WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 1, 2010

DOA HARI LAHIRKU (01 JANUARI 2010)



Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasih-Mu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat pada-Mu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini... pimpinlah hati hamba-Mu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

DaHLia said...

Happy Birthday!!!

Happy New Year 2010... hope you will have a happy and healthy new year!!!! ^^ :-):-)

imanshah said...

tk Dahlia

fidahchomell said...

selamat ari jadi jugak cikgu!

imanshah said...

Fidah..TQ

sonata anak kancil said...

Selamat Hari Lahir , semoga sentiasa ceria , sihat walafiat sepanjang tahun , sepanjang hayat....

Selamat Tahun Baru

abu muaz said...

Selamat menyambut hari ulangtahun. Moga kehidupan cikgu sentiasa di bawah rahmat dan lindungan illahi.

waruna said...

semoga bertambah ilmu dan ibadah..

imanshah said...

Kak sonata, Abu Muaz, dan waruna..terima kasih..sempga kalian juga berbahagia selalu

Izzah Al-Maliziyyah said...

"Ya Allah yang mengurniakan kami segala nikmat dan rahmat, aku memohon Kau ampunilah usia-usia kami di hari-hari semalam kami dan rahmatilah diri kami di hari-hari esok kami hingga kami kembali pada-Mu dengan hati yang selamat dan sejahtera."

Sannah helwah dari corner MyHumairaKu~

n@m@n said...

waah..bestnya tarikh lahir demo..


Selamat hari menjadi....

semoga cepat bertemu jodoh..


Aminnnnn!!!

Dj Epoi said...

ImanShah...

Betut tak betut nih...hari jadik Lu...

Kalau Betuut...
Selamat hari Lahir nooooooo...

Ingat ...Tahun Baru dah tiba !
Umur Baru juga telah tiba....!

Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan apa yg diperintah olehnya...

2010 satu yang walaweiiiiiii untuk Gua dan keluarga Gua...

Iman Doakan yer.....

Aku Cikgu Sekolah said...

AMIN...!

imanshah said...

Dj Epoi..awat tak percaya..gua lahir 1 Januari 1980..jam 1 pagi..huhu

kuIna LadyInRed said...

moga panjang umur murah rezeki...

akak dah ucap dah tp nak ucap kat sini pulak.

Cikgu Chun said...

Happy birthday!!! Semoga lebih suksess tahun ni...

cikgupj said...

Amiin...doa untuk cpj jugak...selamat menyambut hari lahir dan tahun baru.

Aidil Fadzil said...

Salam Imanshah: Selamat Hari Ulang Tahun. Moga hidup ini terus diberkati. Amin.

Cik Amy Sensei said...

happy belated birthday awak!!

fakhruddin said...

cg, happy belated birthday. sorry la sebab lambat sangat wish. saya ada camping dari 31dis09-3jan10 haritu. and thanks sebab wish birthday saya jugak! ;)

sorry takde hadiah. tunggu saya kije ye ;) ;)

blueCITY said...

salam

heppy belated besday
semoga tahun ini lebih baik buat saudara

selamat berkenalan

chekgu BaniHassim said...

happy blated bday..
seronok jadi baby tahun baru nih...
aku doakan ko semakin dekat..
dekat dgn ape yg ko cari...
amiin...

Batara Guru said...

happy birthday dan happy new year...errr dan selamat come back 2 skulla!

Tukang cerita said...

my dearest twin....
(wpun lain tahun....)

hepi bestday.....
semoga cepat bertemu jodoh...
amin!
:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget