WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 31, 2009

ALLAH MENYAYANGI AYAHANDA

Salam semua..


Terima kasih buat rakan-rakan yang telah mendoakan kesejahteraan ayahanda saya. Ayahanda saya, Haji Abdul Ghani bin Abbas telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Ogos 2009 bersamaan 9 Ramadhan 1430 Hijrah pada jam 8.45 pagi di Hospital Tumpat. Al-Fatihah.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 30, 2009

JANGAN AMBIL NYAWANYA

Salam semua..saya terpaksa bergegas pulang ke Kelantan kerana ayah sedang sakit kuat..berada di ICU..Rakan-rakan mohon doakan ayah saya.

p/s : Allah jangan ambil nyawa ayah


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KENANGAN RAMADHAN ZAMAN KANAK-KANAK



Ramadhan atau puasa adalah satu bulan yang sangat indah untuk dikenang..Rasanya zaman dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza..Apatah lagi dengan kehidupan bandar sekarang.. Antara kenangan yang masih segar dalam ingatan adalah
1) Kenangan bermain mercun
Segala jenis mercun seperti mercun roket, mercun papan, mercun katak, mercun tarik, mercun bola dan mercun lada semuanya amat sukar untuk saya lupakan dan ianya masih terbayang di ruangan mata saya pada setiap kali kembalinya bulan ramadhan setiap tahun. Masa kami zaman kanak kanak tidaklah menjadi satu kesalahan kalau bermain mercun dan meriam buluh dan jika ada penghalangpun cumalah duit nak beli semua tu. Biasanya ayah akan bagi juga duit belanja walau bulan puasa dan wang itulah digunakan untuk membeli mercun. Saya sampai menyeberang sungai ke pekan Takbai, Thailand semata2 untuk mendapatkan mercun.
2) Aktif mencipta meriam buluh dan meriam tanah
Selalunya 2 minggu selepas puasa bermula kami mulalah bergiat aktif dalam bidang mereka cipta meriam buluh dan meriam tanah, walaupun tengah berpuasa dan letih kami masih mampu mencari buluh atau mengali busut untuk di buat meriam tanah. Yang seronoknya golongan dewasa turut join sama..huhu.
3. Solat Terawikh
Haha.Yang ni pening sikit. Selalunya solat terawikh masa zaman kanak-kanan tak sempurna. Mana taknya apabila jemaah tengah sembahyang kami sibuk bergurau dalam surau.Apabila hampir habis dan duduk tahiyyat akhir, maka kami pun buat-buat solat..Huhu kadang-kadang kena cubit kat ayah.ingat sembahyang main-main ke.Lepas solat kamilah yang banyak tibai more yang disediakan. Orang kampung pakat bawak makanan untuk more..
4. Rancangan TV kegemaran
Rasanya ramai yang masih ingat dengan drama bersiri Rumah Kedai yang dilakonkan oleh Allahyarham Yusuf Mohammad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. sehingga kini mulut tetap menyebut, dan hati tetap terkenang pada drama bersiri tersebut. Tiba je Ramadhan, mulalah mulut menyebut. Bilakah agaknya TV3 nak buat ulang tayang.
5. Tolong mak masak
Kalau dulu, mana ada sangat pasar Ramadhan ni. Memang juadah disediakan sendiri oleh mak. Selalunya mak akan mintak tolong kacau gulai dan uli buah Melaka. Mak ai, seronok masa tu, walaupun dapur kayu je..Lepas masak kuih, pergi hantar pulak kat jiran-jiran, dan jangan bimbang tentu ada balasannya.
6. Tadarus Al-Quran
Ayah wajibkan kami adik beradik untuk bertadarus. Huhu dengan mata yang mengantuk kami pun bertadarus satu keluarga.Kadang-kadang kena baling dengan bantal sebab tertidor tepi Al-Quran..Huhu
Bila terkenang zaman kanak-kanak dulu rasa teruja untuk kembali semula pada zaman tersebut..haha, tapi semuanya tinggal kenangan. Rasanya kanak-kanak zaman sekarang dah tak merasa apa yang telah kita orang dewasa alami zaman dulu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, August 29, 2009

BAWA KUPULANG KE INDON MAS


Semalam, kuterima satu SMS
Mengucapkan selamat menyambut Ramadhan
Rupanya SMS dari sahabat sepermainan
Yang pernah menghiasi alam kanak-kanakku
Sama-sama berkejaran tika menerbangkan layang-layang
Sama-sama beriringan mengayuh basikal ke sekolah
Jauh dari bumi Sukarno, di seberang sana

Sedih, hati sedih
Mengenangkan sahabat itu
Dalam kesusahan, dibuang keluarga
Kerana langkahnya sumbang
Lari meninggalkan Malaysia tercinta
Lari meninggalkan keluarga dan saudara
Demi kasih dan cinta buat lelaki seberang
Maka benarlah kata pujangga
Buang emak buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan

Hidup dalam kedaifan
benarlah kata pepatah
Hujan emas di negeri orang
Lebih baik ibu pertiwi
Usah sesekali menyesali sahabatku
Atas jalan yang dikau pilih itu
Masih ada sinar dihujung terowong
Moga semua bisa memafkanmu..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 28, 2009

MENGAPA RAMADHAN TIDAK BERKESAN??



slide1e
“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.
Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.
Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?
slide2e
Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.
Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.
Slide3
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.
MASALAH INPUT
Slide5
Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.
Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.
Slide4
Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.
Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.
Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.
MASALAH PROSES
Slide6
Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya.
Belajar tidak pernah habis.
Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.
Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.
Slide7
Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan.
Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya?
21 jam!
Slide8
Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini. Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa.
Slide9
Ada pun panduan menyusukan bayi bagi wanita yang berpuasa, artikel yang disiarkan diUMMUSAIF.COM boleh membantu. Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan.
Slide10
Manakala persoalan membabitkan qadha’ puasa dan fidyah yang berkaitan, harus juga diberikan perhatian. Adakalanya, soal qadha’ dan fidyah bersifat teknikal dan tidak sulit untuk ia dilaksanakan. Namun, perbuatan menangguhkan qadha’ puasa tanpa sebarang sebab dan keuzuran hingga masuk Ramadhan yang berikutnya, ia adalah dosa. Bukan sahaja qadha’ dan fidyah yang perlu dilangsaikan, pelaku itu juga mestilah bertaubat dan menyesali kecuaiannya itu.
Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?
Slide11
Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Hindarkan perbuatan ini.
Slide12
Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing.
Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung!
Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.
Salam Ramadhan.

dipetik dari http://saifulislam.com/



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HUJAN ITU MENGUJIKU, ALHAMDULILLAH


Ipoh hujan lagi..dan lagi
Menumpahkan titisan air yang jernih dan terus menggila
Guruh berdentum kilat memancar
Alhamdulillah hujan Rahmat
Buat insan yang sedang menahan lapar dan dahaga
Maka seluruh isi alam bergembira
Kutunggu-tunggu dari detik ke detik
Dari minit ke minit, dari jam ke jam
Tidak menampakkan di mana penamatnya

Terdetik di hati
Hujan rahmat ini bukan sahaja menurunkan rahmat buat seluruh alam
Namun juga cabaran dan dugaan buat hamba-Nya
Semenjak kemalangan dulu
Hanya motor menjadi peneman setia
Lalu bila hujan turun membasahi bumi
Maka turut membataskan pergerakan hamba-Nya

Kupandang jam
Waktunya makin suntuk
Ku buka peti ais, kulihat isinya, tiada apa
Kujenguk dapur yang tak pernah berasap
Gas juga sudah kehabisan
Beras langsung dipenuhi bubuk
Lalu ku hanya pasrah
Walaupun Pasar Ramadhan melambai-lambai
Hatiku meronta-ronta
Godaan ayam percik dan puding gula hangus Kak Yam
Namun apakan daya...

Lalu dengan penuh keinsafan
Kucapai sebungkus maggi
Kurendan sehingga sebati
Bersulamkan secawan milo
Dan kurma dari bumi anbia'
Bila azan berkumandang memuji kebesaran ilahi
Syukur padamu Ya Allah
Kuteringat sahabat seagama di Palestine
Di Darfur, di Iraq
yang tidak punyai makanan
Alhamdulillah...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 27, 2009

ORANG BERBUKA DI HOTEL, KITA PUN NAK JUGA!!



Malam tadi, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Hotel Herritage, Ipoh. Wah, berbuka di hotel, dalam keadaan kegawatan sekarang. Sebenarnya pada setiap tahun, pihak pengurusan akan menjemput aku dan beberapa orang rakan untuk berbuka di sana sebagai menghargai sokongan terhadap hotel tersebut. Pihak sekolah kami sering mengadakan event di sana seperti majlis makan malam, hi tea serta seminar. Pada tahun ini, pihak pengurusan turut menjemput penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi, Perak. Turut hadir adalah Dato' Bandar Ipoh, Dato' Rashidi dan Ketua Polis Perak, Dato' Zulkifli Abdullah.

Terima kasih buat pengurusan Hotel khususnya Zaiha atas jemputan ini. Yalah, nak merasa pergi sendiri bukan tak mampu, tapi rasanya RM 35 tu tak berbaloi lah. Memeng banyak menu yang disediakan, aku rasa lebih 50 menu. Tapi kemampuan perut menerima kehadiran sejumlah makanan yang banyak membataskan segala-galanya. Tapi pelik juga, hotel sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai untuk berbuka puasa. Huhu kalau dah satu family 5 orang bermakna RM 175 dibelanjakan. Kus semangat, tapi biasalah kalau tak berkemampuan takkan nak pergikan tempat-tempat sebegitu. Alangkah baik rasanya kalau wang yang banyak disedekahkan kepada anak-anak yatim atau mereka yang tak berkemampuan. Chewah, ustaz nak berceramah. Teringat satu khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah:

Wahai manusia!

Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.

Terkenang lagi kata-kata Ustaz Kahairul Anwar, pengasas dan pemegang amanah Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan. Ramadhan kali ini masih ada kekosongan sebanyak 9 hari daripada penajaan berbuka puasa. Beliau merasakan kegawatan ekonomi menyebabkan keadan ini berlaku. Kalau boleh sesiapa yang nak menderma dan menaja berbuka puasa mereka ini di samping untuk mendapatkan keterangan lanjut menegenai Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman bolehlah mengunjungi www.nuruliman.org.my.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, August 26, 2009

18 KALI DAH HP HILANG



Salam semua. Selamat menunaikan ibadat puasa yang dah masuk hari ke-5. Klai ini entry aku pasal kes hilang HP. Rasanya semua orang pernah melalui kejadian hilang HP ni. Cuma kerap atau tidak je. Aku tulis pasal benda ni coz aku rasa aku antara orang yang paling kerap hilang HP. Haha tahun ni dah 3 kali aku hilang HP. Yang terbaru malam tadi apabila aku tertinggal HP dalam bas ekspress sekmbalinya aku dari Melaka. Nak cepat punya pasal, dah tak sabar nak balik rumah agaknya, aku tertinggal dalam bas. Aku hanya sedar apbila pagi tadi nak buat panggilan, HP dah takde..Bila call HP aku, suara perempuan yang jawab. Faham-fahamlah...THE NUMBER U HAVE DAIL, IS NOT IN SERVICE. Sah-sah lebur. Sabor je lah. Terpaksalah pagi2 juga pergi pejabat maxis dan minta supaya di block kan no aku. Lepas tu pergi kedai HP jam 9.30 pagi. Adoi menunggu lagi tu sampai 10.30 baru buka. Melayang juga 8 keping duit 5o ringgit. Tak pasal-pasal lari budjet. Mujur juga gaji dah masuk semalam.

Huhu. hilang HP ni sebenarnya takder lah aku kisah sangat coz boleh beli yang baru. Takpun kalau tak mampu sangat beli yang 2nd hand atau yang kokak punya. Tapi yang pedih dan sedihnya, bila kehilangan sekali no telefon teman2 yang sangat berharga. Dari zaman sekolah, zaman kampus sampailah zaman dah berkerjaya ni. Semuanya hilang. itu yang memeningkan. Satu lagi bila msg masuk. Terpaksalah jawab.."ni sapa?? mintak maaf HP saya hilang, semua no phone hilang.." bukan sorang dua, malah kadang2 beratus2 nak tanya.

Tak tahulah, aku rasa aku ni agak teliti juga orangnya, bukan jenis main tinggal-tinggal je. Kalau dalam kelas kalau kelas tak bersih aku takkan mulakan P&P dan semua pelajar tahu cara aku. Cuma bab-bab barang ni selalu cuai. Rasanya ni HP yang ke berapa belas tak tahulah. Dari semahal RM 1500 sampailah ke semurah RM150 semuanya dah aku rasa. Dan aku bukan jenis yang suka tukar HP. HP aku bertukar apabila hilang sahaja. Tak pelah, kali ni aku gunakan Facebook untuk minta balik no phone kawan-kawan. Agaknya aku kena mandi bunga kot?? huahua...

p/s : Tapi sebenarnya bulan-bulan Ramadhan ni baik juga bagi SEDEKAH kat orang kan..haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, August 24, 2009

AIR BUAH BANG!!


Salam ceria buat semua. Ramadhan Al-Mubarak telah menginjak ke hari ke tiga, al-hamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia dan diberi rahmat kesihatan yang berpanjangan. Kali ini aku nak menulis tentang Pasar Ramadhan. Untuk makluman rakan-rakan semua, semenjak hari pertama puasa aku sebenarnya berada di bumi Hang Tuah, Melaka. Bercuti sambil menyambut Ramadadhani. Maklumlah cuti kali ini agak panjang iaitu selama sepuluh hari termasuk cuti sempena hari kemerdekaan negara yang ke-52.

Di Melaka aku tinggal di rumah abang yang bekerja sebagai jurutera. Nak dijadikan cerita abang aku ni selepas kerja setiap tahun pada bulan Ramadhan akan berniaga di Pasar Ramadhan Melaka Baru. Jadi, alang-alang berada di sini aku tak lepaskan peluang membantunya di pasar ramadhan. Huhu, bukan banyakpun berniaga, Penang Char Kuew Teow ngan Jus Buah. Segar dari ladang beb. Tapi tak sangka orang-orang Melaka memang gemarkan air buah yang diblandkat situ. Sama juga ngan Char Kuew Tiow special yang di amsak panas. Tak menang tangan. Dia pun ada 3 pekerja yang turut membantu.

Bila dah jadi peniaga bidang terjun ni, barulah aku tahu susah juga rupanya nak promote. Kalau selalu kita jumpa orang datang berniaga majalah ke, buku agama ke pada kita di mana-mana, kita sering tak layanlah, cakap dah ada lah, jeling lah..Isy macam-macam. Begitu juga aku, bila orang lalu je mesti sebut "air buah bang"..Huhu beratus-ratus kali gamaknya. Barulah kita dapat rasa, bila orang buat tak heranlah, kita senyum tak dibalaslah, malah ada yang jeling pulak. Haish, apa salah teman kak oi, sampai dijelingnya sampai begitu sekali. Teman nak menjual je, bukan nak berkenalan. Huhu

Kadang-kadang bila yang perempuan lalu, kita panggil kak dan yang lelaki kita pangil abang. Tapi bila yang "dua alam" lalu, tak tahu nak panggil apa. Huh tapi ramai juga ya jenis macam ni kat pasar Ramadhan. Haha, sekali panggil adik.. terus beli sampai 5 da..haha. Satu lagi yang bestnya bila nak berbuka, huh pertama kali pengalaman berbuka di Pasar Ramadhan.Meriah juga, masing-masing bertukar-tukar juadah dari hasil jualan yang tak habis. Huhu, aku paling suka makan cendawan goreng celup tepung abang sebelah.

Nak dijadikan cerita, bila dah berniaga ni, ada pulak muka yang aku kenal datang. ingatkan bila dah jauh meninggalkan Ipoh, dah tak der yang kenal. Rupanya bekas anak murid yang memang belajar kat Melaka ada juga. wah bersepah anak murid aku kat Malaysia ni. huhu apa lagi, belilah cikgu punyer ya nak oi..huhu..Lepas maghrib sibuk pulak nak menegemas, nak kejar terawikh la pulak katakan. haha, terkejar sana-sini tapi menyeronokkan. Pengalaman baru yang aku belajar dari Ramadhan ini. Aku selalu cakap kat abang aku, walau seonok manapun kita mengejar keuntungan dunia, keuntungan akhirat usah dilupa. Dua hari lagi aku akan pulang, meninggalkan kenangan manis di bumi Melaka. Adios!!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 21, 2009

PENCEN ; MASA ITU AKAN TIBA



Semalam 20 Ogos 2009, telah berlangsung majlis persaraan seorang ustaz di sekolah aku. Alhamdulillah, sekali lagi seperti biasa, selaku orang yang dipertanggungjawabkan dengan jawatan setiausaha majlis, aku diamanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Rasa penat juga, kerana setiap kali ada sahaja majlis di sekolah, akulah yang mengepalainya. Namun, perasaan puas jelas terbayang apabila melihat majlis berjalan lancar. Guru-guru yang menganggotai jawatankuasa majlis juga turut mebantu meringankan beban yang dipikul. Ustaz Mohtar Haji omar, seorang guru lama di STAR telah diraikan dalam satu majlis yang cukup syahdu. Yalah, beliau berada di sekolah ini selama 21 tahun lamanya, bukan satu tempoh yang singkat.Bemakna 21 batch menerima didikan beliau. Berapa ribu anak didik beliau yang telah meninggalkan alma mater ini.

Berbalik kepada soal persaraan, sebagai pendidik, mungkin persaraan atau ‘pencen’ merupakan saat yang paling menyedihkan. Yalah setiap pagi bangun dari tidur, mandi, solat subuh dan terus ke sekolah. Mengajar dan terus mengajar, mendidik dan terus mendidik. Namun segalanya akan berubah apabila pencen. Rutin harian mula berubah. Hurm, tapi rasanya bergelar pendidik ni ada juga kelebihan. Pertamanya gelaran ‘cikgu’ akan di bawa sampai bila-bila, hatta sampai mati sekalipun. Dan yang paling penting ilmu yang bermanfaat akan sampai kepada kita walaupun jasad tidak lagi di bumi ini. Selain itu juga bak kata Ustaz Mohtar, jika kita seorang arkitek ke, engineer ke, apabila pencen, maka putuslah kita dengan pekerjaan tersebut.Namun, seorang guru tidak akan putus, contohnya boleh terus mengajar di kelas-kelas tuisyen atau paling tidak seorang ustaz akan terus boleh mengajar di masjid-masjid menyampaikan kuliah dan ilmu kepada penduduk kampung.

Tempoh perkhidmatan aku dalam bidang ini masih panjang. Ada 28 tahun lagi untuk dihabiskan. Dalam hidup ini masa hanya ada tiga, pertama semalam yang telah menjadi sejarah. Kedua, hari ini yang sedang dilalui dan ketiga esok yang belum pasti. Yang pertama dan kedua mungkin menjadi milik kita, namun yang ketiga belum tentu. Ustaz Mohtar mungkin telah melalui pelbagai rencah pengalaman dalam perkhidmatan dan berjaya sampai pada hari-hari terakhir perkhidmatannya. Aku tak tahulah sampai atau tidak. 28 tahun segala-segalanya boleh berlaku.
Aku memanjatkan doa kepada Allah semoga setiap titisan ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz akan diberkati dan diberi ganjaran yang selayaknya di sisi Allah. Semoga Allah jua mengurniakan segala kekuatan buat aku dan rakan-rakan bloggers yang lain khususnya guru-guru untuk terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas mendidik yang semakin hari semakin mencabar ini. Hanya Allah yang tahu!!!

"Anak-anakku , sebaik sahaja ustaz beredar dari bumi STAR hari ini, maka terbukalah pintu rindu di hati ustaz. Selamat menerusan perjuangan .Mungkin ada budi ustaz yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang ustaz sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas ustaz memberi."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, August 17, 2009

SAYA BERPELUANG UNTUK TIDUR KETIKA CIKGU MENGAJAR...

Gambar hiasan semata-mata.

Cerita satu

Seorang guru bertanya kepada murid2nya... "Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?" "Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas.. "Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga.. "Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."


Cerita dua

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 16, 2009

MAAF,GULA DAH HABIS ENCIK!!


Sememangnya tiap kali tiba hujung minggu, Lembaga Pengawas akan mengadakan jualan di sekolah pada malam hari bagi mencari dana bagi menampung aktiviti pengawas. Dan salah satu menu menu wajib adalah air kordial. Ya lah air pun yang beri banyak keuntungan pun. Masalah yang berlaku adalah di Ipoh, bekalan gula telah habis. Aku terkejut lagi bingung dengan keadaan ini. Dari satu anak tangga ke anak tangga supermarket dan hypermarket aku panjat sehinggalah ke kedai runcit dan kedai serbanika. Semuanya "sold out"..wah, satu pun takde..Kehilaan yang melampau. Owh, rupanya Ramadhan dah hampir. Begitulah taktik lama yang tak berkesudahan. Taktik sorok barang yang selalu dibuat oleh segelintir manusia yang rakus pada kekayaan.

Entahlah, tak tahu kenapa apabila tiba sahaja musim perayaan, semua habis. Kalau dulu tepung, kini berjangkit pula pada gula. Aku percaya selepas kenaikan gula nanti, akan mendadaklah naik harga teh ais, kuih, kek, aiskrim dan banyak lagi. Ada orang kata bagus juga, nanti kuranglah sikit penggunaan gula, dan kurang penggunaan gula, kuranglah diabetes. Maunya kurang, berapa mahal pun rakyat Malaysia ni memang kaki makan. Akan dibelinya. Kita memang kurang kesedaran terhadap kempen boikot. Tengok sahaja kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel, mak ai, sebulan dua memang ramai yang ambil bahagian. Sampai CEO KFC pun keluarkan statement KFC Malaysia tidak menyumbang kepada Israel..Tapi kini, tengok lah..Kempen entah ke mana, KFC pun makin penuh gamaknya. Ya lah, aku pun sama, bukan nak mengata orang lain. Aku bercakap soal realiti dan mentaliti.

Berbalik kepada soal gula, kementerian yang berkaitan harus lebih efisyen. Terima kasih pada Dato' Seri Ibrahin Sabri, Menteri Perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunan yang selalu turun padang, namun apabila pak menteri yang turun, waktu tu ramai lah pegawa-pegawai yang turun mengekori. Namun, bila pak menteri start kereta pulang, batang hidung pegawai-pegawai pun entah ke mana. Minta maaflah kalau pegawai-pegawai terasa, namun kalau masing-masing buat pemantauan yang betul, kerja dibuat penuh amanah, kejadian ini takkan berulang. Sedih juga, apabila mendengar berita di Perlis, negeri pengeluar gula pun kehabisan gula. Sapa nak jawab tu?

Ramadhan makin hampir, disusuli dengan hari raya Aidulfitri. Para peniaga perlu gula untuk masakan, kuih-muih dan biskut raya. Kalaulah harga gula naik, sudah tentu semua harga lauk-pauk, air, kuih dan juga biskut raya naik. Hurm, akhirnya kita rakyat marhain yang terjejas.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 14, 2009

1 LAMPU


Alhamdulillah, ini merupak entry ke 100 aku sejak hampir 9 bulan berblog..Walaupun sibuk, aku cuba juga untuk menulis. Kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkaitan dengan satu artikel. Artikel ini aku petik dalam akhbar Berita Harian bertarikh 14 Ogos 2009 yang ditaja oleh MAYBANK. Aku cukup tertarik dengan kisah Adam yang menggambarkan hasrat 1 Malaysia.

Di sebuah kampung Bukit Rusa, tinggal seorang budak lelaki bernama Adam. Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah bermain. Tatkala budak-budak lain membantu menghalau burung-burung dari sawah padi, Adam berfikiran sendirian, "Mereka sudah melakukannya, bolehlah aku berenang di sungai.

Apabila tiba masa menuai, Adam akan turut serta. Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. "Mereka semua tidak bijak seperti aku," fikirnya. "Lebih banyak mereka kutip, lebih beratlah bakul-bakul mereka. " Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu. Malah apabila ada sesuatu yang harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. "Tentu ada orang yang akan membuatnya, menagapa aku?''

Kemudian, pada suatu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran. Adam dapat merasakan kegerunannya yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap.

Namun apakah dia mempunyai pilihan. Lalu Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan, tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. Malah, sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu. Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi-bunyi yang aneh dari hutan belantara di sekeliling menambahkan lagi ketakutan yang teramat sangat dalam dirinya.

Tiba-tiba, dia nampak sesuatu-kerlipan lampu menembusi kegelapan malam. Ia datang dari sebuah rumah usang milik Pak Su, salah seorang penduudk kampung. Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, dia berasa curiga-Pak Su buta. Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, "Kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak?''

Orang tua itu tersenyum seraya berkata, "inilah yang kamu harus buat kalau kami menjadi sebahagian kampung ini-kamu harus tolong-menolong.Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh menengok. " Aku menyalakan lampu ini supaya orang lain, seperti kamu, boleh melihat."

Dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 sebagai 1 negara, 1 rakyat, kekuatan kita yang paling utama adalah satu sama lain. Semoga semangat perpaduan yang dikongsi ini akan terus menjadikan Malaysia paling istimewa.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI



Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Hurm, inilah bait-bait lirik lagu PERGI TAK KEMBALI, dendangan KUMPULAN RABBANI. Tengah hari tadi kita semua dikejutkan dengan kehilangan Ustaz ASRI, vokalis kumpulan Rabbani. Terkedu seketika, apatah lagi mengenangkan kematian beliau secara mengejut. Sememangnya aku salah seorang dari ribuan peminat RABBANI yang membesar dengan lagu-lagu nasyid mereka. Perkataan pertama yang terungkap dari bibir apabila mengetahui berita ini adalah "Daripadanya kita datang, kepada-Nya kita kembali." Akhirnya bait-bait lirik lagu yang banyak menaikkan nama Asri dan kumpulan RABBANI benar-benar berlaku pada hari ini. Itulah janji ALLAH. Ianya pasti berlaku.


Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Begitulah hukum dunia..setiap kehidupan pasti berakhir dengan kematian. Ustaz Asri pergi meninggalkan keluarganya, sahabat handai serta ribuan peminat RABBANI pada saat ketika umat Islam hampir menyambut ketibaan Ramadhan di usia yang agak muda, iaitu 40 tahun. Al-fatihah buat roh arwah serta sekalung takziah buat keluara Allahyarham atas kepulangan arwah Ustaz Asri ke Rahmatullah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, August 11, 2009

POCO-POCO DONG!!


Huh penat ari ni..Baru habis buat senaman poco-poco. Teringat tahun sudah sewaktu melawat Bandung, aku ada membeli VCD senaman poco-poco. Aku guna dan amalkan sekali sahaja. Selepas itu, senaman entah ke mana, poco-poco entah ke mana. Itulah sebenarnya sikap orang Malaysia, khususnya aku lah. Suka benor buat kerja setengah jalan, atau lebih tepat lagi separuh jalan. Malam semalam aku mengemas bilik, dan aku kembali terjumpa VCD yang dah setahun aku campak bawah katil. Dengan azam yang membara kali ini aku nak amalkan senaman poco-poco. Haha, aku rasa semua orang tahu dan pernah tengok senaman ini.

Senaman poco-poco yang aku amalkan ni berlangsung antara 30-35 minit. Huh lama gak tu..Tapi aku gagahkan juga habiskan dan pelajari teknik-teknik senaman yang baru.Sejarah poco-poco bermula di Indonesia apabila Arie Sapulette, seniman kelahiran Ambon, Indonesia, mendapat inspirasi menghasilkan lagu poco-poco daripada seorang gadis gempal yang lincah menari di satu pesta. Dek kerana terlalu seronok melihat kelincahan gadis gempal tersebut menari hingga terkeluar perkataan poco-poco dari mulut Arie. Sejak itu, tarian yang mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco, perkataan yang dipercayai berasal daripada bahasa Manado. Setelah Arie berpindah ke Jakarta tahun 1995, lagunya telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia, Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke seluruh nusantara.

Bukan apa, zaman-zaman moden ni, kita kena cakna pada penjagaan kesihatan. Takut benar aku pada penyakit-penyakit moden hari ini. Apatah lagi rakan sekerja pun baru berusia 36 tahun disahkan mengidap penyakit jantung. Banyak juga aku search website mengenai penjagaan kesihatan, senaman dan sebagainya. Aku cuba untuk mengawal pemakanan yang seimbang serta melakukan senaman. Harapan aku agar rakan-rakan blogers juga mengambil cakna terhadap peri penting menjaga kesihatan. Selamat berpoco-poco!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget