WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 22, 2009

JASAMU DIKENANG




Buat Puan Hajah Umaimah yang bersara pada 31 Disember 2009




Jasamu Dikenang


Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan
tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.


Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman


Ahmad Sarju
Klang 1988

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 21, 2009

SAYA LUPA??


Salam buat semua..hari ini 21 november 2009. Hari pertama bercuti, hari yang melegakan dan hari yang menyedihkan. Agak lega kerana segala tugasan di sekolah yang diberikan sempat disiapkan dan dihantar kepada pihak yang berkenaan. Maka bermulalah episod cuti panjang buat kesekian kalinya. Bermula tahun 1987 sewaktu cuti penggal darjah satu sehinggalah sekarang. Sehingga bergelar seorang pendidik. Walaupun masih belum boleh meninggalkan Ipoh buat sementara, namun sekurang-kurangnya kepala ini kosong dengan timbunan kerja yang tak pernah habis.

Namun, sedikit perasan sedih bercampur sayu apabila tiba cuti panjang. Sememangnya semenjak tujuh tahun ini, sekolah inilah yang menjadi sebahagian hidup saya. Bertugas di sebuah sekolah berasrama penuh menyebabkan waktu untuk bermasyarakat menjadi terhad. Segala-galanya perlu ditumpahkan kepada sekolah ini. Bermula jam 6.00 pagi dan berakhir jam 10 malam. Yang menjadi sahabat hanyalah rakan-rakan dalam sekolah ini dan juga anak-anak pelajar yang sememangnya 24 jam tinggal di asrama. Saya juga tinggal dalam kawasan sekolah.Sebab itu apabila tiba je cuti panjang perasaan sedih bertandang apabila kehilangan buat sementara mereka yang saban hari mewarnai hidup ini.

Teringat ucapan dari seorang rakan guru sewaktu majlis persaraannya, katanya dia tidak memiliki sahabat-sahabat lain selain dari rakan-rakan yang ada di STAR. Bukan tidak mencari, tetapi tumpahnya kesetiaan hanya pada sekolah ini, pada anak bangsanya yang disayangi. Saya menulis di dinding FB saya mengatakan saya sedih apabila cuti bertandang. Rata-rata kawan guru pelik kerana pada mereka sangat seronok bila bercuti.

Bila bersembang dengan seorang sahabat yang agak akrab, katanya sudah sampai waktunya untuk saya mencari pasangan hidup. Ada benar juga kata-katanya. saya banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga lupa untuk memberi masa terbaik untuk diri sendiri.Adakah saya lupa??Saya termenung memikirkan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, November 16, 2009

RAJA KUTU


Sekolah dah nak cuti..macam-macam yang berlaku di sekolah..yang penting RAJA KUTU tengah mencari ahli-ahli untuk main kutu untuk tahun depan. Seperti biasa aku ambik dua kepala..sebulan RM 100 sekepala..untuk dua kepala nanti dapatlah dalam RM 2000..


Kutu ni ramai orang cakap pelaburan yang tak menguntungkan. Sebabnya takda dividen la, faedah la (riba??)..tapi aku rasa kutu yang selau selamatkan aku bila nak bayar road tax..haha.Tambah-tambah kereta baru. Aku dah berjinak-jinak dengan aktiviti kutu mengutu ni sejak sekolah lagi. Dah jadi habit pulak..yang penting aku tak jadi 'kutu'..haha.


Teringat ibu di kampung masa muda-muda sellau main kutu pinggan mangkuk la, periuk la, kapet la, macam-macam. kawan-kawan semua, suka ke main kutu???

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, November 15, 2009

MAKNA TERSEMBUNYI


Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 10, 2009

LUTUT TERCABUT!!


Semakin dekat dengan cuti, semakin tekanan terasa. Semuanya terkejar-kejar..Nak kena siapkan segalanya sebelum sesi persekolahan 2009 melabuhkan tiainya. Sebagai jalan keluar dari tekanan, petang tadi aku membawa anak-anak buahku seramai 23 orang bermain futsal selama dua jam di X-treme Park, Bandar Baru Sunway. Huhu agak pancitlah. Tak terkejar dengan stamina yang dimiliki oleh anak-anak muda berusia 16 tahun. Kita dah nak mencecah 30 an..nak lawan budak-budak yang berusia lebih sepuluh tahun muda..Namun, lawan tetap lawan.

Team kami (biru) akhirnya memenangi perlawanan selepas mengalahkan team putih di final..Haha penangan orang lama. Selepas game, aku belanja semuanya makan pizza Hut..Sekali sekala belanja budak-budak. Bukan apa kadang-kadang kalau di sekolah sebagai guru disiplin kita agak garang dalam mengawal disiplin mereka. Sesekali kena juga ada give and take..Macam bagi tali lah,, kadang-kadang kita biarkan je tali tu, tapi ada ketika kena tarik dengan kuat. Itulah yang aku praktikkan. Apatah lagi berhadapan dengan karenah pelajar yang semuanya lelaki.

Apapun selain dari kemenangan, aku juga dianugerahkan dengan hadiah yang agak bermakna. Haha lutut aku injured. Mak ai nak berjalan terhencut-hencut, nak tidur pun sakit nya. Masa main tak beringat diri dah senja, main macam remaja berusia 15 tahun.haha. Apapun ni lutut tengah bengkak ni..Thanks guys, next tyme cg bawak p bowling plak..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 7, 2009

BANJIR DATANG LAGI



hurm tengkujuh datang lagi..Dikhabarkan di Kelantan dan Terengganu, banjir dah melanda, Sehingga hari ini sudah 2,000 mangsa banjir telah dipindahkan. Bila musim tengkujuh, teringat zaman kana-kanak dulu. Seronok juga. Rumah aku tak lah dinaiki air, tapi selaunya tempat rendah dalam kampung kami memang naik air lah. Tibanya musim tengkujuh atau bah memang suasana seperti pesta. Masih teringat apabila musim tengkujuh tiba, orang kampung termasuk aku akan buat dua perkara utama. Pertamanya tahan pukat, huhu..Pukat ni di letakkan dalam petak-petak padi. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan sepat dan puyu. Satu lagi kami tahan 'taut'. Taut diperbuat dari kayu atau buluh seakan-akan pancing. Cuma bezanya taut ni kita tak tunggu, tapi biarkan sahaja. Dengan umpan katak auat anak puyu. Selalunya ikan haruan atau keli yang akan mengena pada taut.

Lately, aku tengok ikan puyu dah kurang lah. Kalau bah pun dah tak semeriah dulu. Kanak-kanak zaman sekarang seolah-olah kurang menghayati "roh' tengkujuh. Wah roh gitu..Dulu-dulu musim tengkujuh memang seperti pesta air yang besar. Apapun saban tahun bila tiba musim tengkujuh, pasti ada berita tentang mangsa lemas. Kepada ibu bapa di luar sana, awasilah anak-anak anda. Sesungguhnya air boleh membunuh !!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, November 5, 2009

SEKADAR RENUNGAN


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. "Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka. "Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.



Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya. Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu. Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


p/s : Sekadar renungan bersama, kasih ibu membawa ke syurga....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JUARA MILIK KITA



Inilah wajah2 ceria anak2 aku, iaitu penghuni RED HOUSE setelah memenangi PIALA AGUNG tahun 2009. Di kesempatan ini aku nak peluang untuk menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan guru RED HOUSE, anakanda Khairul Azmi (House Captain), prefects, F5 rumah merah dan semua penghuni rumah merah atas kerjasama selama ini. Setelah 7 tahun di STAR, inilah pertama kali RED HOUSE memenangi Piala Agung, iaitu anugerah Rumah Terbaik di antara 6 rumah di STAR. Tahniah semua!! Kejayaan ini turut dikongsi oleh guru-guru dan bekas-bekas penghuni RED HOUSE yang telah meninggalkan alma mater ini...Semoga kejayaan ini akan dapat dipertahankan pada tahun akan datang!!!

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget