WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 16, 2010

SABTU YANG MEMENATKAN


Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki ke daerah-daerah di negeri Selangor yang berjiran dengan Perak akhirnya tercapai. Pagi tadi, saya berpeluang untuk menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke daerah Tanjung Karang, Selangor. Ini adalah kerana saya telah menghantar motorsikal LC saya untuk dipinjamkan buat sementara waktu oleh adik saya yang memulakan praktikum perguruannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang. Terima kasih buat dua sahabat saya, Cikgu Izaheri dan Cikgu Zainuddin yang turut menemani. Fuh!! sakit tulang belakang menunggang motorsikal dari Ipoh ke Tanjung Karang. Sahabat-sahabat saya mengekori menaiki kereta di belakang.


Antara pekan atau daerah yang dilalui ialah Gopeng, Kampar, Langkap, Ayer Kuning, Teluk Intan, Hutang Melintang, Sabak Bernam, sungai Besar dan akhir sekali tanjung Karang. Nak dijadikan cerita tayar motorsikal saya pancit sewaktu melalui pekan Lankap .Mujur kedai motorsikal dekat sahaja. Sepanjang perjalanan tiada halangan yang menimpa kecuali tayar motorsikal pancit. Akhirnya setelah 3 jam setengah perjalanan, kami tiba di Pekan tanjung karang. Setelah menyerahkan motorsikal kepada adik saya,kami telah bersolat di masjid Ar-Raudah, tanjung Karang dan makan tengah hari di pekan Tanjung Karang.


Dalam perjalanan pulang, sahabat saya telah membeli menteram, iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan siput. Wah! inilah buat pertama kali saya berkenalan dengan mentaram. Boleh tahan juga harganya. RM 5 sekilogram. Mentaram dijual di sepanjang jalan antara Sekincan dan Sungai Besar. Begitu juga dengan gerai buah-buahan dididrikan di sepanjang jalan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.


Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Daerah Bagan Datoh. Ada dua tujuan. Pertamanya untuk menziarahi seorang rakan yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, dan keduanya untuk melihat sendiri daerah Bgana Datoh, satu-satunya daerah yang belum lagi saya jejakkan kaki. Kami sempat mengunjungi pekan Bagan Batoh yang agak sederhana dan sunyi serta mengunjungi jeti Bagan Datoh. kelihatan para pemancing sibuk memancing udang. kami sempat merasai soto bagan Datoh sebelum bertolak pulang. Di kiri kanan jalan kampung dipenuhi dengan pokok kelapa. Apatah lagi Bagan Datoh sememangnya terkenal dengan pertanian kelapa.

Akhirnya saya sampai di Ipoh pada jam 8.00 malam setelah hampir sehari keluar berkelana melihat keindahan ciptaan Ilahi. (sempat berposing di jeti bagan Datoh..sudah semakin gumuk!!)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

a kl citizen said...

assalammualaikum iman

sempat berposing ya, di bagan datoh
.
mentaram tu dimask macamana?

imanshah said...

kak normah..saya pun tak tahu, baru pertama kali berkenalan dengan mentaram..kawan yang beli, saya idak le

n@m@n said...

satey dkt tanjung karang best wooo

maiyah said...

mentaram masak cili kot atau gulai hehe

Aku Cikgu Sekolah said...

Nice trip bro, tq...JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN...sebelum keluar STAR, Insya Allah aku nak berkelana ke daerah TUMPAT pulak, walaupun sebentar cuma ...!

xiiinam said...

Salam...
1. Jalan Teluk Intan, Hutan MElintang, Sabak Bernam, Sg Besar...itu tempat ckLah main kejar-kejar....cikgu dah melewati rumah ckLah dekat Jambatan tu.....alahai, tak singgah!


1. Pukul berapa agaknya cikgu di SABDA tu? Saya pun berada di situ semalam (lihat entri saya). Siapa nama kawan cikgu yang naik pangkat di Sabda tu?

insan pendidik said...

Salam,

seronok yea sekali sekala menyusuri bumi ciptaan Tuhan. Dapat pulak berkenalan ngan mentaram tu hehe

Bapak said...

salam,

salute lah naik moto dari ipoh sampai tanjung karang...

mentaram ke mentarang? Bapak panggil siput tu mentarang...peberet jugaklah walaupun x selalu makan.

dulu masa bujang pernah sampai ke kuala perlis semata-mata nak makan mentarang. macam2 leh masak salah satunya masak asam.

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT. Hehe macam kenal je akak yang jual mentarang tu. Saya sangat penggeli untuk pekena mentarang. Kalau beli pun, hanya untuk family yang datang bercuti.

Em, tak singgah rounding pekan Sungai Besar ke cikgu? Semua tempat yang cikgu lalui tu saya sudah sampai includ jeti Bagan Datoh. Lain kali kalau ke Tanjong Karang, jangan lupa pekena Mee Udang Banjir~

imanshah said...

CK lah..cg Zulkifli bin Din..PK Koko

imanshah said...

Aishah..ayoyo..sekejap cuma di sana..tarak sempat nak merasa mee udang ler

ikan emas said...

N3 ni buat ikan emas sayu laa..
teringat nostalgia lama..
dedulu SDH tu tempat ikan emas berenang-renang menimba ilmu ..

xiinam,
wah !!!
kita macam seperjalanan laa..
nanti ikan emas berenang ke kolam awak ya !

...rindu kat kg ni.

ikan emas said...

iman,
org kata menterang tu ada sejenis lendir yg perlu dibuang sebelum memasaknya..tak tau laa.

ii) knp tak cuba soto T.Krang gerai sebelah amsjid depan sekolah tu? sedap giler

ikan emas said...

Cikgu,
ikan emas nak buat pembetualan boleh?

i) Hutan Melintang bukan hutang..( org situ tak suka hutang-hutang , cash je !)

ii) Mentarang bukan Mentaram ..( eh ingat Mataram ke ?)

iii) Bagan Datoh belum jd daerah lagi..ia terletak dlm pentadbiran Daerah Hilir Perak ( yg berpusat di Teluk Intan...mmg bagan datoh glamer sb pokok kelapanya, tp sekarang dah tak byk lagi kan ?

Sekian pelajaran kita hari ini.

imanshah said...

ikan emas..terima kasih lah atas kesudian menegur hamba..mentarang ek..adoi lupa la..sekali tu je tengok..ahah kelapa dah banyak kena tebang ganti dengan kelapa sawit..

CIKGU ROSSA said...

bukan MENTARAM tapi MENTARANG...he2.sejenis makanan laut macam kerang.tapi dia besar dan panjang....

Mohammad Aiman said...

waaahh....
jauh nye outing..
haha..
x singgah sg buloh..
huhu

ZaCkG fRiDzHa said...

cikgu...mentarang, bukan menteram....hahaha...masak dye same je macam masak kerang atau kepah...lebih kurang je spesis tu...hahaha...nape tak singgah sate hut? sate ter-best kat tanjung karang...hahaha^_^

x'emriust said...

btol tu nmpk berisi dah skng huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget