertai Pertandingan Pidato Piala Di Raja peringkat Daerah Kinta Utara di SMK X..Alhamdulillah Abdul Hakim Maiden menjadi johan daerah dan akan mewakili daerah ke Peringkat Negeri Perak nanti. Tahniah diucapkan buat "Bapak" (panggilan manja Hakim) dan Puan Noridah. Saingan sengit sekali dari peserta-peserta yang mengambil bahagian. Namun, bukan itu yang ingin dikongsikan pada kali ini, tetapi pengalaman menarik berada di SMK X tadi yang ingin dikongsikan.

Hurm, keadaan SMK X amat berbeza sekali dengan sekolah aku. Maksudnya dari segi perlakuan, adab belajar, keadaan kelas, penampilan sememangnya jika dibandingkan seperti langit dengan bumi. Bila melalui kelas-kelas SMK X, aku ternampak seorang guru perempuan sedang memarahi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Rasanya pelajar Tingkatan 2. Dibawanya rotan bagi menggertak pelajar tersebut. Tiba-tiba aku terkejut kerana pelajar yang berada di hadapan keluar semata-mata nak bersalam dengan aku. Wah, macam artis pulak..Kenapa perlu aku disalami?? Baik sungguh budak ni. Lawak betul..Guru berada di dalam kelas, tapi boleh keluar macam tu je. Bersalaman dengan orang yang tak dikenali. Agaknya budak tadi mengalami masalah mental kot.

Bila melalui kelas yang lain (waktu pertukaran guru) tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki menarik tudung pelajar perempaun. Aduh, habis terjatuh tudungnya, dan membuatkan pelajar perempuan tersebut naik hangin. Pelajar lelaki tersebut dikejarnya dengan kotak pensel sambil menyumpah seranah. Satu kelas riuh melihatkan adengan tersebut. Akhirnya pelajar perempuan tersebut berhenti dan menangis. Maka adengan melalak pula mengambil tempat.Macam-macam lah.

Aku perhatikan pelajar lelaki ramai yang berambut panjang. Ada antara mereka yang dengan selamba memakai selipar jepun ke sekolah (ingat pergi jamban ke)..Yang tak memasukkan kemeja ke dalam seluar usah cakaplah. Hurm, beginilah keadaan sekolah harian ya. Baru terfikir betapa selama ini mengajar di SBP jauh lebih baik. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi kata orang lah (Cg Adham Imtiyaz) cakap mengajar di pedalaman lebih seronok. Mungkin juga SMK X ni sekolah bandar kot.

Apa yang pasti ada pro dan kontranya mengajar di mana-mana pun. Macam di SBP, kami dibebankan dengan aspek kecemerlangan. Semua pelajar yang keluar dari SBP mesti dibekalkan dengan seberapa banyak A yang boleh. Itu tak masuk lagi dengan tugas dan tanggungjawab menggantikan ibu bapa pelajar-pelajar ini, sampai anak sendiri di rumah pun tak terjaga. Manakala di sekolah harian dengan jumlah waktu mengajar yang banyak, dengan pelajar yang tak tahu membaca, menulis dan mengira, masalah disiplin dan bermacam-macam karenah lagi. Semuanya menuntut kesabaran.

Zaman dah berubah, pelajar juga turut berubah. Dan yang pastinya sebagai pendidik kena turut berubah!!Selamat mengajar!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, July 19, 2009

BANYAK NYER SOALAN...


Huh, ni merupakan jawapan TAG dari sahabat blogger NUR..lama juga nak jawab nih, aku ni bukan suka sangat bab-bab mengetag ni..

Bekas kekasih saya adalah :

** Ada kekasih ker?? tak berbekas kot**

Saya sedang mendengar :
** lagu2 asli menerusi pertandingan Bintang Asli kat TV 2..haha budaya bangsa dipertahankan nih!!!

Mungkin saya patut :
** Fikirkan bagaimana cara untuk kurangkan berat badan lagi..dah naik satu kg ni

Saya suka :

** SMS..sehari seratus saya SMS


Sahabat-sahabat baik saya :
** Kak Chik, Eda, Izaheri, Zulkarnain, Zaidi n also my beloved student..Saya geng ngan budak2 sekolah gak..


Saya tak faham :
** Kenapa budak2 zaman sekarang semakin kurang ajar..Cg tak cukup ajar kowt..

Saya kehilangan :
** HP SE K600i ngan duit 500 masa tidur..Ada pencuri masuk, dah kejar tapi tak dapat. Takder rezeki kowt.

Ramai yang kata :
** Saya ni sampai bila nak membujang?? Umo da 29..haish

Makna nama saya :
** Hehe..nama sebenar lain lorgh..Imanshah nama komersil,,tapi dah dekat2

Cinta itu adalah :
** Anugerah..Moga Aku mencintai-Mu ya Allah lebih dari segala-galanya

Di suatu tempat, seseorang sedang :
** Tekan remote gate untuk orang kuar masuk (pak guard sekolah saya)

Saya akan cuba :
** Menjadi muslim dan mukmin sejati..haha nak jadi ayah jugak nih, masalahnya calon ibu takder lagi


Ayat SELAMANYA membawa maksud :
** Till the end..


Telefon bimbit saya :
** SE Kokak harga RM 100 coz yang mahal dah kena bagi sedekah kat pencurik


Bila saya terjaga dari tidur :
** Tutup jam loceng, bangun kumur dan minum air kumur..bagus nih untuk kesihatan..

Saya paling meluat bila :
** Meluat ke?? ntah happy jerk ngan semua orang dan benda...Tak elok meluat2 ni

Pesta/Parti adalah :
** Tempat saling bertemu..parti Hari jadi pun ok hapa..tak semestinya parti yang ada nyanyi2, pastu mabuk-mabuk..nauzubillah

Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
** Orang Utan..masa pegi Sarawak

Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
** Saya suka masa kat Universiti..


Hari ini :
** Saya pg TESCO, beli barang sket..pastu tengah hari sampai petang tengok VCD,,huhu 4 sekaligus

Malam ini saya akan :
** Tidur awal kot, coz tabiat saya bangun kul 5, n then pg jogging depan umah around 15 minutes, baru mandi n solat

Esok saya akan :
** Sekolah lah..Perak mana ada cuti Israk Mikraj

Saya betul-betul inginkan :
** Kebahagiaan, kejayaan dunia dan akhirat


Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
** Saya tengok ada jerawat kat hujung kening..Huhu apa lagi picit lah

Pusat Membeli belah atau arked permainan :
** Mana2 je lah..kalau kat ipoh nih Jusco lah tempat lepak..


Makanan barat atau Jepun :
** Barat,,Pizza or spegheti

Bilik yang terang atau gelap :
** Gelap la..baru sunyi skit, kalo terang2 nih tak besh


Makanan Segera adalah :
** Tak baik untuk kesehatan..huhu tapi slalu jerk aku balun maggi


Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
** Berubah lah Syahmi..cg bukan benci kamu, tapi cg sayang kamu lah cg marah, cg rotan kamu..baru je tadi student aku jumpa mintak mahap coz aku tangkap dia beli rokok..


Siapa yang anda mahu TAG?
** Semua pengunjung Blog HOK SENGOTI...Since 1980!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

INSPECTION LAGI!!


Gambar di atas merupakan aktiviti rutin para pelajar sekolah aku setiap hari Ahad iaitu Inspection a.k.a Pemeriksaan Kamar. Selama 6 tahun menjadi warden perkara ini lah yang aku buat tiap-tiap hari Ahad. Bosan kan?? Nak pergi mana-mana pun tak dapat hari ahad kerana Inspection terpaksa diadakan dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Aktiviti hari ahad hanya boleh dilakukan selepas jam 9.00 pagi..haha, tapi kata orang Alah Bisa Tegal Biasa.

So, mesti semua orang tertanya-tanya bagaimana inspection ini berjalan? Pelajar-pelajar akan bersiap-siap untuk membersihkan asrama mereka seawal jam 7.00 pagi selepas sarapan pagi. Ada yang kena lap tingkap, mop lantai, bersihkan koridor, sapu sawang, cuci tandas, buang sampah serta bersihkan kawasan sekitar asrama. Setiap pelajar akan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Kerja-kerja ini akan dipantau oleh pengawas dan ketua dorm.

Selain itu juga, mereka dikehendaki meletakkan barang-barang keperluan seperti tuala, songkok, ketip kuku, syampu, butang baju, sabun, berus, kiwi, berus dan ubat gigi, sabun basuh di atas katil. Rasionalnya, guru-guru mewajibkan semua pelajar memiliki barang-barang kelengkapan masing-masing supaya tidak berlaku kecurian kerana masing-masing pelajar sudah memiliki keperluan sendiri. Selain itu, pelajar-pelajar diwajibkan untuk memakia uniform lengkap. Rasionalnya, supaya pelajar-pelajar ini bersedia untuk ke sekolah esok hari. Mereka mesti memiliki tie, tie klip, lencana, kasut berkiwi, stokin hitam serta tanda nama. Selain ini, pada hari ini lah, para pelajar diperiksa kekemasan diri, rambut, kuku, misai serta janggut. Inspection akan dibantu sepenuhnya oleh para pengawas.

Pada hari ini lah para warden akan bercakap dengan para pelajar dalam kumpulan yang kecil iaitu dalam satu dorm. Mana yang tak betul, akan dibetulkan.Mana yang perlu dinasihatkan akan dinasihatkan selain dari emmeberi motivasi. Yang penting juga, konsep denda akan dipraktikkan adalan DENDA KOLEKTIF, di mana jika dorm tidak bersih atau tidak berada dalam keadaan bersedia, maka semua ahli dorm akan didenda. Selalunya, dendanya adalah selain membersihkan dorm, mereka akan diminta lari Basket Ball court berpakaian lengkap uniform sekolah.

Pelajar selalu mengeluh apabila inspection diadakan.Menyusahkanlah, mengganggu masa rehat dan tidur lah serta bermacam-macam lagi komplen. Pada aku. inspection merupakan satu perkara yang penting.Inilah merupakan titik tolak kepada keberkesanan P & P untuk minggu tersebut. Para pelajar disediakan dengan disiplin yang terbaik. Namun, mungkin mereka masih muda dan kurang mengerti akan kepentingannya. Tak salah aku katakan, inspection 5 tahun ini adalah asas kepada gaya hidup berdisiplin apabila mereka keluar dari STAR kelak..kerana setiap yang berlaku dan ditempuhi, ada hikmah di sebaliknya!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, July 18, 2009

DARI IPOH KE SHAH ALAM


Semalam
Aku ke Shah Alam,
Dari Ipoh jam 3 petang,
Bukan menonton Motocross di Batu Tiga
Bukan jua menonton latihan pasukan bolasepak negara
Jauh lagi berjumpa dengan MB Pakatan
Aku menghantar anak muridku
Yang digantung persekolahan
Bersama dua rakan sebagai peneman
Bukan nak berkongsi keburukan yang dilakukan
Jauh lagi membuka aib buat penambah cerita
Sekadar renungan
Tentang tugas pendidik
Yang di luar bilik darjah
Juga luar waktu persekolahan
Walau wang tenaga dihabiskan
Itulah sebenarnya kasih sayang
Buat anak didik yang disayang
Walau boleh saja dibiarkan
Pengangkutan awam dia pulang
Namun hati kecil pendidik
Takut membiarkan
Takut melencong lupa jalan
Juga berbuat perkara yang tak diinginkan
Alhamdulillah
Sampai jua kami di Shah Alam
Berjumpa ibunya yang kesedihan
Begitulah anak-anak remaja
Selalu berbuat keburukan
Sudah terhantuk baru terngadah
Semoga Allah memberi peluang
Dia kembali ke pangkal jalan!!









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ISU MURTAD : ADAKAH KITA TERUS BERDIAM??


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut 'boyapren'.
Bacaan lanjutan dari laman web dari seberang mengenai Aisha ( click here )

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan sebarkan artikel ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapiditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ..... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan denganpertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.
Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap,didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang Islam sebagai agama rasminya!!Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan.'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'
Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu... Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW.. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa..

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik..'Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita peranguntuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492,kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbangkerajaan Islam Mindanao ...Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
108366053l[1]
Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini.Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati..


Akhir sekali,

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Sumber : e-mail aman
Bacaan lain berkaitan murtad:

Dipetik dari :http://iqbalsyarie.blogspot.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, July 17, 2009

ISRAK MIKRAJ dan GURU TAK PANDAI MENGAJAR!!

Malam tadi berlangsung Ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan di dewan sekolah. Alhamdulillah, ramai juga pelajar dan guru yang menghadirinya...Rasanya semua orang dah tahu dan sekurang-kurangnya dah dipelajari sewaktu sekolah pasal Israk Mikraj. Bukan soal pengisian ceramah ingin dikongsi bersama, namun beberapa perkara yang aku rasa perlu diberi perhatian. Pertama, sepanjang ceramah, ramai pelajar yang tidur. Sememangnyalah majlis ilmu sebegini, tambahan malam pelajar memang mudah mengantuk. Seharusnya pihak sekolah menjemput penceramah yang mampu menarik audiens supaya tidak tidur dan bercakap-cakap. Mohon maaf, bukan memperkecilkan penceramah yang sangat tinggi ilmunya, tapi pendekatannya yang serius tidak sampai kepada audiens. Kedua, masih ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk poteng dari menghadiri majlis ilmu sebegini. Aku mengarahkan para pengawas untuk menjejaki mereka. Hasilnya mereka main kejar-kejar dengan pelajar yang ponteng. Bukan sedikit tapi hampir dua puluh orang. Mereka sanggup bersembunyi dibelakang locker yang gelap lagi panas, dari berada dalam dewan yang mendamaikan dan penuh barakah.

Sementara menengar ceramah, aku sempat snap pada papan peringatan peperiksan di dinding dewan. Pejam celik-pejam celik, PMR hanya tinggal 82 hari, manakala SPM tinggal 125 hari lagi. Apa yang nak dikongsikan adalah masih ada segelintir pelajar yang tidak serius dengan bilangan hari yang ada. Masih ada yang poteng kelas, ponteng kelas tambahan, tidur dalam kelas, terlibat dengan ko-kurikulum malahan yang tak pernah ambil peduli walaupun keputusan peperiksaan mencatatkan 3 atau 4 G..Sedih melihat karenah anak-anak melayu yang tak pernah berpijak dibumi yang nyata, masih di awangan. Bukan tidak ada tindakan, bukan tiada yang menasihat, malah sudah berbuih mulut. Bukan tiada program motivasi yang dihadiri, namun motivasi hanya mencukupkan syarat. Guru-guru pun mengajar seawal jam 7.00 pagi dan pulang 5.00 petang, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Entahlah, kami sendiri tidak ketemui jawapannya..Yang pasti bila keputusan tidak memberangsangkan, maka ayat yang selalu diungkapkan GURU TAK PANDAI MENGAJAR..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 14, 2009

LIHATLAH MEREKA YANG TIDAK BERKAKI


Kata orang ukur baju dibahu sendiri, hajat hati nak beli Honda Civic namun, kutahu gajiku yang tak seberapa ini benar-benar membuatkanku berfikir beribu-ribu kali. Kata orang 'jangan sudah terhantuk, baru terngadah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna'..takut juga kalau menanggung beban hutan yang tak berkesudahan. Akhirnya aku memilih untuk membeli kereta yang sama dengan keretaku yang 'hilang' dahulu..Tak apalah, usah dibandingkan dengan pemilik Civic, Accord atau Camry..tapi bandingkanlah dengan orang yang hanya memiliki motorsikal, ataupun hanya punya basikal untuk bergerak ke sana dan ke mari. Teringat kata-kata guruku " Kalau kita hanya punyai selipar jepun, usah dibandingkan dengan mereka yang punyai sepatu mahal..namun lihatlah kepada mereka yang tidak berkaki. Aku simpan kukuh kata-kata itu..

Lagi sebulan insyaAllah, aku akan miliki semula kereta idamanku, hajat di hati nak pulang beraya dengan kereta baru. Erm, ni kira kerete ke tigaku selepas 5 tahun..Kira 2 tahun sekali tukar kereta. Haha, apapun aku akan lebih berhati-hati selepas ini..Pengalaman lalu mendewasakan!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget