WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, April 29, 2010

INTERSCHOOL 2010: RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI



Al-hamdulillah ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ketentuan-Nya..anak-anakku berjaya sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Pentas Juara-Juara Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia UIAM 2010..Walau sekali lagi terpaksa menelan kepahitan buat kali ke dua berturut-turut bergelar naib juara, kami tetap redha dengan ketentuan-Nya. Al-hamdulillah sekali lagi keluarga debat Bahasa Melayu STAR masih belum kehilangan taring, tetap terbaik dalam kalangan terbaik. InsyaAllah berkat usaha yang berterusan, keazaman yang membara serta keyakinan yang tinggi kami ingin sekali lagi beradu kekuatan minda di pentas Juara-juara pada tahun hadapan. UIAM, kami pasti kembali, Piala Tun Seri Lanang pasti tetap kami idamkan untuk dibawa pulang ke bumi bijih timah, Ipoh.

Menyorot kembali perjalanan Interschool kali ini terasa ada kecatatannya, tidak selancar tahun-tahun sebelumnya. Pertamanya, integriti pertandingan boleh dipertikaikan. Mana tidaknya pasukan SAINA yang telah diumumkan sebagai pemenang terpaksa mengadakan perlawanan semula dengan SMAP LABU walaupun sudah jelas kemenangan berpihak kepada SAINA..Natijahnya, SAINA gagal dalam perlawanan ulangan kerana gugup, terkejut dan hampa dengan keputusan penganjur. Rasanya dengan apa jua alasan, pihak penganjur sepatutnya tidak melayan tuntutan SMAP LABU yang tidak sesekali mempertikaikan keputusan hakim, sebaliknya mengatakan SAINA diberi bantuan luar sewaktu pertandingan. Adalah tidak logik dan tidak masuk akal hanya kerana satu dua patah kata yang keluar dari mulut penonton mahupun penyokong sidah dikira memberi bantuan kepada pasukannya. Sedangkan, adakah benar keadaan ini memberi kelebihan kepada pendebat?? rasanya banyak lagi pasukan yang melakukan perkara yang sama, namun atas semangat berdebat dan mempercayai kemampuan pendebat serta keintegritian hakim, maka perkara tersebut tidak dianggap sebagai masalah yang besar pun.

Dan yang paling menyakitkan hati apabila ada sesetengah pasukan yang rasanya tidak rasional yang berkeras membuat bantahan tanpa segan silu walaupun menyedari betapa pasukan sendiripun lebih kurang sama pun. Buktinya STAR dua kali bertemu pasukan tersebut dan kami tewas ke dua-dua perlawanan..Dan dengan jelas ada bantuan yang diberikan oleh guru, juru latih mahupun bekas-bekas pelajar dari sekolah tersebut. Alahai, kesian betul pasukan dari Negeri Sembilan tersebut..kalah juga di suku akhir bertemu STAR. Kepada Cg Rasyid dan para pendebat SAINA, banyak bersabar dan saya selalu meminjam semangat yang ada pada Cg Rasyid yang tidak pernah jemu mendidik para pembahas yang hebat dalam arena perdebatan. tahniah Cikgu Rasyid. Kepada pihak penganjur rasanya, tahun hadapan tidak perlulah melayan karenah pasukan-pasukan yang tidak memiliki semangat setiakawan ini.

Pepatah ada mengatakan, tempat jatuh lagi dikenang, tempat bermain lagi dirindu...rasanya sesuai untuk saya tujukan buat bekas-bekas pelajar yang telah lama meninggalkan alma mater. Saya membangkitkan isu ini kerana dalam perlawanan akhir antara STAR dan KISAS, seramai 3 orang bekas pelajar KISAS menjadi panel kehakiman. Hurm, saya menyanjung tinggi kredibiliti mereka sebagai hakim pertandingan debat, dan saya banyak belajar dari komen-komen yang diberikan oleh mereka sepanjang pertandingan berlangsung dari mula sehingga akhir. Namun dalam konteks perlawanan akhir antara KISAS dan STAR, rasanya tidak adil meletakkan begitu ramai hakim dari sekolah yang bertanding. Sedikit sebanyak sentimen sekolah tetap ada. Dan yang paling utama ia melibatkan persepsi penonton, para pendebat serta guru-guru pengiring. Saya kira, mungkin mereka ada hujah dan sebab sendiri menentukan pemenang, namun elemen yang saya sebutkan tadi seharusnya tidak terlepas pandang oleh penganjur pada masa akan datang.

Inilah setelah saban tahun membawa pelajar menyeratai pertandingan, saya memberi komen yang agak tidak memihak kepada penganjur. Walau bagaimanapun, sekalung penghargaan buat SPICE UIAM atas komitmen yang diberikan terhadap penganjuran Interschool tahun ini. InsyaAllah kami tidak akan serik untuk setia menyahut seruan Taman Budi dan Ilmu, UIAM GOMBAK.. Tahniah dan jutaan terima kasih buat seluruh keluarga debat bahasa Melayu STAR terutamanya buat para pendebat: Paman, Azri, Faizs dan Qushairi atas kemampuan kalian meletakkan kita pada tempat yang betul pada masa yang betul, buat kakanda Noridah yang dipanggil ummi oleh anak-anak STAR atas kasih sayang dan tunjuk ajar dan mencetuskan revolusi baru dalam arena perbahasan di bumi STAR, bekas-bekas pendebat FARID, BEBET, HARINN, SIRAJ dan BAPAK dan untuk junior-junior yang bakal menggalas cabaran pada tahun hadapan, perjalanan kalian masih panjang!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

tahniah buat STARIAN dan juga guru2 yg banyak membimbing student!!

Woohoo!!
Rindu STAR.
=))

anyway, gudluck lepas2 ni lak..

Bapak ,siraj n farid je ke ade?

Al Falah Al Has said...

al falah pon ada jugak...yeah3...mne name sy ckgu???

Al Falah Al Has said...

al falah pon ada jugak...yeah3...mne name sy ckgu???

sonata anak kancil said...

salam...anak saya dulu pernah gak ikuti debat ni...dia pembahas BI

a kl citizen said...

adat bertanding, lepas pertandingan mesti ada bunyi2 di belakang....

imanshah said...

kak normah, tu lah, tapi saya nak tegur je..supaya dapat diambil perhatian, betapa kalau takde support cg2 IDC takkan berjaya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget