WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 16, 2010

SELAMAT TINGGAL ANAKKU



Allahyarham Shah Nour sewaktu hayatnya


Entry ini didedikasikan buat anak muridku yang diingati, Mohd Shah Nour bin Mat Ani yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Mac 2010. Shah Nour, pelajar Diploma Mechanical Engineering, UITM Penang. Arwah mati lemas sewaktu mandi di Air Terjun Bukit Hijau, Baling. Al-hamdulillah, saya sempat untuk menziarahi jenazah arwah di Kampung Jeram, Sungai Buluh, Selangor. Arwah selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi. Tiada kata yang dapat dilafazkan selain dari doa semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Begitulah janji Allah yang maha mengetahui segala-galanya. Takziah buat keluarga Encik Mat Ani sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian Allah S.A.W.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

eeh... rasenye saya sempat ngan die kan time kat star dulu?

subhanallah.. x sangke plak.. senior saye dulu..

Al fatihah,,,

arizan.nurhizman said...

cepat sungguh die pegi.. xsempat pun nak jumpe balik lepas keluar star..

alfatihah buat arwah...

sonata anak kancil said...

takziah kepada ahli keluarga allahyarham. Al-Fatihah

Ikmal Fayadh said...

Al-Fatihah.. :(

n@m@n said...

Al Fatihah

Haziq Janudin said...

pernah berborak dgn arwah selepas dye kluar star di stesen bas klang... sempat juga berborak dgn arwah yg pada masa tu baru masuk uitm penang... al-fatihah......

iqbalsyarie said...

sy pun sgt2 berdukacita...sbb lepas SPM haritu,mmg tak penah lgsung jumpa dia lagi...huhu....moga dapat bertemu di akhirat kelak,jika masing2 berjaya menempatkan diri ke dalam syurgaNya

Tukang cerita said...

Al-fatihah tuk arwah...
kita akan menyusul nanti.....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget