WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 23, 2010

HAYUN JANGAN TAK HAYUN


Pertamanya takziah buat Almarhum Sultan Iskandar, raja dan pemerintah negeri Johor Darul Takzim yang telah dijemput pulang oleh Allah semalam. Semoga roh almarhum akan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Saya nak bercerita tentang satu perkara yang berlaku petang tadi sewaktu saya dalam perjalanan ke Pasar Malam di Bercham Raya, Ipoh. Selepas melalui lampu isyarat di persimpangan Giant (saya berkereta), tiba-tiba banyak kereta di hadapan saya memperlahankan kenderaan masing-masing. Rupanya terdapat sekatan jalan raya yang dibuat oleh jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Owh, para penjawat awam beruniform biru ini sedang mengadakan operasi. Menahan kenderaan yang kebanyakan motosikal bagi memastikan penunggangnya memiliki lesen dan cukai jalan yang sah.

tiba-tiba saya melihat salah seorang pegawai JPJ keluar dari semak tepi jalan sambil memegang walkie talkie dan sebatang kayu yang saya kira sebesar lengan. Para penunggang motorsikal yang saya rasa tidak memiliki lesen memandu tiba-tiba membuat pusingan dalam kesesakan jalan raya. Apatah lagi jalan itu jalan sehala. Kejadian tersebut betul-betul berlaku di hadapan kereta saya. Dengan tidak semena-mena pegawai JPJ tersebut cuba mengejar penunggang motosikal dengan cuba memukulnya dengan menggunakan kayu.

MasyaAllah, saya terkasima dan terkejut. Bukan apa, saya takut jika hayunan kayu tersebut betul-betul mengenai penunggang motosikal tersebut. Apa akan jadi. Lagi satu, saya bimbang yang dipukul tak dapat, kereta saya jadi mangsa. Saya memang terkejut beruk dengan peristiwa tersebut. Rupanya ada juga penjawat awam yang berkelakuan sebegini. Saya tahu mungkin mereka telah letih menghadapi karenah para remaja yang menunggang motorsikal tanpa lesen dan cukai jalan yang sah. Namun, saya kira , ini bukan cara yang tepat untuk bertindak.

Apatah lagi kejadian berlaku pada waktu petang dan disaksikan oleh ramai orang. Keadaan ini seakan-akan mengesahkan betapa pegawai keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kita bertindak samseng. Walau bukan semua yang terlibat dan masih ramai yang berhemah di luar sana, namun inilah yang dikatakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..Apapun saya tetap tabik kepada penguatkuasa JPJ yang selalunya cool aja bila menjalankan tugas!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

eXception said...

Aku sebagai warga JPJ pun malu dengan perangai pegawai mcm tu... Tapi biasalah org dah dpt pangkat tggi... Tentunya berlagak...

AHMAD HELMI said...

ni common scene klu kat India..
polis wajib bwk rotan setebal nk buat sofa rotan..diorg akan cube bantai kat sape2 lari dr road block..
tp yg biase tgk dorg pakai rotan tu bantai penunjuk perasaan..

iqbalsyarie said...

wah...tak pernah tengok lagi kot org 'meroyan' mcm tu..haha

maiyah said...

tensen tu gaknya geram ngan yg motor u turn tu.. tp mmg camtu le gayanya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget