WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 31, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH : MAJLIS PERPISAHAN 11 GURU







Hari ini, STARIAN kehilangan ramai guru yang berdedikasi, hari ini juga, para guru kehilangan sahabat yang disayangi. Bertemu dan berpisah, adat dunia. Semuanya telah tertulis di azali. Yang patah kan tumbuh, yang hilang tetap berganti. Namun, yang berganti, belum tentu sebaik yang pergi. Didoakan buat semua, selamat meneruskan khidmat bakti untuk putera dan puteri. Terima kasih atas persahabatan ini, semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati. Andai roda kehidupan semalam bisa diputar kembali, ingin rasanya mengulangi saat-saat duka dan suka semula. Terimalah permainan dunia ini dengan hati yang redha, esok lusa belum pasti, untung sabut timbul, jika batu, tenggelam lah ia.

1) Pak Uda @ Mior Shamsudin > Malay College Kuala Kangsar
2) Zaini Mohammad > SM Sains Faris Petra, Kelantan
3) Salwani bt Abdul Hamid > SBPI Rawang, Selangor
4) Sumiliah bt Roslan > SMK Tasik Damai, Ipoh
5) Asmawati bt Abdullah > SMK Raja Chulan, Ipoh
6) Mohd Saufi bin Ismail > SMK Tambun, Ipoh
7) Ashrafi bin Che Hassan > SMK Toh Indera Wangsa, Batu Gajah
8) Maimunah bt Kasah > SM Sains Kubang Pasu
9) Wan Mahanum bt Meor Muhammud > SM Sains Tapah
10) Mohd Halmi bin Abdul Halim > SM Sains Tapah
11) Mohammad najib bin Na'aim > SM Sains Tapah

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

ramainya berpindah...semoga perpindahan itu merupakan kebahgiaan kepada mereka - perpindahan kerana alasan/sebab yang tersendiri...ade naik pangkat kot...atau kerana ikut suami/ister dll...apa2 pun yang hilang akan diganti..patah tumbuh , hilang berganti

iqbalsyarie said...

bengangnya sbb tak penah ada peluang nak melawat Star.Jujurnya,mmg takde masa.Sedangkan cuti sem pun 7 hari aje.kelas pulak isnin sampai sabtu.ahad aje cuti..takde masa nak lawat cikgu2...huhu...sedihnya...
maafkan saya cikgu..nanti bila saya dah berjaya saya janji akan jejaki cikgu2 semula.Moga2 panjang umur semuanya..Amin...

x'emriust said...

berpindah sebab pe ckgu? byk yg berpindah ke sekolah biasa jer?? dipindahkan or memindahkan diri sebab x tahan kt STAR? byk antara mereka guru n warden yg best2..hehe

adol ihsan said...

t.ksih atas semua pengorbanan cikgu2 tu semua.. slamat mnjalankan tugas di sekolah baru kelak..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget