WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 19, 2010

HKSBP ZON UTARA :PENGUASAAN SEKOLAH-SEKOLAH PERAK

Kontijen STAR ke HKSBP Zon Utara - mana saya? hurm jurugambar da

Pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

ALLSTARS- Pasukan bola keranjang STAR

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama (HKSBP) Zon Utara telah diadakan pada 11-14 Mac 2010 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa, Sungai Petani. Program selama empat hari ini telah menghimpunkan sebanyak 14 buah sekolah berasrama penuh zon utara. Pada tahun ini, jumlah sekolah telah meningkat dengan kemasukan 3 SBP baru iaitu SMS Bagan datoh, Perak, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, kedah dan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang.

HKSBP peringkat Zon Utara mempertandingkan empat acara iaitu bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, bola keranjang lelaki dan bola keranjang kategori perempuan. Bagi pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pertandingan diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa manakala bagi pertandingan bola keranjang pula diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) dan SMJK Sin Min, Sungai Petani.

HKSBP Zon Utara berjalan serentakk dengan HKSBP zon tengah, zon timur dan zon selatan. Pada tahun 2010, Sektor SBP dan Sekolah Kluster telah mengubah format pertandingan di mana bagi pasukan bahas, hanya johan dan naib johan sahaja yang akan melayakkan diri ke HKSBP Kebangsaan yang dijadulakan berlangsung di SM Sains Pasir Putih, Kelantan pada bulan Jun nanti. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kesemua 54 buah SBP mengambil bahagian dalam HKSBP Kebangsaan. Bagi acara bola keranjang, tiada perubahan yang dilakukan di mana kedua-dua johan dan naib johan akan layak ke peringkat kebangsaan.

Para kontijen yang mengambil bahagian telah memperlihatkan kesungguhan masing-masing untuk memburu dua slot ke peringkat kebangsaan bagi semua acara yang dipertandingkan. Dan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila ke lapan-lapan pasukan yang layak ke HKSBP Kebangsaan merupakan sekolah-sekolah dari negri Perak. Bagi acara bola keranjang lelaki juara bertahan, Kolej Melayu Kuala Kangsar berjaya menewaskan Sekolah Tuanku Aabdul Rahman (STAR) manakala kategori perempuan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) muncul juara menewaskan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Kategori bahas bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris memperlihatkan penguasaan dua seteru utama, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) . Bagi kategori bahas Bahasa Inggeris, Sekolah Tuanku Abdul Rahman muncul sebagai johan manakala Kolej Melayu Kuala Kangsar di tempat ke dua. Namun, Kolej Melayu Kuala Kangsar berjaya mengguli kategori Bahasa Melayu dengan menewaskan STAR di pentas final. Turut diumumkan Muhammad Thaqif bin Tamunif dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Muhammad Rosman bin Razif dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pubang pasu sebagai pembahas terbaik keseluruhan bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya. Pasukan-pasukan ini akan menggalas cabaran zon utara di peringkat kebangsaan pada bulan Jun nanti. Semoga pasukan dari zon utara akan berjaya menempa nama di bumi Che Siti Wan Kembang nanti!!

KEPUTUSAN PENUH

BAHAS BAHASA MELAYU

JOHAN : KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

NAIB JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

BAHAS BAHASA INGGERIS

JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

NAIB JOHAN : KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

BOLA KERANJANG LELAKI

JOHAN :KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

NAIB JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

BOLA KERANJANG PEREMPUAN

JOHAN : SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN

NAIB JOHAN : SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Hiz'da said...

kamonlah perak! eh. star! .. heh

fakhruddin said...

STAR - MCKK rivalry. huhu

Tukang cerita said...

hebat naaaa star, bolot semua....

all the best tuk peringkat seterusnya....
:)

imanshah said...

depa cakap next year perak tak yah masuk..haha

Mohammad Aiman said...

Haha..
STAR n MCKK bersaing je ek..

kalo STAR n MCKK ade perempuan, mesti bolot gak basket perempuan tuh..

haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget