WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 18, 2010

ZIARAH BATCH of 47

Salam ukhuwwah buat semua, hari yang ke-6 kita semua bercuti bagi yang bercuti. Kali ini, entry saya adalah berkaitan dengan satu program yang dianjurkan oleh bekas anak-anak murid saya. Eloklah kiranya saya menamakannya sebagai ZIARAH BATCH 47. Berlangsung di Ipoh, Perak, sekumpulan bekas pelajar saya iaitu batch 47 yang terdiri daripada 35 orang pelajar telah mengadakan ziarah guru-guru. Bukan senang hendak mengumpulkan khalayak dalam jumlah yang ramai, apatah lagi mereka semua datang dari seluruh pelusuk negara.



Pada mulanya saya mendapat sms daripada seorang bekas pelajar saya iaitu Abdul Hadi Muti yang menyatakan tujuan kehadiran mereka adalah untuk menziarahi guru-guru mereka di Ipoh di samping mengadakan reunion batch mereka. Alhamdulillah, saya menerima permintaan mereka dengan berlapang dada dan mewar-warkan kepada rakan-rakan guru yang lain. Ya lah, hasratnya cukup murni, menziarahi guru-guru yang banyak berjasa kepada mereka. lima tahun berkelana di Ipoh,kamilah yang menggantikan ibu bapa mereka. sakit, pening, demam semuanya diuruskan oleh guru-guru. Dan saya kira inilah buat julung-julung kalinya program ziarah ke rumah guru-guru diadakan. Syabas buat Abdul hadi dan hizamy selaku penganjur program.



Hari itu saya dan Cg Zuraida berkongsi untuk menjamu mereka. Alhamdulillah, walaupun tidak seberapa jamuan yang kami adakan, namun yang penting melihat mereka bergembira dapat bersua muka. Berkongsi pahit manis kehidupan mereka serta bertanyakan khabar tentang aktiviti terkini mereka. Alhamdulillah, semuanya sudah menjejakkan kaki ke menara gading dan ramai juga yang sudah melanjutlkan pelajaran ke luar negeri.Seperkara yang membuatkan suasana tak kering gusi adalah melihat telatah merka yang masih tidak berubah walaupun sudah menginjak ke usia 20 tahun pada tahun ini.



Program Ziarah dimulakan dengan lawatan ke rumah Tuan Haji Sidek, bekas materan yang banyak membantu anak-anak ini tatkala sakit. Kemudiaannya diteruskan ke rumah Cik Zuraida di Klebang Putra. Selepas solat zohor, mereka bergerak ke rumah Ustaz Rusdi, iaitu bekas guru Pendidikan Islam STAR dan warden Rumah Kuning di Simpang Pulai. Oleh kerana kesuntukan masa, rumah terakhir yang sempat dikunjungi adalah rumah Cikgu Izaheri, bekas warden serta guru disiplin STAR yang terletak di Batu Gajah. Alhamdulillah, guru-guru menerima kehadiran merekja dengan penuh kasih-sayang walaupun satu ketika dahulu banyak karenah yang ditimbulkan.



Pada hari tersebut program diteruskan dengan acara BBQ di Teluk Batik, Lumut. Makanya, tugas saya sebagai juruiring berakhir di situ kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Keesokan harinya, program ZIARAH diteruskan ke rumah Ustaz Mohtar dan Puan Hajah Noridah Ramlan. Kedua-dua rumah terletak di Tambun. Sebelum bergerak pulang, batch of 47 sempat bertemu dengan Encik Kamaruddin Ghazali, iaitu bekas PKHEM STAR. Dan destinasi terakhir adalah melawat Mr Yoong Kwee Soon, sempena sambutan tahun baru cina.



Ternyata selepas 3 tahun meninggalkan alma mater ini, ingatan terhadap guru-guru masih belum pudar. Saya tersentuh apabila salah seorang daripada mereka berkata, " Cikgu, terima kasih kerana menerima kehadiran kami semua!!" Duhai anak-anakku, biar siapapun kamu, biar apapun kamu, biar bagaimanapun kamu, kamu semua tetap sebahagian daripada yang telah mewarnai kehidupan cikgu!! Semoga kalian terus kuat jalinan ukhuwwahnya, terus utuh sulaman persahabatannya. Usah ada daripada kalian, yang layu sebelum berkembang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

Bila anak2 didik kita telah berjaya...seronoknya bukan main lagi...lupa segala kerenah yang pernah mereka lakukan...ini anak2 yang baik budi pekertinya @ sahsiahnya....jasa cikgu akan dikenang! kerana cikgu la yang menjadikan mereka seperti mereka pada hari ini....alhamdullilah amanah cikgu telah terlaksana untuk mereka...tahniah cikgu !

imanshah said...

kak Sonata, inilah sebenarnya keseronokan mengajar kan, kalau difikirkan tentang politik di sekolah memang rasa nak resign, tapi bila ada anak2 yang berjaya mecam ni, semuanya hilang!! Tiada pelajar, tiada cg

iqbalsyarie said...

saya tak tahu samada cikgu perasan atau tak.Saya takde masa tu.Sedih sangat2.Kebetulan masa tu,hanya satu-satunya cuti saya,maka saya terpaksa ziarah mak ayah saya kt kg.huhu...susah benar nak bercuti kat sini.huhu...moga2 kelak nanti kita jumpa sportday ni.InsyaAllah saya akan usaha datang Star.Rindu kat cikgu Shahnun...

iqbalsyarie said...

saya tak tahu samada cikgu perasan atau tak.Saya takde masa tu.Sedih sangat2.Kebetulan masa tu,hanya satu-satunya cuti saya,maka saya terpaksa ziarah mak ayah saya kt kg.huhu...susah benar nak bercuti kat sini.huhu...moga2 kelak nanti kita jumpa sportday ni.InsyaAllah saya akan usaha datang Star.Rindu kat cikgu Shahnun...

imanshah said...

Iqbal, yang datang semua saya ingat, ada berbicara pasal Iqbal dengan Shah izzat. Alhamdulillah, Iqbal berjaya dengan cara sendiri. Takpe, utamakan dulu keluarga, insyaallah ada masa dan ketika kita akan bersua jua!!

arizan.nurhizman said...

salam cikgu. thanks untuk entry ni cikgu. sori sangat2 saya x dapat datang haritu. yela, cikgu dah byk dah tolong masa kat skolah dulu. Cikgu doakan saya pulang dengan kejayaan.

fakhruddin said...

cikgu, sorry sebab tak dapat join kawan2 pergi ziarah cikgu. waktu tu akak saya bertunang. tapi memang saya nak join sebab rindukan cikgu & cikgu2 yang lain. sampaikan salam rindu pada semua cikgu2 star ;'-)

Idalara said...

seronoknya jadi cikgu..teringat kembali zaman jadi cikgu..pulak tu jadi cikgu kesayangan anak2 murid..lebih seronok bila anak2 murid kenang jasa cikgu2 mcm imanshah..susah nak dapat pengalaman mcmni..

Idalara said...

rasanya imansah ni seorg cikgu yg disayangi anak2 murid..sebab tu ramai yg rasa frust sbb tak dpt ikuti ziarah ni..

- abdul hadi abdul muti - said...

lepas pg umah mr yoong tu,saye,saifuddin,shah dengan syafiq shah sempat pg umah cikgu maimunah yang nak dapat anak lagi 3 bulan.huhu

imanshah said...

owh, lama daj tak jumpa dia.maklumlah dah jauh di utara

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget