WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 16, 2010

SATU HARI EMPAT NEGERI

Salam buat semua. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan GONG XI FACHAI buat semua rakan-rakan tionghua saya sama ada di sekolah mahupun pembaca yang setia saya. Alhamdulillah, inilah unik Malaysia, bila sebut sahaja perayaan, yang teringat adalah CUTI. Makanya, saya bercuti selama seminggu dari kesesakan dan timbunan kerja yang semakin bertambah, dan dari suasana persekitaran tempat kerja yang semakin hari menyebakkan. So, entry kali ini bertajuk 'satu hari empat negeri' memaparkan kembara saya dalam sehari ke empat buah negeri bermula di Perak, Kuala Lumpur, kemudian Selangor dan terakhirnya Pahang. saya sememangnya bercadang untuk menghabiskan sisa cuti saya di Kajang, Selangor kerana ibu berada di sana menemani adik yang baru bersalin.

Saya menumpangkan 4 orang pelajar saya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing setelah mereka menyiapkan tugasan Bahasa Inggeris mereka di Ipoh. Sungguh berbakat mereka kerana dapat menyiapkan video berkaitan cerita seram. Destinasi pertama yang dituju adalah Tanjung Malim, sebuah bandar yang memiliki sejarah tersendiri. Di situlah terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris atau MPSI yang kini dikenaiktaraf menajdi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). MPSI terkenal dengan jolokan " The Cradle of Malay Nationalisme" yang diberikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Tanjung malim juga terkenal dengan jolokan Bandar Proton.


Dari Tanjung Malim, Perak, saya memasuki ibu kota negara, Kuala lumpur. Seumur hidup saya, inilah pertama kali saya memandu di Kuala Lumpur. Lawak bukan?? Bukan apa, selalunya saya lebih selesa menaiki bas bila berkursus di Kuala lumpur. Tapi kali ini saya memberanikan diri menerjah ibu kota yang sememangnya sibuk dengan ribuan kenderaan setiap hari. Mujurlah, hari cuti umum sempena Tahun baru Cina, maka dapatlah saya bermaharajalela di jalan raya dan lebuh raya Kuala Lumpur. Setelah menghantar anak-anak di KL Sentral, maka bermulalah episod makan buah langsat. Sebenarnya buha langsat tu SESAT.Haha, jangan terkejut, saya yang bengong tentang Kuala Lumpur akhirnya terperangkap selama 40 minit di Kuala Lumpur.Banyak betul fly overnya, lebuh raya tak terbilang.Tol pulak ada di mana-mana. Akhirnya berkat kesabaran, ada juga cahaya di hujung terowong. Saya dapat meloloskan diri ke kajang.


Saya sampai di kajang pada jam 3 petang. Lega rasanya kerana destinasi terakhir dapat ditemui. Namun, sesampai je di sana, tiba-tiba adik berkata , "alang-alang dapat gathering bersama ni, apa kata kita g umah kakak di Kuantan?". Di Kajang kami berkumpul 4 beradik bersama ibu. Hurm, apa nak dikata lagi. Saya mohon untuk tidur sejam. Selepas itu, maka bermulalah pengembaraan saya dan keluarga ke Kuantan, Pahang. Mujur, saki baki stamina masih ada. Yang penting, saya dapat menguji pandu Grand Livina milik adik.

Yang atas tu gambar kakak saya yang bekerja di Kuantan. Ni kakak kedua saya. Kami sampai di Kuantan dalam jam 9 malam. Fuh, memandu di Lebuh raya Pantai Timur yang agak lengang jika nak dibandingkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Di Kuantan, kami makan hidangan special, ikan kerapu dan siakap bakar. kata kakak, dua ekor ikan beharga seratus lebih. Namun, kesedapannya menjilat jari. Sememangnya, Kuantan terkenal dengan ikan bakarnya.

Inilah serba sedikit cerita pengembaraan saya untuk kali ini. Selamat beramal!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

wow! marvelous....1 hari 4 negeri...penat giler beb! tapi orang muda stamina kuat...!apa2 pun berhati2 ye memandu tu...ikut speed limit ye...selamat bercuti2 malaysia

al-lavendari said...

bagus juga adik beradik tinggal di merata tempat ni .. secara tak langsung menyebabkan kita pergi melancong.

p.s saya belum pernah cuba memandu Grand Livina lagi..

ikan emas said...

apa kata lepas ni buat trip satu hari satu semenanjung..

insan pendidik said...

salam,

ni baru le nama cuti2 malaysia smbil menjelajah dpt jumpe famili ...

DaHLia said...

woo...signboard tjg malim tu sangat legend okes...

biasalah kan...biar penat mcm manapun, untuk keluarga, tetap gagahi jua...

anyway, kuantan memang terbaekkkk ikan bakar ^_^

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT. Saya selalu juga buat rekod satu hari empat negeri. Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis. Paling lasak, saya cuma memandu Kancil 1.3 secara manual berseorangan.

Sekarang sudah 1.6. Nampaknya semakin malas buat empat destinasi seperti dulu. Hendak merempuh KL pun fikir berjuta kali. Dulu lain, sekarang lain. Barangkali tahap metabolisme saya semakin menurun.. hehe~

xiiinam said...

ckLah di Tanjung Malam Ahad lepas...

imanshah said...

CKlah..Tanjung Malam tu nama bari bagi Tanjung Malim ka??haha

a kl citizen said...

assalammualaikum iman

saya yang duduk kl ni pun selalu makan buah langsat kat sini...
lain kali kena pakai GPS

kat mana di kuantan tu makan ikan bakar?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget