WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 29, 2010

CHEER: DAHULU DAN SEKARANG





Gambar-gambar di atas merupakan tradisi yang ada di STAR dan masih bertahan sehingga sekarang. Cheer adalah sebahagian dari 'darah daging" STARIAN terutamanya sewaktu menghadapi perlawanan penting seperti bola sepak dan ragbi. Cheer bukan sahaja lambang kesatuan dan penyatuan semua STARIAN dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sekolah tercinta, bahkan ianya lebih daripada itu. Lagu-lagu rouse up, kenek-kenek la udang, kopi o, alhamdulillah syukur nikmat, inilah barisan kita, when the STAR dan banyak lagi memberi pengertian yang cukup mendalam kepada STARIAN. Apatah lagi jika pasukan lawan adalah MCKK. Bergema satu sekolah dengan suara STARIAN. Setiap STARIAN diajar untuk menghayati lagu-lagu cheer sebagai pelengkap kepada kehidupan mereka di STAR.

Namun sekarang, keadaan mula berubah. Generasi muda mulai bosan untuk menyanyikan lagu-lagu cheer. Kalau pergi ke padang pun mungkin kerana terpaksa.Nyanyian mereka mulai sumbang dan lemah. Perubahan ini berlaku seiring dengan perubahan zaman. Masing-masing mencari alasan apabila ada latihan cheer di padang. Persoalan yang cukup menarik untuk dikupas. Apakah semangat cinta akan alma mater juga turut terhakis?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

maiyah said...

generasi skrg dah byk berubah

muzhafar said...

salam cg shahnun,,
ia,,
sy akui mmg semangat cheer semakin pudar dlm kalangan pelajar sekarang terutamanya junior,,
berdasarkan pengalaman sy,
sy mula mengerti bahawa cheer itu sgt penting adalah hanya kita sy di tingkatan empat dan lima di mana sy mewakili sekolah dlm pancaragam,,
kadang-kadang, sy juga berfikir,, kenapa perkara sebegini berlaku?
adakah starian kita bersikap individual shj?
apa yang pasti, pada pendapat sy, kaedah latihan cheer perlu dikaji semula dari akar umbi dan sejauh mane keberkesanannya,,

imanshah said...

Muz, cg ada tanya budak form 2, antara pg cheer ngan tengok TV mana pilihan, semua cakap tengok TV..hurm,, apa kata buat cheer sambil pasang muzik..

abid_pm said...

salam..
lagu-lagu cheers patut dihayati..
dulu time saya di tingkatan rendah,,saya dipaksa untuk menghafal lagu rouse up..mungkin cara senior agak membuli..tapi secara tidak langsung..saya diajar untuk menyayangi sekolah saya sendiri..

Dj Epoi said...

Salam......

Perlu diterapkan lagi kat diaorang yg muda2 nih.....

Terapkan sambil pegang rotan...hahahhahahahah.......

ONE ZABA said...

ku lihat ada wajah-wajah bekas pelajarku dalam gambar.

insan pendidik said...

salam,

IP perasan kalo skolah2 elit tu bjaye menanam smgt kekitaan yg kuat kat pelajarnye tu mungkin melalui tradisi cam ni juga sbb tu la persatuan bekas2 plajarnye pun kuat juge

JHaZKiTaRo said...

salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang laa singgah blog hamba.. :)

iqbalsyarie said...

wah!haha...kenangan silam!jika ada peluang,mmg teringin sgt menyanyikan lagu rouse up! mmg akan meremang bulu roma.lagu 'berhantu' kot..hahaha

adol ihsan said...
This comment has been removed by the author.
[~ killerzonboard~ ] said...

yup!!
do agree wif muz!!
sy pon mule rs cheer tu best bile sy msuk f3!!
maybe awl2 tu xrase lgi semangat STARIAN yg ader dlm diri tu..
but as time goes on, STARIANS will stand side by side and sing out loud their cheer songs!!

once a STARIAN, always a STARIAN!!
LEOnairats!!

norman.bulat said...

erm..xtaw nk ckp pe..
maybe dorg ni manje sgt kot..
sbb dulu..if kami x pegi..
we're in big troubles with the seniors!HAHA..

Mista Zam said...

i miss the moment!
Rouse up rouse up young STARIAN all!
behold the golden age of STAR.

*igt x cheer 'balik kampung'? lpe aaa, kasi clue skit. =.='

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget