WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 10, 2010

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan SPM esok, 11 Mac 2010.


SPM.
Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan SPM tahun 2009 , pastinya sedang kecut perut berdegup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.

Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM .Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.

Maka, ini perkongsiannya.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan esok.

Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas ujub, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit.

Pada orang begini, saya ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

“Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Jangan sesekali kalian kufur dan takbur dengan menyatakan: “Inilah hasil usaha aku. Aku memang berhak ke atas ini”

“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.

Pada orang sebegini, saya suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Jangan sangka buruk dengan Allah. Luruskan tubuhmu, bergeraklah menerobos kehidupan penuh liku.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut.

“Eh, aku dapat 10A seh. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni”

Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya.

Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Sesungguhnya, kejadian ini adalah teguran indah daripada Allah untuk anda. Dia menyelamatkan anda, dan mengajak anda berfikir bahawa manusia tidak akan selamanya bernasib baik.

Maka kembalikan segala rasa ajaib tadi, kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa berkira-kira(tanpa perlukan sebab dan alasan)” Surah Ali Imran ayat 37.

“Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur(tidak bersyukur)” Surah Al-Baqarah ayat 152.

Dan belajarlah untuk berusaha keras. Sesungguhnya anda telah diselamatkan.

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.

Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan?

Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha.

Sepatutnya kamu bersyukur, Allah memberikan pengajaran yang hebat dan besar kepada kamu. Jauhilah putus asa. Kegagalan hanyalah batu loncatan, untuk mereka yang sedar dan memikirkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak adam melakukan kesalahan, tetapi sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat” Hadith riwayat Tirmidzi no 2499.

“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan?

Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku. Manifestasi cintaku kepada kamu

Saya amat menghargai generasi muda. Tidak saya pandang rendah pada mereka sebagaimana sebahagian orang tua memandang rendah kepada saya. Sebab generasi muda adala yang akan menerus dan menyambung perjalanan perjuangan saya.

Maka, saya suka generasi muda untuk berfikiran luas, dan berjaga-jaga dalam segenap perkara. Perlu sedar betapa hidup ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT. SPM dan STAM juga adalah medan untuk mendapat redha Allah SWT.

“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 72.

Maka hadamilah pesanan-pesanan saya ini.

Jangan anda tertipu dengan kejayaan dan kegagalan anda. Ini hanyalah satu stesen dari stesen-stesen kehidupan. Ada banyak lagi stesen yang perlu kita lalui dalam keadaan berjaga-jaga jika ingin selamat.

Penutup: Kita hakikatnya mengejar kejayaan yang sebenar. Selamat berjaya!

Saya tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM/STAM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain.

Sebab itu, saya memakai neraca kejayaan yang Allah beri. Apa dia?

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.

Ya… itulah dia kejayaan.

Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.

Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.

Semoga semua keputusan diterima dengan baik.

Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.


Langit Illahi.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

Thanks cikgu..
really nice post..
really appreciate it..

anyway,
doakan saya ya esok..

skrg teramat sangat takut denga nmenanti hari esok..
anyway, segalanya di tangan Allah..

insha allah..

fikri FAUZI said...

gud luck tuk budak2 yg amik result esok! ;D

xiiinam said...

InsyaAllah...budak-budak STAR semua budak bijak...







Kami ni...yang terpaksa menangani murid yang masih kabur baca tulis...tantu berwarna-warni keputusannya.

n@m@n said...

cikgunya lagi berdebar dih..haha

Frodo Baggins said...

gud luck tuk adik2 yg amik result esok ... apa jd nanti .. redha


huhuhuhuhu ~~
tiba2 cam baca wasiat lukman hakim

cikgu juga yg memahami
tq cikgu ...


>>___<<

Bapak said...

tahniah STAR sekolah terbaik Perak SPM 2009!

Tukang cerita said...

tahniah tuk semua warga STAR...
result best kan?
:)

JHaZKiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking mengisi masa.. ada kelapangan, jemput singgah ke blog hamba, Aku Sebutir Pasir.. :)

edy anuar said...

terbaaikk nie cikgu :))

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget