WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 20, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PROF ABDULLAH HASSAN


Entri kali ini ingin sekali memberi penghargaan buat tokoh cendekiawan melayu dan pejuang bahasa yang amat saya kagumi iaitu Prof. Emmiretus Dr. Abdullah bin Hassan yang ke- 68 hari ini. Semoga beliau terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk melayari kehidupan ini. Selamat ulang tahun Prof.

Sedikit info mengenai Prof yang dipetik dari wikipedia.

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942) adalah antara ahli linguistik yang terkenal diMalaysia. Beliau adalah Profesor Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Malaysia, sejak 2001Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 1982-1986 dan, Dekan Pusat Pengajian Lanjutan 1986-1987, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001, dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - sekarang. Beliau pernah memegang British Commonweallth Scholarship (1969-72) Zamalah Fulbright-Hays di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Mengenai Terjemahan di RELC Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Ke-4, di Ohio University, AS, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (Okt. 2004). Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006.


Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1997 - sekarang). Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaiatu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 (1999), Ke-8 (2001), Ke-9 (2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November 2007. Persidangan itu dianjurkan olehPersatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

xiiinam said...

Buku-bukunya...antara yang menjadikan saya seorang pecinta Bahasa Melayu....

imanshah said...

ckLah..saya juga

a kl citizen said...

semoga beliau terusan diberi rahmat Allah, dan kesihatan yang baik

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget