WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 30, 2010

SEPETANG DI PESTA BUKU

Alhamdulillah, hajat untuk menjejakkan kaki ke PWTC akhirnya tercapai jua. Memang jakun, hampir 30 tahun hidup, PWTC pun tak pernah sampai. Lalu, bersempena dengan Kuala Lumpur International Book Festival hari tu, saya dan rakan-rakan sempatlah berkunjung ke sana. Bukan nak beli buku sangat pun, dah tentu lautan ribuan manusia menunggu. Namun, saya nak merasa kehangatan di tengah-tengan ribuan manusia, melihat kegilaan manusia pada sesuatu yang berfaedah, iaitu buku.

Memang kagum lah melihat kesungguhan rakyat malaysia di sana. banyak bas sekolah dan bas persiaran yang datang dari seluruh pelusuk negara. Semuanya mempunyai matlamat yang sama, berdampingan dengan ilmu. kalau yang jenis nak datang semata-mata untuk window shopping dan proses mencuci mata tu, ada lah juga, namun rasanya mereka lebih suka ke kompleks membeli-belah kan. Ada yang bawa anak kecil, ada yang bawa mak ayah, pendek kata semua jenis manusia ada. Bila menyusuri gerai-gerai para pempamer, bermacam-macam bahan yang dijual. bagi kategori kak Kiah yang suka masak-masak dan cucuk tanam pun ada. Tu tak masuk lagi buku-buku jahitan, sulaman dan macam-macam.

Bukan tu sahaja, yang minat sukan dan ada hajat nak mendalami sukan pula banyak buku pasal sukan. Begitu juga bagi yang minat politik macam saya ni, semuanya terhimpun dalam satu bangunan yang sama. Bagi adik-adik pelajar sekolah dan universiti pula, pilihan dan potongan harga ditawarkan untuk buku-buku akademik. Tu ha bagi ustaz-ustaz, ustazah-usatazah dan setiap individu muslim yang ingin mencari buku-buku kerohanian, KLIBF menjanjikan beribu-ribu judul buku-buku agama. Yang penting dik, duit mesti ada. Kalau tak, pusing-pusing jelah naik turun dewan-dewan pameran.


Gambar kat atas tu, gambar-gambar bekas pemimpin negara, yang saya snap di lobi bangunan UMNO. Bukan apa, tak tahu bila lagi boleh datang ke PWTC lagi. Manalah tahu 20 tahun lagi dapat jadi PM, waktu tu saya yang rasmi Persidangan Agung UMNO.. Haha kuat betol berangan.
Apapun, kami berempat menghabiskan masa 4 jam di PWTC meninjau dan memilih buku-buku terbaik untuk dibawa pulang.


Hehe, sebenarnya bajet tak berapa ada. Itulah yang sempat dibeli. 3 buah buku dan selebihnya majalah. harap-harap saya boleh habiskan pembacaan. Bukan apa nak menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan membaca sebagai budaya. Alhamdulillah, sebagai rakyat yang insaf dan prihatin, saya cuba menyahut saranan itu. Jumpa lagi!!

p/s : Tabik la pada kawan saya yang beli 13 judul buku!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Cikgu Chun said...

imanshah,

x rugi ke sana sebenarnya. Untuk Book Fair tahun ni 2x saya pergi. Mula2 pegi dengan wife, lepas tu bawak member ke sana. Di saat2 penghujung pesta buku tu memang ramai giler manusia. Penuh sesak. Jika saya masih di area yg berhampiran dengan KL, saya akan jadikan book fair sebagai salah satu xtvt yg termasuk dalam kalendar peribadi saya...

n@m@n said...

kawe tok sapa pon situ..haha

demo hok jauh sampai

Idalara said...

Aduh..akak yg dekat ni pun tk pernah berkesempatan pegi pesta buku kat PWTC...jelesnya..kalau pegi pasti beratus habis beli buku..

iqbalsyarie said...

lewat sikit ajaa....huhu...klo tak boleh saya jumpa ckgu..tp org ramai sgt,taktaw la dapat tak..hehehe

Izzah Al-Maliziyyah said...

Alhamdulillah, saya berjaya juga sampai ke sana. Tahun lepas rasanya dua kali sempat turun ke KLIBF.

Tahun ni cepat pergi dan balik. Sambar buku-buku pilihan macam kilat saja. Hendak tunggu penulis pun dan 'tok ghot'.

Cukuplah berpuas hati hanya dengan tiga buah buku serta sedikit cenderamata~

Cikgu Adham said...

salam.. adeii sayyaaa.. lama dh kawe x g pesta buku.. dok Kapit nh gini la sheikh heh heh

atanjamilselamat said...

1(1) SM SAINS SEREMBAN 0.9709 (1.612)
2(2) KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.1357 (1.680)
3(6) SBP INTEGRASI GOMBAK 1.2478 (1.883)
4(3) SM SAINS ALAM SHAH 1.2876 (1.754)
5(29) SEKOLAH TUN FATIMAH 1.2901 (2.221)
6(9) SBP INTEGRASI RAWANG 1.3176 (1.951)
7(4) SM SAINS MUAR 1.3487 (1.834)
8(23) SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.3537 (2.143)
9(8) KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.4749 (1.930)
10(28) SEKOLAH SERI PUTERI 1.4866 (2.188)
11(7) SM SAINS JOHOR 1.5394 (1.906)
12(13) SM SAINS HULU SELANGOR 1.5477 (2.014)
13(30) SBP INTEGRASI JEMPOL 1.5526 (2.248)
14(32) SM SAINS MACHANG 1.553 (2.269)
15(27) SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.5656 (2.193)
16(26) SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.6152 (2.198)
17(44) SM SAINS KUCHING 1.6201 (2.438)
18(37) SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.6248 (2.307)
19(21) SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.6622 (2.135)
20(20) SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.6629 (2.108)
21(28) SM SAINS SERI PUTERI 1.6728 (2.188)
22(50) SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.7083 (2.456)
23(42) SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK 1.7219 (2.419)
24(46) SM SAINS MIRI 1.7228 (2.440)
25(49) SM SAINS KOTA TINGGI 1.7381 (2.444)
26(15) SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.788 (2.059)
27(35) SBP INTEGRASI GOPENG 1.8159 (2.277)
28(33) SM SAINS SELANGOR 1.8219 (2.289)
29(54) SM SAINS LABUAN 1.8361 (2.822)
30(11) SM SAINS KUALA SELANGOR 1.8376 (1.990)
31(38) SBP INTEGRASI PEKAN 1.8378 (2.355)
32(5) SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8391 (1.841)
33(12) SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.8784 (2.004)
34(18) SBP INTEGRASI SELANDAR 1.9259 (2.075)
35(24) SM SAINS TUANKU JA’AFAR 1.9278 (2.171)
36(17) SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.9283 (2.084)
37(34) SM SULTAN ABDUL HALIM 1.938 (2.305)
38(16) KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 1.9841 (2.073)
39(14) SM SAINS SULTAN ISKANDAR 2.0285 (2.005)
40(19) SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 2.0494 (2.110)
41(22) SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.0774 (2.142)
42(39) SBP INTEGRASI KUANTAN 2.0777 (2.382)
43(51) SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.0941 (2.604)
44(48) SM SAINS TELUK INTAN 2.101 (2.447)
45(45) SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.2152 (2.434)
46(36) SM SAINS SABAH 2.2159 (2.321)
47(40) SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.236 (2.409)
48(31) SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.2551 (2.266)
49(25) SM SAINS POKOK SENA 2.3745 (2.171)
50(43) SM SAINS PASIR PUTEH 2.3834 (2.437)
51(52) SM SAINS LAHAD DATU 2.3941 (2.621)
52(53) SM SAINS DUNGUN 2.397 (2.637)
53(47) SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.4263 (2.446)
54(45) SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.4463 (2.434)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget