WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 21, 2010

GELAGAT ANAK-ANAK TINGKATAN 1


Gambar yang saya snap ni merupakan gambar pelajar tingkatan 1 tahun 2009 Mereka sedang berebut untuk menggunakan pondok telefon. Inilah antara gelagat-gelagat pelajar tingkatan 1 apabila masuk ke asrama. Lepas sahaja kelas, solat, makan, riadah atau prep, tempat pertama mereka adalah pondok telefon. Maklumlah, inilah kali pertama berjauhan dari keluarga. kadang-kadang kasihan juga pada mereka. Ada yang datang ke Sekolah Berasrama Penuh jauh nun dari Johor di selatan, Kelantan di timur mahupun Perlis di utara. Malah ada satu ketika ada yang datang dari Sabah dan sarawak.

Namun, demi cita-cita untuk belajar di SBP, semuanya terpaksa ditelan. jangan cakaplah kalau yang menangis tu. Ramai yang saat ini tak sayangakan air mata. jadi salah satu antara tanggungjawab guru adalah memujuk, dan terus memujuk. Tak palah, itulah antara tanggungjawab yang perlu digalas bila mengajar di SBP. Semoga kalian miliki jati diri yang teguh, buat bekalan untuk menginjak dewasa duhai anak-anakku..walaupun terpaksa berjauhan dari insan-insan yang dicintai..Semoga sukses semuanya!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

iqbalsyarie said...

wahh...mcm saya masa muda2 dulu...habis stok syiling kat public phone..last2 form4 bawak hanset sorok2.hahaha

Cikgu Adham said...

salam..

hah hah hah jgn kata gtu.. kawe dulu pun macam tu la berebut public phone selepas mkn mlm sebelum gi prep hahahhaha.. kdg2 rela mkn ckit dan x mkn langsung sebab nk gi public phone sebelum org rembat keh keh

xiiinam said...

Anak teruna ckLah...belum telefon lagi sejak daftar ke SBP tempohari...

Masa melawat Sabtu lepas....nampak juga 'ketegangan' di wajahnya, dek berjuang menyeseuaikan diri dengan kehidupan baru....

kami bawa keluar.....menikmati Soto sambil menikmati angin sepoi-sepoi di jeti muara.....

farid said...

haha..teringat wktu form 1..homesick gler babi

Cik Cookie said...

tingat CC kat hostel dulu.
balik prep je call mak mengadu nak tido umh

n@m@n said...

kawe bulih MRSM PC tapi dok g pon..hehe

x'emriust said...

form katekan baru g ngan alam asrama...bila lah public phone kt STAR nk bertambah..

Rahul said...

perkara yang diulang setiap tahun oleh pelajar star.saya selalu memerhatikan gelagat mereka kerana itulah fitrahnya menjadi pelajar star.selepas ibu bapa sedih meninggalkan mereka,muncul ramai bapa yang pula menjaga mereka,yang sentiasa memberi nasihat,yang sentiasa memberi belas kasihan,yang ikhlas mendidik.
yang pasti satu hari nanti,anak-anak ini akan tertawa jika mereka pula melihat gelagat pelajar Form 1berikutnya.

Cikgu Chun said...

Mungkin ini lah kali pertama mereka berjauhan dengan parent. So, tggal di sek berasrama bolehlah dianggap sebagai latihan untuk berdikari.

*Teringat kawan2 satu asrama dulu...

ZaCkG fRiDzHa said...

hahaha...situasi yg sama setiap tahun....mmg mcm tu lah...public phone perkara pertama...hehehehe

fakhruddin said...

oho teringat zaman muda2 dulu. sanggup beli gula2 10sen guna duit seringgit sebab nak baki syiling 90sen. nak telefon. hahaha

insan pendidik said...

salam,

itu yg semangat kental ade tu tak bole nak biasekan diri mintak balik skolah kat umah semula

.::zaimah::. said...

t'igt la plak zmn dlu2..huhu
rindunye waktu itu..=)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget