WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 31, 2009

SURAT RAKYAT MARHAIN

Artikel ini saya petik dari ruangan surat pembaca yang ditulis oleh Encik Mohd Najib bin Abdul Rasyid, Kuala Lumpur di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 30 Oktober 2009. Terpulanglah kepada rakan-rakan untuk menilai surat tersebut.

Saya adalah antara pemilik kereta berumur lebih 15 tahun yang dilaporkan mencecah 2.7 juta kereta sehingga kini. Saya tertarik dengan laporan akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang dilaporkan secara ringkas saja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Saya menulis ini berdasarkan pemahaman saya melalui laporan di akhbar kerana saya ini hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang tidak mengerti dengan dasar yang kerajaan laksanakan.

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan dikenakan kepada orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta lama. Tidak cukup dengan kenaikan premium insuran pihak ketiga dan keengganan pihak insuran untuk menerima kereta kami ini, kali ini kami dikejutkan pula dengan dasar yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli korporat dunia automotif saja.


Dengan adanya dasar yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi. Kami sebenarnya tidak memerlukan kenderaan yang moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran kami yang kini bebas dengan hutang pinjaman kenderaan. Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai. Tetapi jika DAN ini terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang ini menandakan kita telah maju dan negara akan makin cepat membangun?

Saya juga tertarik dengan menteri berkaitan mengenai kenyataannya untuk menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automatif di dalam negara.

Saya berpendapat, tindakan itu hanya menguntungkan sebelah pihak dan tentu sekali rakyat biasa akan rugi selamanya. Mungkin antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang, tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan pada harga munasabah.

Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga mampu milik. Sebagai contohnya, harga `gearbox` canggih kereta nasional yang dilancarkan dulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemiliknya. Harganya mencecah belasan ribu dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya. Ia bagaikan kata orang tua di kampung, 'mahal tali dari lembu`. Inilah yang menjadi persoalan kami, adakah DAN ini akan memberi jaminan untuk mendapatkan harga alat ganti murah dan berkualiti?

MOHD NAJIB ABD RASHID,
Kuala Lumpur.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 29, 2009

MATI DALAM SOLAT


Berdasarkan struktur dinding, karpet dan pakaian pekerja dan pegawai polis, tempat ini adalah Masjid Nabawi.. subhanaLlah.. mati dlm solat, solat di masjid nabawi pahalanya spt 1000 kali solat di tempat lain..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 25, 2009

TAMAN NEGARA PAHANG, INDAHNYA CIPTAAN ALLAH!!

Salam semua..atas permintaan rakan-rakan yang mahu melihat foto-foto aku ke Taman Negara Pahang, maka di bawah ini merupakan sebahagian daripada foto-foto tersebut. Alhamdulillah, keindahan flora dan fauna yang nasih terleihara, sungai yang belum tercemar serta kepelbagaian biodiversiti yang memukau pandangan sungguh mengujakan. Program 4 hari 3 malam ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari Suruhanjaya Unesco Kebangsaan Malaysia (SKUM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Terima kasih buat semua fasilitator, pak cik bot (huhu sejam perjalanan dari jeti ke Kuala Atok) serta orang asli Kaum Batek yang turut mewarnakan program ini. Juga buat guru-guru dan pelajar dari SOKSEK, STAR, SMK Taman Tasik, SMK Jalan Damai dan SMSAH, Jitra...











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, October 24, 2009

1,2,3,4


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Lirik lagu di atas merupakan lirik lagu Aris Ariwatan yang memang mempunyai pengertian yang sungguh mendalam..Hati tiba-tiba sayu mengenangkan jasa dan pengorbanan ayah bonda yang tidak ternilai dalam membesarkan kita semua. Begitu juga dengan nasihat tentang kecintaan pada Pencipta. Ya Allah kau tetapkan keimanan dan keteguhan hatiku dalam mencintai-Mu, mengasihi Rasul-Mu dan Agama-Mu. Ya Allah kau ampunilah dosa kedua orang tuaku, kau cucurilah rahmat arwah ayahandaku, kau bahagiakanlah bondaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, October 19, 2009

SAYA PERGI SEKEJAP JE


Assalamualaikum W.B.T.. kepada rakan-rakan saya ingin menyepi sejenak dari dunia blog ni. Sekejap je jangan risau, saya pasti akan kembali..Saya bukan nak pergi terus macam sahabat blogger kita LUMUT, saya pergi tak lama..Lebih kurang 5 hari sahaja. Nun jauh ke timur saya pergi camping di Taman Negara Pahang. Apa kes nak bawak laptop, kan..Saya nak berehat dan menikmati keindahan alam di Taman Negara..Doakan saya selamat pergi dan selamat lah pulang ya. Moga bisa kita ketemu lagi..Haha macam nak pergi naik haji je pesanan tu..Bye

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, October 17, 2009

MOH LE KE PERAK!!


Semalam 16 Oktober 2009 sekolah aku mengambil cuti berganti Deepavali.. Hurm agak pelik juga ek, muridnya seratus peratus Melayu, gurunya seratus peratus Melayu, staff 2 orang sahaja India, tapi mengalahkan sekolah yang ada 300 murid India.Haha, isnin pun cuti lagi...Cuti-cuti Malaysia lah jawabnya.

Tak der benda nak buat, aku dan anak-anak murid aku bergerak ke Sitiawan. Pergi beraya lah kununnya di rumah seorang pelajar aku Muazzin di Batu 15, Lekir, Sitiawan. Terima kasih Encik Ibrahim sekeluarga atas layanan yang mesra. Bukan apa, si Muazzin ni dok ajak lama dah pergi rumah dia. Dapat mekan tengah hari free. Hehe..Aku ngan keluarga budak-budak sekolah memang kawan baik. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang akhirnya menjadi kawan aku..

Alang-alang dah sampai ke Sitiawan, kami melebarkan langkah hingga ke Pekan Lumut. Ramai juga pengunjung di Pekan Lumut. Rakan-rakan kalau nak melihat keindahan bandar maritim, datanglah ke Lumut. Alang-alang ke Lumut, saudara-saudari semua boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Cantik, kalau tak percaya datanglah..Semua orang memuji kecantikan pangkor, baik kawan, mahupun lawan.

Selepas berehat-rehat di pekan lumut, kami bergerak ke Teluk Batik, kira-kira 10 km dari Pekan Lumut. Bagi yang menggemari keindahan dan ketenangan pantai, bolehlah berkunjung ke Teluk Batik. Airnya yang biru, tenang dan mendamaikan. Di sini banyak disediakan kemudahan penginapan seperti hotel, chalet dan motel. Harganya pun berpatutan. Selain itu, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah surau, dataran hadhari, tempat letak kereta yang luas, gerai makan serta gerai-gerai cenderamata. Wah promote gitew!!

Apa lagi kawan-kawan, Moh Le ke Peghak..macam-amacam ade..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 15, 2009

ORANG KELANTAN ADA DI MANA-MANA


Salam dari daerah Salak Tinggi, Sepang. Sebenarnya hari ini sudah masuk hari ke-4 dan terakhir aku di daerah salak Tinggi, Sepang. Aku menginap di Hotel Empress, Salak Tinggi untuk Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan. insyaAllah jam 9 nanti akan berlangsung peringkat akhir di Pusat Konvensyen antarabangsa Putrajaya (PICC). Bukan pasal pidato entry aku kali ini tapi nak ghoyat pasal oghe kelate.

On the way datang kami singgah makan di R&R Dengkil. Aku sempat membeli cenderamata di kedai seorang broter yang memang jual merchendise team bola. Mak ai macam-macam ada. Dari pasukan ternama Manchester united sampailah kepada pasukan bola sepak kelantan. bila bersembang dengan dia rupanya dia orang kelantan. Jauhnya merantau...aku ke sana menggunakan van Jabatan Pelajaran Perak.Biasalah sepanjang perjalanan aku ni kaki sembang. Sembang punya sembang denagn abang driver JPN, rupanya dia pun asal Kelantan juga. Haish ramai tol orang kelantan.

Di hotel, aku berkenalan dnegan beberapa orang guru pengiring dari negeri-negeri lain. Laa, ingatkan aku je rakyat kelantan yang bawa pelajar dari negeri lain, rupanya ada lagi rakan-rakan yang seangkatan. Ramainya Kelantan. Malah pegawai JPN Selangor yang bertindak selaku jawatankuasa pun orang kelantan.

Malam hari, kalau tak ada kerja, aku turun je minum-minum di kedai tom yam depan hotel. Yang ni tok sah dok teka, memang dari pemilik sampai pekerja orang Kelantan. Sedang makan, tibe-tibe terdengar suara, mak ai ramainyayang bercakap menggunakan dialek Kelantan. Sah lah, orang kelantan ada di mana-mana. Hurm, bukan tak bangga, bangga. Tapi kadang-kadang bila terkenang semula keadaan di kampung halaman, aku mulai insaf..mereka ada antaranya terpaksa merantau. Ya lah, terus-terang gaji di sana sangat murah. kilang pun tak banyak. Kalau supermarket gajinya hanya RM 400. Tapi bukan nak salahkan kerajaan negeri seratus-peratus. Kadang-kadang inilah politik. Yang menjadi mangsa, rakyat marhain seperti kita. Selamat malam semua...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 11, 2009

MERAHKU SAYANG

Salam ceria pagi Ahad buat semua. Agak lama tak berblog (hampir tiga hari)...kali ini entry aku pasal sekolah da. Semalam berlangsung program rumah..Tentu kalian semua punyai rumah sukan sewaktu di sekolah dulukan?? Ada yang guna nama binatang, pahlawan Melayu, khalifah Islam dan banyak lagi. Di sekolah aku ni pelik sangat unik. Kalau di sekolah lain ada empat rumah, di sekolah aku ada enam rumah di mana nama rumah sangat simple tapi memang lain dari yang lain. Kami hanya menggunakan nama Red, Blue, White, Black, Yellow dan Green. Nama warna semuanya. Dan semenjak tujuh tahun yang lalu, aku merupakan guru rumah merah merangkap warden rumah.

Di SBP, sistem rumah sangat besar maknanya. Di sekolah aku, semua pelajar diasingkan mengikut kabilah warna. Maknanya ada 6 buah asrama yang tersergam indah dan di dalamnya dihuni oleh para pelajar Tingkatan 2 hingga 5 yang mewakili enam rumah yang aku sebutkan tadi. Manakala pelajar Tingkatan 1 tinggal di asrama yang lain. Sistem rumah bukan sahaja tertumpu kepada sukan semata-mata, malahan kepada aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan kokurikulum. Semua orang berebut-rebut untuk menumbangkan markah untuk rumah masing-masing. Manakala untuk mengatasi masalah disiplin, pelajar yang melkukan kesalahan akan ditolak markah rumahnya atau lebih dikenali sistem dimerit.

Semalam, program rumah kami berlangsung dengan jayanya. Bermulanya dengan acara futsal, diteruskan dengan acara sukaneka. Dan pada malamnya pulak diadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Akhir Tahun. Dalam majlis ini semua guru Rumah Merah hadir tanda sokongan. Dalam majlis ini para pelajar yang membantu menaikkan mata rumah merah diberikan hadiah dan penghargaan.

Hurm, rasanya aku sudah sinonim dengan rumah merah. Kalau ditakdirkan dipindahkan ke rumah lain, adoi rasanya hancurlah hati ini. Good Luck Red House. Moga Piala Agung 2009 jadi milik kita!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, October 6, 2009

RESTUILAH MEREKA


Semalam di sekolah berlangsung majlis restu ilmu untuk para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PMR yang akan bermula 7-13 Oktober 2009. Aku tak ingin mengulas mengenai perjalanan majlis tersebut. Tetapi posting kali ini berkaitan dengan keberkesanan majlis yang diadakan, tujuan, harapan dan kesudahan selepas peperiksaan. Seperti biasa, di sekolah yang aku mengajar ini, para guru yang mengadakan majlis seperti ini untuk membolehkan para pelajar memohon kemaafan, memohon restu, dan mohon agar segala imu dihalalkan.

Walaupun aku turut menghadiri majlis tersebut, namun ramai yang tidak hadir. Terasa serba tak kena..bukan apa, dari segi teorinya memang tujuannya cukup murni. Namun persoalannya, dari segi penghayatannya, aku dapat rasakan keadaannya sama seperti setiap tahun. pelajar akan lalu, bersalam-salaman dan mohon maaf.Malah, ada yang tak bercakap sepatahpun..apatah lagi untuk memeluk guru, hatta mencium tangan sekalipun (kami guru-guru pun tak mengharapkan kerana sudah tahu teori semata-mata) Dan sebagai umat islam dan pendidik, seharusnya aku memaafkan mereka. Harus diberi restu agar perjuangan memasuki medan pertempuran dipermudahkan.

Berbalik kepada penghayatan, apabila selesai sahaja peperiksaan, maka para pelajar akan mula menampakkan wajah sebenar, apatah lagi berada pada tahap ketiga (tingkatan 3) merupakan saat peralihan. Dan selepas itu, mereka mula melakukan kesalahan yang tak sepatutnya mereka lakukan. maklumlah, dah menghampiri honeymoon year..

Terkenang kisah zaman persekolahan dulu, tidak ada majlis sebegini diadakan..Tapi kami akan mencari guru-guru di mana-mana sama ada di dalam kelas, bilik guru, padang waima di pasar sekalipun jika terserempak. Dan kami akan berjumpa dengan semua guru untuk memohon maaf serta restu. Betapa kami meletakkan kemuliaan guru pada tempat sewajarnya. Namun, mungkin abad ini, pendekatan berbeza, cara juga berubah, namun tujuannya tetap sama..Kepada guru-guru, restuilah anak-anak didikmu,,kerana tanpa restumu, tiada kemanisan dalam menuntut ilmu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 4, 2009

TRAGEDI LAMPU ISYARAT


Salam ceria pagi Ahad. Semalam, aku dikejutkan dengan berita tentang deretan kedai lama di Jalan Kamarudin Isa, Fair Park, Ipoh telah rebah menyembah bumi. Kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam telah meragut nyawa Mohd Zairi bin Mohd Sabri dan Mohd Firdaus bin Mohd Norzila. Manakala rakan mereka, Abdil Qudus Ismail cedera di muka dan pinggang akibat dihempap batu.

Untuk makluman rakan-rakan semua serta para pembaca, deretan kedai ini terletak di sebelah persimpangan lampu isyarat. Amat malang buat mangsa kerana sewaktu kejadian, kereta mangsa sedang berhenti di persimpangan lampu iyarat. Begitulah janji Allah, sampai waktunya kita semua akan dijemput, hanya lambat atau bangat sahaja yang memisahkan. Bila memikirkan pasal tragedi ini, terasa takut juga kerana saya selalu juga menggunakan jalan ini. Yalah, ajal maut di tangan tuhan, tapi kalau boleh nak juga menghembuskan nafas terakhir secara baik dan tenang. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi segala dugaan dari Allah S.A.W.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, October 2, 2009

SERANGAN TIGA PENJURU

Minggu ini, dunia khususnya dikejutkan dengan serangan tsunami di Samoa, taufan Katrina di Filipina dan gempa bumi di Padang, Indonesia. Seakan serangan tiga penjuru, air (tsunami), udara (taufan) dan darat (gempa bumi)..Serentak Allah menguji hamba-Nya. Alhamdulillah, negara kita masih terselamat dari sebarang bencana, walaupun negara-negara jiran sering diuji. Ya Allah, kami mohon perlindungan darimu akan segala musibah dan bencana..Ya Allah kami memohon kepadamu agar diselamatkan tanah air kami dari dugaanMu yang Maha Besar..Semoga Allah melindungi kita semua dari bala dan bencana...

P/s Jika Allah menurunkan bala, semua orang akan menerima akibatnya. Oleh itu wahai umat manusia, berpesan-pesanlah pada kebaikan. Berbuatlah kebajikan, tinggalkanlah kemungkaran dan kejahatan...


Tsunami


Gempa bumi


Taufan Ketsana


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget