WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 15, 2010

BAS CATAR



Cuti sekolah datang lagi. Bersempena dengan kedatangan Tahun baru Cina, seperti sebelumnya, sekolah mengambil cuti berganti bagi memberi peluang kepada para pelajar yang datang dari seluruh Malaysia untuk pulang bercuti. Yalah, walau semua pelajar berbangsa Melayu namun jika cuti 2 atau 3 hari, menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung sebab pelajar-pelajar STAR bukan hanya datang dari sekitar perak, malah ada yang datang dari Terengganu, Kelantan, Johor mahupun Perlis.

Hari itu, saya dipanggil oleh tuan pengetua. Dengan perasaan berdebar-debar, saya menemui pengetua. Yalah, takut juga jika kita telah melanggar peraturan ke, apa ke. Tuan pengetua menunjukkan satu surat permohonan dari pelajar berkaitan dengan keizinan pengetua membenarkan mereka menggunakan perkhidmatan bas catar untuk pulang ke Kelantan dan Terengganu. Rupanya, tanpa pengetahuan kami, pelajar-pelajar sebelah Pantai Timur telah berurusan dengan sebuah syraikat pengangkutan yang berpangkalan di Dungun, Terengganu.

Hurm, kami tertawa bersama. Bukan sebab marah kerana urusan dibuat tanpa pengetahuan kami. Tapi, kemampuan dan kehebatan mereka menguruskan bas catar ini. Tiket sudah habis terjual, waktu perjalanan juga dah ditetapkan. Dan yang penting, bas akan datang ke sekolah mengambil mereka. Yang tinggal, hanyalah kebenaran dari pengetua. Hurm, tuan pengetua mohon saya menyiasat syarikat ini. Bukan apa, tak mahu mereka semua ditipu, maklumlah, berurusan dengan pelajar, apa-apa boleh terjadi.

Rupa-rupanya, mereka berurusan dengan bekas pelajar yang memang saya kenal sangat di UTP. Lega hati. Dan saya kira, semuanya berjalan dengan lancar. Akhirnya bas tiba tepat pada masanya da para pelajar akhirnya telah selamat tiba ke destinasinya. Satu perkara yang saya sedar, pelajar-pelajar saya memang hebat, walau masih di bangku sekolah, namun keupayaan menguruskan sesuatu yang selalunya dibuat oleh orang yang lebih dewasa, membuatkan saya tersenyum. Inilah kelebihan yang mereka ada dan tak ada di tempat lain!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Abd Razak said...

Salam..:)

Kagum dengan sikap pelajar saudara

trulyidea said...

Sepanjang saya berada di STAR ialah pelajarnya memang banyak pandai menguruskan sesuatu benda. Tetapi belum pernah urusan dengan bas luar. Kira hebat juga pelajar cikgu ni.

insan pendidik said...

salam,

Alhamdulillah yg ptg mereka selmt ke destinasi dan berjumpe klrg tersayang

n@m@n said...

sekolah demo meme mantap!!!

a kl citizen said...

assalammualaikum

alhamdulillah masih ada pelajar2 yang proaktif dan berpandangan jauh begini

DaHLia said...

baguslah pelajar boleh berdikari sendiri ...kalaulah pelajar2 saya pun macam ni, bertuahnya rasa... :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget